Rate

Bab 8

Romance Series 2812

Ex-girlfriend Akihito.


Akihito masih juga berlari membawa Minami pergi ke klinik sekolah. Ramai pelajar melihat Akihito membawa pelajar perempuan dari Malaysia. Apabila Akihito teruskan larinya, budak perempuan yang sedang melihat Akihito berlari tanpa melihat perempuan itu. Budak perempuan itu sangat marah melihat Minami menyentuh Akihito. Budak perempuan itu sangat sukakan Akihito. Tetapi, Akihito tidak akan menerima budak perempuan itu lagi kerana dia telah menyakitkan hati Akihito dahulu. Budak perempuan itu akan membalas dendam dengan Minami suatu hari nanti.


Sampai saja ke klinik sekolah, Akihito terus membaringkan tubuh Minami di atas katil. Cikgu meminta Akihito pergi masuk ke kelas sebelum pelajaran akan dimulakan. Akihito hanya melihat ke bawah saja kerana dia rasa bersalah sangat. Akihito pun pergi ke kelasnya. Sekarang pelajaran pun sudah tamat, semua pelajar balik ke rumah, hanya Akihito saja belum balik lagi. Akihito pun mengemaskan beg sekolahnya dan juga beg sekolah Minami. Kemudian, Akihito pun keluar untuk pergi ke klinik sekolah. Setelah sampai saja di klinik sekolah, Akihito pun nampak Minami sudah sedar. Akihito pun masuk dan terus berjalan menuju ke katil Minami. Minami hanya diam tanpa mengatakan sesuatu kepada Akihito. Kemudian, Akihito pun duduk di sebelah Minami. Akihito pun mula bertanya dengannya. " Aa... Kamu okay kah...?", tanya Akihito sambil memandang wajah Minami. Tetapi, Minami tidak mahu menjawab soalan Akihito. Bila Akihito memandang Minami lebih lama, Akihito pun mencubit pipi Minami. Minami pun menjerit kerana kesakitan. " Ahhhhhhh!!!! Sakitlah, Akihito-kun!!!!", jerit Minami sambil mengalihkan tangan Akihito. " Ada pun suara kamu. Kenapa kamu selalu diam?? Kalau saya tanya atau bercakap dengan kamu, kamu tidak mahu menjawab atau bercakap dengan saya. Kenapa?", kata Akihito kepada Minami. " Ya, ya... Maaf...", kata Minami sambil memandang ke bawah. Akihito pun melihat Minami yang tiada mood. Jadi, Akihito pun akan menceritakan tentang budak perempuan itu tadi.


" Minami-chan, saya mahu minta maaf dekat kamu... Pasal budak perempuan dalam kelas kita tadi...", kata Akihito sambil melihat ke arah lain. Minami hanya dengar lalu bertanya. " Siapa perempuan tu?", tanya Minami kepada Akihito. " Nama dia Akemi Mami. Dia bekas girlfriend saya. Kami sudah lama break up kerana dia telah menyakitkan hati saya.", kata Akihito dengan muka kemarahan. " Apa yang berlaku dengan girlfriend kau sampai kau break up dengan dia...?", tanya Minami lagi. " Dia sudah tipu saya banyak kali. Dia selalu keluar dengan lelaki lain. Dan dia selalu tidak balas message dan call saya. Dari mana saya dapat tahu, itu semua kawan rapat saya yang memberitahu kepada saya bahawa dia pergi ke tempat lain bersama dengan lelaki lain. Sebab itulah, saya break up dengan dia. Saya tidak mahu dia mengganggu saya lagi.. Dan dia pernah cakap dengan saya.. Dia tidak suka kalau ada orang sentuh atau rapat dengan saya... Dia sanggup melakukan perkara buruk... Lebih-lebih lagi kamu juga yang kena oleh dia...", kata Akihito sambil memandang wajah Minami.


Minami pun terkejut apabila mendapati cerita Akihito itu ada dirinya juga. " Ke... kenapa aku pula yang kena...?!", tanya Minami dengan hairan. " Sebab, dia selalu tengok kamu bersama dengan saya. Kalau kamu mahu tahu, kenapa dia tidak sukakan kamu... Sebab, dia tidak suka kalau kamu rapat dengan saya...", kata Akihito lagi. Minami hanya mendengar saja cerita Akihito. Minami pun menahan ketawanya. " Kenapa ini? Kamu sakitkah?", tanya Akihito sambil melihat Minami. Minami pun melepaskan ketawanya. " Hahaha!!!! Apa yang kamu cakapkan ni!?!?! Hahaha!!!", kata Minami sambil ketawa. " Ahhh... Ke... kenapa kamu cakap macam tu...?", tanya Akihito dengan hairan. " Tak adalah dia buat macam tu!!! Haha!!! Dia tengok aku pun sebab dia jealous dengan aku kerana aku dapat rapatkan diri aku ni dengan kau!!!! Hahaha!!! Siapa kesah dengan dia tu.... Aku tak takutlah dengan dia tu!!!! Hahaha!!!", kata Minami sambil ketawa.


Akihito pun hanya tersenyum melihat Minami bergelak ketawa. Kemudian, Minami-chan pun memukul bahu Akihito lalu berkata sesuatu. " Tak apa, Akihito-kun. Aku pandai jaga diri aku sendiri. Kalau aku kena buli oleh mereka, aku akan balas balik. Aku tak kesah kalau dia nak panggil boyfriend dia. Hahaha!!! Lawak-lawak..", kata Minami selepas memukul bahu Akihito. Akihito pun merenung wajah Minami kerana pertama kali Akihito melihat Minami senyum dengannya. Akihito pun menutup mukanya kerana mukanya penuh dengan kemerahan. Minami hanya melihat Akihito yang sedang menutup mukanya. Apabila Minami memandang Akihito begitu lama, Minami pun menoleh tempat lain kerana dia berasa malu sangat dengan Akihito. Mereka sama-sama berasa malu. Selepas mereka keluar dari klinik sekolah, mereka pun balik bersama-sama. Tetapi, ada salah seorang budak perempuan belum balik kerana melihat mereka berdua balik bersama. Budak perempuan yang melihat mereka adalah Akemi Mami. Akemi sangat marah apabila melihat Minami rapat dengan Akihito. Akemi akan melakukan sesuatu kepada Minami suatu hari nanti. Akemi tetap membalas dendam dengan Minami. Akemi sanggup melakukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience