BAB 4

Short Story Completed 1091

Kembang kuncup juga hatiku apabila mendengar pujian yang diucap oleh kawan-kawan dan guru yang mengajarku.

Kadang-kadang itu, pujian yang dilemparkan mereka semua begitu hiperbola, melambung-lambung tinggi sampaikan tekakku terasa loya. Membuatkan aku sakit hati pula.

Lebih menyakitkan hatiku apabila guru dan kawan seringkali membeza-bezakan aku dengan abangku yang cemerlang semua perkara.

Mereka akan membandingkan keputusan peperiksaan aku yang tidak cemerlang sangat dengan keputusan abangku yang mendapat markah tinggi untuk semua subjek.

Mereka sentiasa menguji kesabaranku apabila terang-terang mengutukku lembap dan tidak pandai seperti abangku. Panas telingaku setiap kali mendengar sindiran pedas guruku.

Abangku juga adalah seorang yang agak terkenal di sekolah. Sebab pertama dia terkenal sudah pastilah tentang kepandaiannya dalam akademik.

Sebab kedua pula dia selalu menjadi tarikan orang ramai tidak kira di mana sahaja dia berada memandangkan dia mempunyai penampilan yang menarik.

Kawan-kawanku sering bertanyakan soalan yang boleh memualkan tekakku.

“Abang kau itu buat apa jadi pandai begitu?”

“Apa abang kau makan untuk dapat straight A’s?”

“Beritahulah aku rahsia abang kau itu. Jangan kedekut!”

“Aduhai, menariknya abang kau itu. Kenalkanlah dengan aku ni”

“Kalaulah aku jadi kau, pasti aku pandai seperti abang kau tu”

Itulah ayat yang sering menghentam gegendang telingaku ini. Jelek pula aku mendengarnya berkali-kali ayat yang sama. Kalau ada tahap kesihatan telinga, pasti telinga aku ini sudah berada di tahap kronik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience