BAB 6

Short Story Completed 1091

Aku pula menggantikan tempat abangku sebagai permata sekolah.

Walaupun aku masih juga terdengar pertanyaan tentang abangku, aku sudah tidak lagi berasa cuak malahan aku turut tumpang gembira kerana legasi abangku telah berjaya memahat kukuh namanya di sekolah ini.

Kehadiran abangku telah menjadi satu titik permulaan untuk mencapai kejayaan dan seterusnya merealisasikan impian sekolah untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi.

“Adik, mari masuk dalam. Abang telefon”

Jeritan ibu dari dalam rumah mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Sebaik sahaja terdengarkan panggilan ibu, aku meluru masuk ke dalam rumah untuk berbual dengan abang.

Alhamdulillah, hubungan aku dan abang mula baik. Sudah masuk dua tahun dia berada di Bumi Kinanah, mungkin abangku sudah mendapat hidayah Tuhan. Kali ini dia begitu menyayangiku.

Kami sudah mula menghabiskan masa bersama. Tanpa aku sedar, kami mempunyai hobi yang sama.

Setiap kali dia pulang untuk cuti semester, pasti ada ole-ole untukku yang dibeli di Mesir. Cuti sebelum ini dia pernah menghadiahkan aku sehelai jubah yang sangat cantik dan diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi.

Cuti kedua dia membawa pulang kopiah dan beberapa helai baju yang dibeli di Alexendria ketika dia becuti di sana dulu bersama kawan-kawannya.

Kini aku sudah mempunyai impian yang baru. Jika sebelum ini aku berhasrat mahu melanjutkan pelajaran di negera Eropah seperti Australia, Rusia dan England, tetapi tidak lagi sekarang kerana aku sudah berazam mahu melanjutkan pelajaran di universiti yang sama dengan tempat pengajian abangku itu.

Aku mahu membuktikan yang aku juga boleh berjaya seperti abangku.

Sesungguhnya abangku banyak memberiku inspirasi untuk terus berusaha meraih kejayaan dan kesenangan pada masa hadapan. Azam di dalam diri sudah berkobar-kobar dan aku akan pastikan aku bakal berjaya menjejakkan kaki di atas Bumi Kinanah untuk belajar sekaligus bertemu dengan abangku. Aku mahu melampiaskan rindu yang tersimpan dalam hati. Buat masa sekarang hanya angin rindu yang dapat aku tiupkan ke Bumi Kinanah. Semoga abangku sentiasa mendapat pelindungan-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience