BAB 5

Short Story Completed 1091

Untuk seketika aku merasakan kalau suatu hari nanti aku dapat menjadi Ketua Kementerian Pelajaran Malaysia, akan aku mansuhkan segala peperiksaan kerana aku tidak mahu orang lain menerima nasib seperti aku.

Nasib dibanding-bandingkan dengan orang lain. Biar orang umum tahu, jika abang bijak, tidak semestinya adik juga bijak.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Mana ada semua orang sama sahaja sikap dan prestasi.

Kalau boleh mahu sahaja aku jeritkan pada semua orang yang aku ini adalah orang berbeza dengan aku yang seorang itu. Lihat pada nama sahaja sudah dapat tahu perbezaannya.

Aku Syaddiq Aiman dan abangku ialah Syalim Hayy. Ejaan dan sebutan sahaja sudah jauh berbeza. Jadi tidak mustahil jika sikap dan tahap prestasi aku dalam akademik tidak sama dengan abangku itu.

Apabila abang aku sudah berjaya menghabiskan pelajarannya di sekolah menengah dan tinggal di rumah, masih terdapat lagi segelintir kawan dan guruku yang asyik bertanyakan tentang abangku.

Aku serasa mahu menghentakkan kepala ke dinding sahaja setiap kali mendengar kata-kata mereka.

Ketika abangku berada di sekolah, mereka tanya. Ketika dia di rumah pun mereka masih mahu tanya. Aku ini, siapa mahu ambil peduli? Tiada siapa pun bertanyakan tentang aku.

Yang meniti keluar dari mulut mereka hanya Syalim Hayy , Syalim Hayy dan bukan Syaddiq Aiman.

Tetapi semuanya berubah apabila aku mendapat keputusan PMR yang lepas. Aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dan sejak itu sudah banyak kawanku yang beralih perhatian pada aku pula.

Aku telah berusaha keras untuk membuktikan yang juga pelajar cemerlang seperti abangku. Aku telah berjaya menutup mulut kawan dan guruku yang selama ini memandang rendah terhadapku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience