BAB 3

Short Story Completed 1091

Pelik apabila memikirkan cara abangku menunjukkan rasa sayangnya terhadapku. Ada dalam dunia abang seperti abangku itu?

Menunjukkan rasa sayang melalui marah-marah, tidak pernah bergurau senda, selalu kasar setiap kali berbual dan paling penting selalu bertikam lidah.

Setahu aku, cara seseorang itu menzahirkan kasih sayang melalui sikap yang prihatin dan baik hati.

Seingat aku, sudah banyak kali juga aku dengan abangku bertegang urat untuk menengakkan pendapat dan pendirian masing-masing.

Dia seringkali memberi komen pedas terhadap minat aku yang mungkin pada pendapatnya tidak menepati ciri-ciri adik yang baik.

Aku pula sering membalas komennya dengan mengatakan dia pun sama sahaja dengan diriku. Suka memilih benda yang aku tidak suka.

Kadangkala kami tetap bergaduh walaupun puncanya hanya perkara remeh. Yang penting ada sahaja perkara yang akan menyebabkan hubungan kami berdua berantakan.

Kami tidak pernah berbaik kerana setiap kali mahu meminta maaf darinya, pasti dia akan memulakan pergaduhan yang baru membuatkan hasratku untuk berbaik terbantut setengah jalan.

Aku pun tidak akan mengalah. Kami akan meninggikan suara masing-masing sehingga dimarahi oleh ibu.

Walaupun abangku bersikap sedemikian, abangku adalah permata sekolah. Prestasinya dalam pelajaran sangat memberangsangkan sehingga pernah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah dan Tokoh Pelajar Cemerlang.

Setiap kali peperiksaan, dia akan mendapat tempat pertama dalam kedudukan mengikut tingkatan dan kelas. Tiada siapa yang dapat merebut tempat abangku itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience