BAB 3

Romance Completed 13868

Seth memakirkan keretanya di hadapan garaj rumah mertuanya itu.

“Seth?”

Datin Zara menegur apabila menantunya itu keluar dari keretanya. Seth menyalami mertuanya itu.

“Sihat mama?”

Datin Zara mengusap kepala Seth , lembut dan penuh naluri keibuan.

“Mama sihat Seth, lama tak jumpa kamu, selepas...”

Datin Zara terhenti di situ sahaja. Seth sekadar tersenyum, faham akan apa yang ingin disebut oleh ibu mertuanya itu.

“ Banyak kerja mama, maafkan Seth sebab tak sempat jenguk mama.”

Ujar Seth sambil memandang wajah ibu mertuanya itu. Bersinar-sinar mata wanita itu melihatnya.

“Tak apa Seth, mama faham, masuklah, papa ada dekat bilik ofis dia tu. Duduk dulu, mama panggilkan dia."

Seth mengangguk. Dia melabuhkan punggungnya lalu menyilangkan kakinya. Surat khabar di atas meja kopi itu diambil lalu diselak.

“ Assalamualaikum papa.”

Serentak itu sebuah kucupan hinggap pada rambutnya. Surat khabar yang tadi dibacanya dilipat dua lalu dia memusingkan badannya ke sisi. Siti Khadijah tersentak melihat bukan papanya yang dicium tadi. Serentak dengan itu , wajahnya memerah ibarat buah ceri yang masak ranum.

“Aiyak.”

Sepatah sahaja yang keluar dari bibir Siti Khadijah lalu cepat-cepat dia meluru ke tingkat atas.

‘Aku pergi cium rambut Abang Muhammad? Mana nak letak muka ni, malu, malu. Buta agaknya aku ni, papa tu uban penuh kepala, haila, contrast dengan rambut Muhammad tu. Hitam dengan putih pun dah confuse aku ni.’

Gumam Siti Khadijah sambil menanggalkan hijab di kepala. Dia merebahkan badan ke katil lalu terpandang akan bungkusan yang turut di bawanya tadi.

“Mak oi, tepung gandum dengan ikan pun aku bawak naik atas. MasyaAllah!”

Dia bergegas mencapai selendang lalu kembali ke bawah untuk meletakkan barangan yang dibeli itu di dapur. Nak ke dapur, kena lalu ruang tamu. Makin merah wajahnya apabila dia terperasan Seth menghadiahkannya sebuah senyuman yang senget, senyuman sinis dialah tu. Haila nasib, nasib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience