Rate

Bab 5

Romance Series 2812

Sesi persekolahan aku bermula.

Pada pagi itu, Minami pun belum lagi bangun dari tempat tidurnya. Selepas itu, Uncle Uta pun masuk ke dalam bilik Minami. Uncle Uta pun kejutkan Minami. Minami pun menolak tangan Uncle Uta. Selepas itu, Uncle Uta cuba untuk takut Minami. " Minami, ada orang masuk ke dalam bilik kamu ni...", kata Uncle Uta di telinga Minami. Minami pun terus bangun apabila mendengar ayat Uncle Uta tadi. " Mana orang itu, Uncle?!?!", tanya Minami dengan tergesa-gesa. " Mana adalah... Uncle cuma nak suruh kamu bangun je... Dah, pergi mandi dan kemaskan diri kamu tu... Kamu kena datang awal ke sekolah...", kata Uncle Uta yang cuba menahan ketawanya. " Hah!! Ok, Uncle!!!", kata Minami terus masuk ke dalam bilik mandi.


Selepas Minami masuk ke dalam bilik air, Uncle Uta pun melepaskan ketawanya apabila dia mencuba takutkan Minami. Selesai saja Minami mandi, dia pun mengemaskan dirinya dan mengemas bukunya. Dia pun turun ke bawah untuk sarapan pagi dengan Uncle Uta. Selepas habis sarapan pagi, uncle Uta pun menghantar Minami ke sekolah menengah Tokyo. Mereka pun sudah sampai ke sekolah menengah Tokyo. Ramai orang di sekolah itu memandang Minami dengan mukanya yang masih ada lebam. Sekian lama Uncle Uta bertemu dengan guru kelasnya, Uncle Uta pun mahu balik tetapi, Uncle Uta ada memberi semangat kepada Minami. " Good luck, Minami. Jangan nakal-nakal tau di dalam kelas.", kata Uncle Uta sambil tersenyum. " Ok, Uncle! Bye!", kata Minami dengan gembira. " Bye.", kata Uncle Uta sambil melambaikan tangannya.


Minami pun tunggu di luar bilik guru sementara menunggu cikgunya. Selepas itu, pintu bilik pun terbuka. " Aa, anata wa Minami Satsuki desu ka?", tanya guru kelasnya kepada Minami. " Hai~", kata aku sambil tundukkan kepala. Jadi, cikgunya pun menunjukkan kelas kepada Minami. Sampai saja di kelas, Minami rasa pelik bila melangkah ke kelas itu. Kelas yang dimasuki oleh Minami itu ialah tingkatan 3 - kelas 3. Selepas cikgu masuk, kemudian Minami pula yang masuk. Minami pun rasa lain macam bila dia masuk ke dalam kelas dan menumpu ke hadapan. Cikgu sedang menulis nama Minami dan meminta Minami memperkenalkan diri. Minami pun memulakannya. " Watashi wa namae wa Minami Satsuki desu. Maraashia kara kimashita. Hajimemashite.", kata Minami sambil tundukkan kepalanya. " Hajimemashite!!!", kata semua pelajar dengan penuh bersemangat kepada Minami . Cikgu pun menyuruh Minami duduk ke meja belakang yang berhampiran dengan tingkap.


Minami pun duduk sambil mengeluarkan buku teks. Selepas habis waktu belajar, ramai pelajar keluar rehat hanya Minami saja tidak keluar kelas. Minami hanya mendengar lagu saja sambil melihat luar tingkap. Belum lama rasanya, ada seorang lelaki sedang berdiri di mejanya. Kemudian, lelaki itu meletakkan makanan diatas mejanya. Minami pun terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja memberinya makanan. Selepas itu, Minami pun pandang lelaki itu sambil Minami memerhati dia bahawa dia ada mengatakan sesuatu. Minami pun lekas-lekas tutup lagunya. Tetapi, lelaki itu pun sudah pergi bersama kawannya. Minami hanya memandang saja makanan yang diberi oleh lelaki itu. Minami pun makan saja tanpa mengucap terima kasih kepada lelaki tadi.


Selepas habis rehat, cikgu pun sudah datang. Cikgu meminta semua pelajar keluarkan buku teks matematik. Tetapi, Minami tertinggal buku teks matematik. Minami hanya diam saja, tidak tahu nak buat apa. Belum lama rasanya, ada seorang pelajar lelaki menolak mejanya supaya dekat dengan meja Minami. Minami pun tengok siapa yang rapatkan mejanya. Rupanya lelaki tadi. Lelaki pun memberikannya buku teks sambil memandang ke hadapan. Minami ingin mengatakan sesuatu. " Aa... Arigatou...", kata Minami dengan keberaniannya. " Daijoubudesu.", kata lelaki itu. Minami pun terus menulis. Kemudian, lelaki disebelahnya ada menulis sesuatu di buku tulis lelaki itu. " ~Watashi wa namae wa Akihito Hiroto desu. Hajimemashite.~", kata lelaki itu di dalam buku tulisnya. Minami pun balas balik ke dalam buku tulis lelaki itu. "~Hajimemashite, Akihito-kun.~", kata Minami sambil membalas balik ayat Akihito itu. Waktu sekolah pun sudah habis, Minami pun cepat-cepat ucapkan terima kasih kepada Akihito-kun. " Kyoukasho o kashite kurete arigatou! Mata aimashou, baibai!", kata Minami terus keluar dari kelas kerana dia tidak mahu lama bersama dengan kebanyakan lelaki. Kawan Akihito-kun pun memandang Minami juga sambil mengatakan sesuatu kepada Akihito.


Tetapi, Akihito hanya mendengar saja apa yang kawannya katakan. Akihito pun memandang ke hadapan kerana hairan kenapa Minami berlari dengan secepat mungkin. Akihito pun memberitahu kepada kawannya bahawa dia mahu pulang awal. Kawannya pun setuju apa yang dikatakan oleh Akihito. Akihito pun meninggalkan kawannya. Akihito akan memberitahu perkara sebenar kepada Minami kerana selama ini dia sudah tahu bahawa Minami akan datang ke sekolah menengah Tokyo. Ketika Akihito turun dari tangga, Akihito sempat tengok Minami tengah membeli air mineral. Minami pun lalu pergi. Akihito cepat-cepat turun dari tangga untuk mengejar Minami. Tetapi, Akihito jarakkan dirinya dari jauh sambil mencari jalan untuk menuju ke rumahnya dahulu sebelum Minami sampai ke rumah Uncle Uta. Akihito mahu menunjukkan perkara sebenar kepada Minami supaya Minami tahu segalanya bahawa Akihito adalah jiran sebelah rumah Uncle Uta. Akihito pun lari secepat mungkin sebelum Minami sampai ke rumah Uncle nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience