BAB 4

Romance Completed 13868

“Alhamdulillah, Seth setuju.”

Ujar Datuk Rauf setelah Seth menyerahkan kontrak yang siap bertandatangan itu. Senyumnya sehingga ke telinga.

“Seth juga fikir, papa, apa salahnya kahwin lagi sekali. Rumah tu pun sunyi aja.”

Ujar Seth sambil tertawa kecil. Kalau Datuk Rauf tu tak letak syarat kahwin tu, memang tak akan dia terlintas nak kahwin lagi.

“Baguslah. Eh Ija, come and join us.”

Siti Khadijah yang baru hendak senyap-senyap naik ke atas itu terhenti dari melangkah. Dia memandang ke arah papanya dan juga Seth. Zapp! Warna merah kembali mewarnai pipinya apabila Seth mengenyitkan matanya ke arah Siti Khadijah.

“Tak apalah papa. Ija tak mahu ganggu.”

Siti Khadijah cuba mencari helah untuk tidak berhadapan dengan Seth. At least, bukan hari ini.

“Ish budak ni. Malu-malu pulak. Macam tak biasa dengan Seth ni.”

‘Memang tak biasa pun papa oi.’ Desis Siti Khadijah di dalam hatinya.

Nak tak nak, dia duduk juga bersama papanya. Mamanya juga ikut serta beberapa ketika kemudian.

“Kalau kamu berdua kahwin bulan ni juga okay?”

Datuk Rauf bertanya spontan. Siti Khadijah bagai tercekik tulang ikan. Mak oi, laju nya nak kahwin.

Dia kemudian memandang ke arah Seth yang juga tengah memerhatikannya. Dia perasan bahawa Seth sedang memberi isyarat kepadanya. Seth menjungkitkan kedua-dua belah keningnya buat beberapa kali.

‘Dia nak suruh aku setuju ke?’

“Urm... Ija...Ija rasa okay kut?”

Seth kemudiannya melemparkannya sebuah senyuman yang manis. Mamanya pula memeluk dirinya erat.

“Great! Dah mamanya, kita biarkan dorang dua ni bincang apa yang patut. Give them some privacy.”

Datuk Rauf bangkit dan menarik tangan isterinya. Maka, tinggallah si Khadijah dengan Seth ni sahaja. Dua-dua senyap. Siti Khadijah menundukkan wajahnya.

Beberapa minit sunyi, akhirnya Seth bingkas bangun. T-shirt polo dibetulkan lalu bersuara.

“Jom.”

Siti Khadijah mendongakkan kepalanya sambil menarik selendang yang nyaris-nyaris melurut jatuh itu. Tinggi bebenor jantan ni.

“Jom? Ke mana?”

Seth tergelak kecil melihat muka Khadijah yang kebingungan itu.

“ Jewellers. Nak cari cincin nikah. Saya tak tahu size jari awak.”

Khadijah hanya mengangguk. Masih tidak rasional agaknya pemikiran budak ni. Seth memandang Khadijah penuh kehairanan. Yelah, tak bangkit-bangkit dari duduknya itu.

“Tak nak bangun ke?”

Zap! Terus Siti Khadijah berdiri bagai kedudukan di dalam platun kawad.

“3 minutes, nak pakai tudung.”

Itu sahaja yang diucapkan. Seth tersenyum sendiri melihat gelagat si Khadijah itu tadi.

‘3 minit sahaja? Shila dulu, 30 minit pun tak cukup, tu pun tak ada tudung. This Siti Khadijah, is really something...’

Serentak itu tangan kanannya ditekup pada dada kirinya. Dia terasa jantungnya berdetak secara abnormal sebentar tadi, ke perasaan dia sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience