BAB 1

Romance Completed 13868

Ada sesuatu tentangnya yang membuatkan aku tertarik atau harus aku akui aku jatuh cinta. Dalam diam aku memasang impian untuk menjadi sebahagian dari hidupnya kerana dia adalah insan yang menjadi idaman hatiku.

Sedari tadi pen di tangannya di pusing-pusing. Tangan kirinya di letakkan pada dahi. Kertas di hadapannya itu dipandang dengan hati yang menggelegak.

“ That old man, who the hell does he think he is? Simply because I wanted to buy his land for my project doesn’t mean that he can boss me around. And simply because I got married to his trollop of a daughter, he doesn’t want to let me go even when she is dead?.”

Fikirannya kembali kepada perbualannya dengan bekas bapa mertuanya itu. Bekas, sebab isterinya sudah meninggal 6 bulan lalu.

Perkahwinan mereka hanya selama 3 bulan, dan masuk bulan ketiga, dia mendapat tahu bahawa selama ini isterinya telah berjaya mengambil sejumlah wang dari akaun syarikatnya.

Dia meminta cerai dan belum sempat borang perceraian dikeluarkan, Shila terlibat dengan kemalangan maut.

‘ Assalamualaikum Seth?’

Datuk Rauf memberi salam kepada lelaki yang masih dianggap menantu itu.

‘Waalaikum assalam Mr Rauf.’

Seth menjawab salam yang diberi. Kerusi di cafe tersebut ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya. Blackberrynya dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

‘Coffee?’

Seth memandang wajah tua itu. Dia menarik muka selamba, namun tetap menjawab soalan Datuk Rauf.

‘Black, de-caf’

Datuk Rauf memanggil waiter yang berpakaian hita putih itu lalu memberi order. Tumpuannya kembali kepada Seth.

‘So Mr Rauf, what is your answer about the proposal?The land that Shila once told me about was really strategic for my resort. I’ll settle for 7 million.’

Seth Hudson. Nama Islamnya, Muhammad Seth Hudson, seorang businessman yang straight-forward. Dalam usia 37 tahun, dia sudah menjadi seorang developer yang berjaya dan terkenal.

Dan, tindakannya memeluk Islam setelah berkahwin lagi meningkatkan popularitinya. Malaysian born Englishman, very strict with his decision and convincing at that too. Anak yatim yang berjaya membina empayarnya sendiri dari titik peluh sendiri.

‘ Sabar Seth. Jangan cepat sangat. Tak akan lari tanah tu. And don’t call me Mister Rauf Seth, panggil papa. Walau Shila dah tak ada, dia pernah jadi isteri Seth, Seth pernah jadi menantu papa.’

Seth membetulkan duduknya. Dia kemudiannya memandang Datuk Rauf dengan pandangan yang menikam tajam. Tangannya digenggam di atas meja tersebut.

‘Please Mr Rauf, saya datang hari ini sebab hal kerja. So I best prefer formalities between us.’

Pandai rupanya cakap Melayu. Ingatkan tak reti tadi.

‘Seth. Seth. Kalau papa tak setuju dengan meeting ni, bila lagi papa dapat jumpa kamu? Memang, papa malu dengan apa arwah anak papa dah buat pada syarikat kamu but you do not need to cut our ties just because of that and her death!’

Geram. Datuk Rauf memandang Seth tepat pada matanya. Seth juga mengetap-ngetap giginya.

‘Okay then , apa papa nak dari saya? Tak cukup lagi apa yang saya dah lalui dengan Shila tu? Do you understand how bitter you can get, bila orang yang disangka cintakan kita full hearted turned out to be dia hanya nak kikis duit dari saya? It hurts, a lot.’

Seth mengeraskan suaranya. Datuk Rauf mengangguk. Seth menghirup kopi yang baru tiba di hadapannya itu.

‘Papa tak kata apa yang Shila buat tu betul. But she is dead, son! No more living. Forgive her. Nabi sendiri suka umatnya jadi pengampun. Seth masih Islam kan?’

Seth menundukkan wajahnya.

‘Saya tak peluk Islam semata-mata sebab Shila, papa. Saya dah lama tertarik, and I thought by marrying Shila, it would be me turning over a new leaf. I assumed I can get better at being a good Ummah with her by my side as a guide. And what I get was nothing! She doesn’t practice what the prophet preached us. She betrayed my trust, eventhough, I had forgiven her, I will never forget. Now, can we please get to bussiness? Saya ada satu lagi meeting selepas ni.’

Datuk Rauf meraup wajahnya. Manalah dia silap dalam mendidik anak gadisnya dahulu. Tak cukup ke duit dia di bank sehinggakan sanggup menggelapkan wang syarikat suami sendiri?

‘ Okay , Papa dah tak akan bother you with past matters, and I am not interested in your 7 million.’

Seth yang sedang menghirup kopinya itu nyaris terbelahak. Not interested?

‘Maksud papa? Are you not selling me this land?”

Datuk Rauf tersenyum. Dia memandang muka Seth yang sudah memerah itu. Tengah tahan marah.

‘ I am selling, but the currency is different.’

Seth menarik nafas. Hembus. Sedikit lagi dia rasa nak tinggalkan tempat ini dan si datuk tu.

‘Okay fine. You want it in Pounds? Dollars? I am willing.’

Datuk Rauf hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

‘No, not money son. Papa dah anggap kamu macam anak sendiri. The deal is on, kalau Seth kahwin dengan Siti Khadijah.’

Seth terkelu. Dah tak tahu nak cakap apa-apa. Siti Khadijah, adik kepada arwah isterinya. Baru pernah jumpa tak sampai pun lima kali, itupun waktu pertunangan dengan sewaktu nikah yang dia betul-betul dengar suara Siti Khadijah tu. Itu sahaja.

‘You have got to be kidding me! Kahwin dengan adik ipar sendiri?’

Datuk Rauf hanya mengangguk. Cawannya diangkat ke bibir.

‘That, or the deal is off. I give you time to think.’

Seth terasa macam ada sebuah batu menghempap bahunya.

‘Can I ask, why?’

Seth bersuara kembali. Apa motif disebalik perkahwinan itu?

‘Sebab papa dengan mama tak mahu hilang anak lelaki kami ni. And don’t you worry boy, Khadijah, dia anak yang dengar kata ibu bapa, bukannya rebel macam kakak dia. She will make a fine wife.’

Seth mengeluh buat kesekian kalinya. Kalau tak setuju, tak ada tanah. Kalau setuju, kahwin dengan ipar sendiri. Haila.

‘ Give me some time to think.’

‘Take all the time you want boy. All you want.’

Seth bangkit meninggalkan meja tersebut. Nonsense.

Seth kembali ke alam nyata. Wajahnya kembali diraup. Dia memandang sekeliling biliknya itu. Sunyi.

“ Apa yang aku rugi kalau aku kahwin dengan Siti Khadijah?”

Ujarnya. Tudung pen kembali dibuka lalu dia menurunkan tandatangannya ke atas kertas tersebut. Done, he has officially sold his soul to the devil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience