Rate

Bab 3

Romance Series 2812

Memulakan persiapan untuk sekolah.

Minami dan Uncle nya terus berjalan sampai menuju stesen keretapi untuk pergi ke Tokyo. Setelah sampai saja di stesen keretapi, mereka duduk sambil mendengar isyarat suara apabila sudah tibanya keretapi untuk menuju ke Tokyo. Minami hanya duduk saja sambil melihat pelajar sekolah rendah Jepun. Dia ingin belajar bahasa Jepun dengan lebih baik. Tetapi, Uncle nya pandai cakap bahasa Jepun. Dia ingin meminta Uncle nya mengajar dia bahasa Jepun.

Selepas itu, Uncle nya pun memanggil namanya kerana keretapi itu pun sudah sampai. Minami pun bangun dari tempat duduknya lalu berlari. Mereka pun masuk ke dalam keretapi dengan berhati-hati. Minami pun duduk sambil mendengar lagu manakala Uncle nya sedang menelefon bapa Minami. Minami sentiasa teringat dengan rakannya di sekolah menengahnya. Minami pun on kan phone nya sambil melihat gambar rakannya dan ibu bapanya. Minami pun tertidur selepas melihat gambar rakannya dan ibu bapanya. Belum lama rasanya, Uncle nya pun mengejutkannya bahawa mereka sudah sampai ke Tokyo.

Minami tengok disekelilingnya, dia pun terkejut apabila melihat ramai orang di bandar Tokyo ini. Jadi, Uncle nya pun mmbawa Minami pergi ke rumah Uncle Uta. Selepas itu, Minami hairan kenapa ada orang mengikut mereka berjalan. Minami baru saja teringatkan sesuatu untuk mengelakkan orang itu mengikutnya. "Aaaa... Uncle, aku nak pergi ke sana sekejap eyy", kata Minami sambil menunjukkan ke arah sana. Lalu Uncle Uta pun bertanya kepadanya. "Kamu nak buat apa dekat sana? Nanti tak pasal-pasal orang kata kamu nak mencuri", kata Uncle nya dengan hairan. "Adalah, Uncle. Sekejap je eyy", kata Minami sambil berlari.

Selepas itu, Minami pun menyorok sambil melihat orang itu sedang memegang pisau. Minami pun terus menyerang orang itu dengan menggunakan cara tumbuk dan sepak dari belakang orang itu. Uncle nya pula terkejut apabila mendengar bunyi di belakangnya. Uncle Uta pun tidak sangka yang bertumbuk itu adalah Minami. Selepas selesai saja Minami belasah orang itu, Minami pun menoleh ke arah Uncle nya dengan tersenyum. Muka Minami penuh dengan lebam. Uncle Uta pun tidak sangka bahawa perangai Minami macam lelaki. Tetapi, walaupun perangai Minami seperti lelaki yang digelar perempuan tomboy, dia juga dapat selamatkan nyawa Uncle nya. Uncle Uta pun terus menangis apabila melihat muka Minami penuh dengan lebam.


Minami pun melihat Uncle nya dengan tersenyum lalu memeluk Uncle nya. Minami pun menangis kerana takut kehilangan Uncle nya. Hanya Uncle Uta saja yang berada di Tokyo. Kalau Uncle Uta tiada, siapa yang akan menjaganya. Uncle Uta pun melihat Minami menangis sambil memujuknya. Selepas Minami lepaskan Uncle nya, dia pun mengambil beg barangannya yang terjatuh ke bawah. Lalu mengajak Uncle nya berjalan bersama untuk menuju ke rumah Uncle nya. Setelah sampai saja di rumah Uncle nya, dia melihat rumah Uncle nya yang sangat besar dan juga ada jiran sebelah.


Uncle Uta pun mengajaknya masuk ke dalam rumah untuk berehat. Uncle Uta pun mengambil ubat sapu untuk mengubat muka Minami yang lebam itu. Belum lama rasanya, Minami pun tertidur kerana kepenatan. Selepas itu, ada jiran sebelah rumah Uncle Uta datang untuk memberitahu sesuatu. Uncle Uta pun terkejut kerana ada orang datang ke rumahnya. Orang yang datang ke rumah Uncle Uta adalah budak lelaki yang akan bersekolah menengah bersama dengan Minami nanti. Dia memberitahu tentang barangan keperluan Minami untuk persediaan ke sekolah.


Budak lelaki itu pun bertanya kepada Uncle Uta dengan menggunakan bahasa Jepun. "Aaaa... Minami-chan wa dokodesu ka?" tanya budak lelaki sambil melihat disekeliling rumah Uncle Uta. "Aa, kanojo wa uchinonaka ni iru yo. Shikashi kanojo wa nemutte ita.", kata Uncle Uta kepada budak lelaki itu. Jadi, mereka pun bercakap sementara Minami sedang tidur. Hari pun sudah petang, Minami pun terus bangun lalu naik ke atas untuk mengambil kain tualanya. Selepas habis saja mandi, Minami pun menggunakan baju tidur yang tebal kerana kesejukan. Minami pun turun ke bawah lalu pergi ke dapur untuk menemani Uncle Uta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience