BAB 1

Short Story Completed 1091

SAAT terpandangkan kelopak bunga mawar merah jambu yang gugur, akalku terkenang akan abang keduaku yang kini sedang menyambung pelajarannya di Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir.

Dia telah memilih untuk meyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Kalau dikira sekali dengan tahun ini, cukuplah baru dua tahun dia berkampung di Bumi Kinanah itu.

Satu keluhan kulepaskan. Rindu dalam hati terhadap abangku yang satu itu membuak-buak.

Walaupun punya hubungan yang tidak serapat mana, aku tetap menyayanginya setulus hati.

Aku teringat kembali masa silam kami. Ketika abangku masih berada di Tingkatan 5, aku telah menerima surat untuk menyambung pelajaran peringkat sekolah menengah di sekolah yang sama dengan abangku.

Aku melonjak girang ketika itu kerana aku mempunyai abang di sekolah yang sama. Jadi kalau aku memerlukan pertolongan dialah orang pertama yang bakal aku memohon ihsan.

Tetapi apabila mengingatkan kembali hubungan adik-beradik kami berdua yang renggang umpama jurang curam yang dalam, aku hanya simpan angan-angan itu sebagai impian yang boleh menjadi realiti walaupun agak sukar.

Aku yakin satu masa semua itu pasti menjadi kenyataan. Semua benda boleh berlaku jika mendapat keizinan-Nya.

Satu peristiwa yang selalu bergentayangan di kotak fikiranku dan sering membuatkanku tergelak sendiri apabila mengingatinya sekali lagi.

Seronok membayangkan situasi itu semula. Peristiwa di mana aku pernah kekurangan wang poket tetapi aku memerlukan wang untuk membayar tambang bas pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience