BAB 6

Romance Completed 13868

Seth memandang jam tangannya. Sudah pukul 8 malam. Dah sebulan dia kahwin dengan Siti Khadijah dan setiap waktu berlalu bersama dengan Siti Khadijah, dia semakin dekat dengan Islam.

Sembahyang pun selalunya berjemaah, malam-malam pun baca Quran, malam Jumaat pulak...tak payah duk cerita hal tu lah. Seth keluar dari bilik pejabat di rumahnya itu lalu ke dapur. Wah, bau semerbak.

Bau apa ni? Macam briyani pun ada. Semakin dia menghampiri dapur, semakin kuat dia mendengar suara girang isterinya itu. Alahai Siti Khadijah, galak betul kat dapur mentang-mentang taboo yang siapa menyanyi di dapur itu kahwin orang tua sudah tak boleh diguna pakai buat dirinya.

“Say you love me, Say you love me, Then put it in a love song, Say you need me, Say you need me, Then write it in a letter form, O O Oh!”

Seth senyap-senyap bersandar pada dinding dapur itu. Siti Khadijah itu pula semakin rancak menggoyangkan pinggangnya, Seth nyaris tergelak kuat. Dilihatnya si isteri yang semangat multitasking memasak, menyanyi dan juga menyapu dapur. Bagaimana Siti Khadijah buat? Hanya diri dia yang tahu.

Asalkan lauk tak hangit sudah. “All I'm saying: love is what I'm looking for If you wanna keep me, baby gotta love me more ...”

Api dapur di matikan. Siti Khadijah mencapai pyrex untuk meletakkan lauk yang panas-panas itu.Mulutnya masih rancak menutur bait-bait lagu itu. Lauk sudah di transfer dari kuali, Siti Khadijah mengangkat bekas itu dan berjalan ke kaunter untuk letak lauk itu.

Seterusnya, dia ingin mencapai pinggan nasi. Masih lagi menanyi. Seth sudah tak tahan nak gelak. Dari tadi dia perhatikan lagat Siti Khadijah itu.

“If you really want me, like you say you want me If you really need me, baby better come and say...”

Tudia, nasib baik tak terlepas pinggan yang dipegang itu. Baru sahaja Siti Khadijah mendapatkan 2 biji pinggan nasi, matanya tertumpu pada susuk tubuh Seth yang sedang memerhatikannya dengan tajam dari pintu masuk dapur itu.

“Astaghfirullah, Abang Muhammad ni. What is that childish thing you are doing huh? Terkejut tau Siti ni.”

Siti Khadijah mengurut dadanya. Mulutnya cepat sahaja menegur suaminya yang nakal itu. Nakal ye kawan-kawan. Nama manja pun dah berubah, Seth refuse untuk panggil Khadijah dengan nama Ija, dia cakap terlampau ordinary bagi keluarga si Khadijah itu. Dia nak something berbeza, not common. Dan dia memilih untuk menggelar dirinya Siti ketika bertutur dengan Seth ni. Nama dia juga kan?

“ Siti terkejut ye? Bukan niat abang nak terkejutkan Siti, I was enjoying the show. I never realised that Alicia Keys is living in this house!”

Seth senyum menyakat Siti Khadijah. Rona wajah Siti Khadijah berubah, merah. “Abang Muhammad ni. Jangan sakat-sakat, deal?” Seth menghampiri isterinya lalu dia mengetuk perlahan pipi Siti Khadijah itu. “Okay, deal...tapi, sebab you nyanyi lagu tu tadi, and I wanna give a response. May I?”

Siti Khadijah bingung. Apakah? Apa barang nak respon-respon ni.

“What response?” “ That song, the lyrics, you asked me to say, and now I am telling you.” Tangan Siti Khadijah diraih dan digenggam erat. Matanya menikam mata Khadijah. Siti Khadijah dah nyaris cair buat kesekian kalinya.

“I want to keep you, close to my heart. Therefore, I am saying that I love you Siti. Then, I really want you, and I am saying that I will be wanting you for ever, because you are my other half. Next, I really need you, and I am saying to you honey, that you are like an Angel Allah has sent to me, to ensure that I stayed on His right path. With you here, I feel secure. You are a very good zaujan for me. Love you, my wife. SubhanAllah.”

Dia memeluk Siti Khadijah. Memang, dia tidak menyesal berkahwin dengan wanita ini. Dia juga tidak memerlukan tanah yang ditandatangani sebagai kontrak untuk mengikat perkahwinannya. Sejak hari dia berjumpa Siti Khadijah, hatinya sudah terpaut pada kesederhanaan gadis itu. Gadis yang tidak terlalu cintakan dunia. Seth kembali ke dunia realiti setelah dirasakan Siti Khadijah mengatakan sesuatu. “Apa dia Siti, Abang astrayed sekejap tadi.” Pelukan masih belum dirungkai. “Siti kata, lauk tu dah nak sejuk. Kita makan? Dah lapar ni. Then kita Isya’.” Siti Khadijah membuat muka bijaknya apabila Seth menarik muka apabila dia membebaskan diri dari pelukan maut itu. “Ala, kenapa lepaskan pelukan, Abang tengah sejuk ni. I am shivering, can’t you see?” Seth cuba membuat helah. Banyaklah ketarnya. Siti Khadijah tidak pernah tahu Seth turut ada side manja yang teramat sangat.

“The only thing that is getting cold here is the food, mister smartass. Makan dulu jom.” Seth tergelak. Smartass pun smartass la, asal perut kenyang, bini senang, hati girang, Allah sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience