Rate

Bab 7

Romance Series 2812

Dia sentiasa menemani aku.


Pada keesokan harinya, Minami pun turun ke bawah lalu pergi ke dapur untuk sarapan pagi. Uncle Uta pula sedang menyediakan sarapan pagi untuk Minami. Minami pun terus pergi ke meja makan lalu duduk dengan senyap. Uncle Uta pun duduk di hadapan Minami manakala Minami sedang memandang wajah Uncle Uta dengan serius. Uncle Uta pun ingin bertanya kepada Minami. " Aa... Macam mana dengan kamu di sekolah?", tanya Uncle Uta sambil memandang Minami. Minami hanya diam saja sambil memandang wajah Uncle Uta. " Aa... Kamu sudah bagi nama kucing tu ke?", tanya Uncle Uta lagi sambil melihat kucing yang dibawa oleh Minami semalam. Belum lama rasanya, Minami pula yang membuka mulutnya untuk bertanya kepada Uncle Uta. " Kenapa Uncle tak bagitahu dengan aku yang Akihito tu jiran sebelah rumah Uncle sendiri?", tanya Minami sambil memandang wajah Uncle Uta. Uncle Uta hanya buat tidak tahu apa-apa pun mengenai pasal dirinya di sini. Uncle Uta terus menukar topik. " Aa... Nanti, kalau kamu nak pergi ke sekolah, kamu tunggu Akihito, ya.. Jalan bersama-sama dengan dia, okay...", kata Uncle Uta sambil memandang tempat lain. " Tak nak. Aku boleh jalan sendirilah, Uncle. Tak payah nak susahkan dia.", kata Minami selepas habis makan. Minami pun angkat dari tempat duduknya lalu pergi mencuci tangannya.


" Okaylah, Uncle! Minami jalan dulu, ya!", kata Minami lalu membawa beg sekolahnya. " Ala... Tunggulah Akihito tu dulu... Kalau dia dah keluar, barulah kamu dengan dia berjalan bersama-sama...", kata Uncle Uta sambil tersenyum. " Yalah, Uncle... Okaylah, bye!", kata Minami sambil melambai tangannya. " Bye!", kata Uncle Uta lagi. Minami pun tunggu Akihito keluar. Belum lama rasanya, Akihito pun keluar lalu menutup pintu rumahnya. Akihito pun mengucap selamat pagi kepada minami. " Ohayou gozaimasu.", kata Akihito kepada Minami. " Ohayou...", kata Minami sambil melihat di tempat lain. Jadi, mereka berdua pun berjalan bersama-sama. Ketika dalam perjalanan ke sekolah, Minami tengok tempat lain manakala Akihito pula memandang Minami.


Belum lama rasanya, Akihito pun bercakap dengan Minami. " Hye, boleh tak kamu bercakap dengan saya sekejap...?", tanya Akihito sambil memandang ke hadapan. Minami pun terkejut apabila Akihito bercakap dalam bahasa Malaysia. Minami hanya diam saja kerana dia rasa tak percaya bahawa Akihito dapat bercakap dalam bahasa Malaysia. " Oi! Kamu dengar tak ni?", tanya Akihito lagi. Minami sentiasa diam saja. Akihito pun geram tengok Minami sentiasa diam dari tadi. Akihito pun menarik pipi Minami dengan kuat. Minami pun menjerit kerana kesakitan. " Ahhhhhhh!!!!!! Sakitlah!!! Tahu tak!!!!", jerit Minami sambil menyentuh pipinya. " Pandai pun kamu cakap. Saya ingatkan kamu ni bisu...", kata Akihito lagi. " Kau niiiiii!!!! Mari sini kauuuu!!!!", jerit Minami lagi sambil menarik rambut Akihito. " Ahhhhhhh!!!! Sakitlah kamu tarik rambut saya!!!!", jerit Akihito kepada Minami. Minami pun melepaskan rambut Akihito lalu berkata, " Maaf...", kata Minami sambil memukul bahu Akihito. Akihito hanya diam saja apabila dia mendengar Minami meminta maaf kepadanya.


Mereka pun sampai juga ke sekolah. Ramai pelajar melihat Minami dan Akihito berjalan bersama-sama. Belum lama rasanya, ramai pelajar perempuan pergi berhampiran dengan Akihito. Minami hanya teruskan jalan untuk menuju ke kelas. Akihito pula hanya melihat Minami saja. Akihito itu merupakan lelaki popular di sekolah menengah Tokyo. Selepas itu, Minami pun sampai juga ke kelasnya. Dia hanya memandang ke bawah saja. Minami pun duduk lalu memasang lagu ke telinganya sambil melihat ke luar tingkap. Belum lama rasanya, Akihito pun masuk lalu duduk ke mejanya yang berada disebelah tempat duduk Minami. Akihito pun memanggil Minami. " Minami-chan!", panggil Akihito. Minami pun menoleh ke sebelah kanan. " Apa..?", tanya Minami lagi. " Aaa......", percakapan Akihito pun terpotong kerana ada seorang budak perempuan memanggilnya. " Akihito-kun!!!!~", panggil budak perempuan itu lalu menyentuh Akihito. Minami pun memandang Akihito dan budak perempuan disebelah Akihito. Budak perempuan itu pun memandang Minami dengan sombong. Minami pun bangun dari tempat duduknya sambil mendengar lagu. Selepas itu, Minami sengaja melanggar budak perempuan itu. Budak perempuan itu pun menjerit kepada Minami. " Nee! Itai! Shiranai no?!", jerit budak perempuan sambil memegang bahunya. " Orokana!", jerit budak perempuan itu lagi.


Semua pelajar dari kelas lain dan juga kelas mereka memandang Minami yang sedang berdiri di pintu luar kelas. Minami pun berhenti. Kemudian, Minami menoleh ke belakang. " Blehhhhh....", kata Minami sambil mengejek pelajar perempuan yang sedang berdiri disebelah Akihito. Akihito pun memandang Minami tetapi Minami pula memandang Akihito dengan muka yang tiada mood. Minami pun patah balik mukanya dan terus berjalan meninggalkan kelas. Budak perempuan itu pun menyentuh Akihito sambil mengatakan sesuatu kepada Akihito. " Akihito-kun, kare o mite!", jerit budak perempuan itu sambil menyentuh Akihito. Akihito hanya diam sambil mengalihkan tangan perempuan itu. Akihito hanya pandang meja saja sambil mengeluarkan bukunya di bawah laci meja. Budak perempuan itu hanya pandang Akihito saja.


Minami hanya merayau-rayau di kawasan sekolah. Ketika itu, Minami pun sampai ke atas tempat pelajar rehat. Minami pun baring ke atas lantai sambil mendengar lagu. Hari pun berangin dengan tiupan yang sejuk. Minami hanya memandang ke langit saja. Kemudian, Minami memejamkan matanya sambil menenangkan fikirannya. Semua pelajar masuk ke kelas kerana pelajaran akan dimulakan sebentar lagi. Akihito hairan kenapa Minami belum masuk lagi ke dalam kelas. Belum lama rasanya, guru kelas mereka pun datang untuk mengambil kehadiran pelajarnya. Selesai saja cikgu menyebut nama pelajar, cikgu pun menyebut nama Minami. Tetapi, Minami tiada di dalam kelas. " Minami-chan wa dokodesu ka?", tanya cikgu kepada muridnya. Semua murid diam kerana ada sebarang masalah yang berlaku di dalam kelas mereka tadi. " Akihito-kun?!!", jerit cikgu kepada Akihito. Manakala Akihito pun diam juga. Jadi, cikgu pun meninggalkan muridnya di dalam kelas. Akihito hanya diam sambil memikirkan di mana Minami sekarang. Sekarang Minami pun belum sedar lagi dari tempatnya.


Sekarang pun sudah masuk waktu rehat, Akihito pun mencari Minami di merata tempat. Walaupun Akihito berasa penat mencari Minami, tetapi dia masih mampu mencari Minami. Sampai saja Akihito di tempat pelajar rehat, Akihito pun nampak ada seorang pelajar perempuan yang sedang baring di luar bangunan sekolah. Akihito pun memerhati orang itu. Sekali Akihito memerhati orang itu, orang itu adalah Minami yang sedang baring di atas lantai. Akihito pun berlari untuk mendapatkan Minami. Selepas itu, Akihito pun mengejutkan Minami berberapa kali. " Minami-chan, bangunlah!", jerit Akihito kepada Minami. Tetapi, Minami masih belum sedar lagi. Akihito baru dapat tahu bahawa Minami sekarang pengsan. Akihito lekas-lekas membawa Minami untuk pergi ke klinik sekolah. Akihito semakin takut bahawa kenapa Minami boleh jadi macam ini. Akihito tetap membawa Minami sampai ke klinik sekolah dengan secepat mungkin. Dan Akihito berharap agar Minami tidak ada apa-apa yang berlaku pada diri Minami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience