BAB 2

Romance Completed 13868

“Papa jumpa abang ipar kamu tadi, Ija.”

Datuk Rauf yang tengah duduk di atas sofa itu memandang ke arah satu-satunya anak yang dia ada setelah kematian Shila.

Siti Khadijah yang tengah mengurut kaki tua papanya itu mendongak.

“Iya pa? Abang Muhammad sihat?Dia still marahkan perbuatan arwah ke?”

Siti Khadijah bertanya perlahan. Datuk Rauf mengusap keningnya. Khadijah berhenti dari mengurut lalu dia melabuhkan punggung di sebelah papanya itu.

“ Entahlah Ija, dia kata dia dah maafkan, tetapi nak lupakan tu susah. Yelah, evenkita tak sangka darah-daging kita buat perangai seteruk tu, Seth yang jadi suami tu lagilah tak sangka.”

Siti Khadijah hanya mengangguk. Siapa yang tak terkejut bila dapat tahu tentang kejadian tu.

“Dahlah pa, kita doakan je Allah permudahkan Shila di sana nanti. Kita juga doakan biar Abang Muhammad tu kekal dengan agama Islam.”

Siti Khadijah menyandarkan kepalanya ke bahu papanya. Anak manja, anak bapak.

“ Satu lagi perkara Ija, papa dan mama nak mintak ehsan besar Ija, boleh?”

Siti Khadijah mengangkat kepalanya lalu memandang papanya. Ehsan?

“Papa, Ija ni still milik papa and mama. Even papa yang masih berhak siapa yang Ija kahwin tau.”

Ija mencubit manja pipi Datuk Rauf. Anak bongsu , anak kesayangan.

“Ehem. Jangan marah papa ye, itulah yang papa nak bagitahu ni. Papa suggest dekat Seth yang dia kahwin dengan Ija, sebab papa dah anggap dia macam keluarga dan papa tak mahu dia terpesong mana-mana nanti. Maafkan papa sebab tak tanya Ija dulu?”

Ija ternganga. Haila, masin bebenor mulut kau ni Siti Khadijah oi. Kahwin dengan Abang Muhammad? Erk. Setanding ke dia dengan lelaki itu?

Yelah, Abang Muhammad tu posh dari atas ke bawah, sesuai dengan si Shila tu yang memang rupawan, yang dapat bezakan Prada dengan Gucci. Yang pakai stilleto 4 inci Louboutin dengan purse Diornya dan juga yang bangga dengan koleksi Donna Karan.

“ Dia pandang ke orang macam Ija ni papa? Nak ke dia dengan Ija yang serebeh selekeh ni?”

Ija bertanya dengan penuh kebingungan. Datuk Rauf tergelak. Tangannya mengusap kepala anak gadis dia itu.

“ Apa kurangnya Ija? Manis je papa tengok. Nanti kamu jadi bini dia, pandai-pandailah kamu nak goda dia, tu, mama kamu dah datang, kamu mintak tips dari dia.”

Datuk Rauf bergurau pula. Ija dah tarik muncung itiknya.

“Hish, Mama, tengok papa ni, usik kita pulak!”

Siti Khadijah bingkas mendapatkan mamanya, Datin Zara yang turut tersenyum. Dia memeluk mamanya.

“Orang tua mama ni memang macam tu. Sakat tak habis-habis.”

Mereka semua bergelak tawa. Mama Siti Khadijah memandang anak dara nya itu. Senyuman manis terukir pada wajah tua wanita itu.

“ Ija tak bantah kan, keputusan mama dan papa.”

Siti Khadijah hanya tersenyum. Matanya memandang ke karpet.

“ Benda baik ma, tak elok pulak Ija nak bantah. Ija pun dah layak kahwin, kan?”

Mama dan papanya memeluk dia erat. Sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience