BAB 5

Romance Completed 13868

“Pilihlah,whichever you want.”

Siti Khadijah memandang Seth dengan wajah terkejut. Lidahnya terkelu, dah tak tahu nak cakap apa.

Khadijah mengembalikan pandangannya ke arah kotak kaca yang mengandungi berapa ratus cincin itu.

“Miss, Could you take that one out?”

Seth bertindak setelah dia melihat Siti Khadijah itu sangat clueless. Wanita itu mengeluarkan cincin yang ditunjukkan oleh Seth itu tadi dan dia rasa macam nak pengsan.

Mak oi, berlian ke batu tu? Buat luku kepala orang memanglah sedap.

Seth dengan selamba menarik tangan Khadijah dan menyarungkan cincin itu. Lagilah nak pengsan Khadijah ni, tak pernah kena sentuh dengan ajnabi, sekali kena, static shock terus.

“Abang Muhammad, belum sah. No pegang-pegang.”

Seth terkelu. Lupa pulak dia, Shila dulu tak ada pantang-pantang, asal tidak overboard.

“Suka tak cincin tu?”

Seth berkata selepas berdehem, cover malu kena tegur in public.

“Ija tak suka.”

Seth tersenyum di dalam hati. Dia ingat budak ni lain dari kakak dia, sama sahaja rupanya? Nampak je baik, motif sama, nak kikis duit. Hish.

“Okay, Miss, you got another stone? Bigger perhaps?”

Selamba Seth bertutur. Siti Khadijah di tepi itu sudah jatuh rahangnya. Mak ai, memang kaya gila Muhammad ni? Bigger? Dia ingat jari aku ni buat dari besi ke, patah boleh beso sangat berlian tu!

“No, no. Not bigger, I want something very simple. Ha, yang macam tu pun elok.”

Siti Khadijah cepat-cepat menghalang wanita itu dari mencari berlian yang lagi besar. Matanya tertarik akan sebentuk cincin yang amat cantik, namun still simple. Cincin belah rotan, namun dikelilingi dengan berlian yang kecil sahaja.

‘Seth...stop thinking bad. Stop judging her and stop comparing her to Shila.’ Seth mengingati dirinya sendiri. Kan dah termalu sorang-sorang. Tak baik kata orang tau mamat oi.

“What do you think?”

Siti Khadijah menunjukkan jarinya yang tersarung cincin simple itu. Seth tersenyum.

“Very simple, but almost perfect on you.”

Seth berbisik pada telinga kiri Khadijah. Alahai, cair on spot budak tu sorang.

“We’ll take it. And this one too.”

Seth memberitahu wanita itu , cincin dia dan juga Siti Khadijah. Cincin kahwin. Mereka melangkah keluar dari kedai itu lalu menuju ke butik busana pula.

“Abang Muhammad, sebelum kita masuk sana, boleh Ija cakap sesuatu?”

Seth berhenti melangkah. Dia mengangguk.

“ Ija tak nak majlis sanding. Doa selamat pun dah cukup. Right away. To tell you, I am not good in front of people.”

Seth semakin sayang akan Siti Khadijah ini. A very simpleton type of a person. “ Up to you, Siti.”

Siti Khadijah dah jadi macam aiskrim di tengah panas. First time Seth panggil nama dia, Siti, ada accent sikit-sikit. Walawei, melting tahap karma dah ni.

“You are cool with it? Yela,your wedding dengan kakak dulu grand habis...” Seth merenung Siti Khadijah tajam. Dia terhenti dari menutur. “Itu Shila, sekarang Siti punya wedding. Understand?” Tegas. Siti Khadijah hanya mengangguk macam belatuk. Takut tengok muka tegas Abang Muhammad ni. Seriau.Makin hot pun ada . “I guess you nak pakai baju kurung la kan nanti akad?”

Angguk.

“I am just guessing you know, sebab you berhijab. Siti nak dress ke,kebaya ke apa ke, cakap je. Tak bermakna Siti perlu aku sahaja dengan saya.”

Seth bersuara lembut apabila melihat muka cuak budak Khadijah tu. Polos dan comel aja. Macam hamster pun ada.

“Eh tak, tak. Memang baju kurung sesuai.” “Okay then. If you say so, jom kita pilih kain and hantar to your designer.Hmm?”

Seth berkata sambil menjungkitkan keningnya. Omo, comel!!!

“Beli ready made boleh?”

Halus je suara dia bertanya. Seth memandang Khadijah lagi sekali. Boleh terteleng kepala dia ini hari, patah tengkuk pun boleh jadi, Siti Khadijah ni paras dada dia sahaja, memang kena tunduk habis sebab dorang jalan side by side.

“Hantar je la dekat designer. Betul-betul ikut your measurement. Don’t tell me you don’t have a designer waiting for you to design your wardrobe.”

Siti Khadijah berhenti melangkah. Seth pusing ke belakang dan dia tersedar hakikat sebenar.

“My goodness. No designer? Sorry Siti, I ingat you macam kakak you.”

Siti Khadijah tergelak. Seth rasa dia ni macam Shila yang jadi model tu? Tinggi pun macam budak form 1 ada hati nak jadi model.

“Awak tengok saya atas bawah, I am not wearing any brands on me. This flannnel shirt I jumpa dekat pasar malam, this old jeans, FOS mari.”

Seth makin tersenyum lebar. Comel dia lihat si Khadijah dia ni duduk potpet.

“Yes, madam. Awak sangat sederhana, even anak datuk lain jarang nak behave macam you ni.”

Siti Khadijah menghembus nafas lega. Faham pun apa yang dia nak sampaikan. Tak semestinya dia anak orang berduit, dia perlu joli sana sini.

“Pandai pun. Jom cari baju kita tu.”

Siti Khadijah memuji bakal suami dia tu. “Right on.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience