BAB 2

Short Story Completed 1091

Ketika itu aku tinggal di asrama. Aku buntu mencari jalan mendapatkan wang. Akhirnya aku terpaksa menebalkan wajah untuk meminta wang daripada abangku.

Jenuh aku menadah telingaku mendengar bebelannya yang panjang berjela-jela.

Meskipun terpaksa membuka telingaku sebentar mendengar omelannya, aku tahu yang abangku turut merisaukan keadaanku. Dia tetap memberi wang walaupun wajahnya tidak langsung menunjukkan kemesraan.

Kadangkala hatiku dicuit perasaan cemburu apabila melihat layanan abangku yang berbeza setiap kali abangku berhadapan dengan kawannya atau pun kawanku di sekolah.

Sangat mesra seperti mereka semua pula adik-beradik padahal aku ini adik kandungnya sendiri pun dilayan acuh tidak acuh sahaja.

Mahu melemparkan senyuman sahaja sudah kedekut, tetapi di hadapan kawanku boleh pula dia menghadiahkan senyuman sampai pernah kawan aku memberitahuku yang dia mahu menjadi adik angkat abangku yang seorang itu.

Pernah juga aku mencuba untuk berbual baik-baik dengannya, tetapi dia buat tidak tahu sahaja dengan kehadiranku ketika itu.

Aku sudah geram terus mengadu hal itu pada ayahku tetapi ayahku tetap menyokong abangku itu.

“Ayah, tengok itu. Abang layan kawan-kawan adik bukan main lagi. Mesra sampaikan adik tengok seperti mereka pula adik kepada abang itu. Tapi apabila dengan adik, abang mesti suka marah-marah. Abang tidak sayang adik, ayah?”

“Tidak, adik. Abang mestilah sayangkan adik dia ini. Adik adalah adik kandung dia. Abang juga ada cara tersendiri untuk menunjukkan rasa sayang dia terhadap adik. Adik jangan risau sebab ayah yakin yang abang sangat sayangkan adik”

Terbungkam aku mendengar penjelasan ayah. Termangu sendiri untuk cuba menghadam setiap butir kata ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience