Rate

Bab 4

Romance Series 2812

Hadiah dari Uncle Uta.

Minami hanya melihat Uncle nya yang sedang memasak. Minami tidak tahu apa lagi nak disembangkan. Belum lama rasanya, makanan pun sudah dihidangkan oleh Uncle Uta. Kemudian, Uncle Uta pun duduk di hadapannya sambil melihat Minami. Uncle Uta rasa bersalah sangat melihat muka Minami penuh dengan lebam. Lalu Uncle Uta pun bercakap dengan Minami. " Uncle minta maaf, Minami. Uncle tak sangka ada orang mengikut kita dari belakang. Uncle pun rasa bersalah kerana muka kamu penuh dengan lebam.", kata Uncle Uta sambil melihat ke bawah. " Tak apa, Uncle. Aku rasa syukur kerana Uncle sudah selamat oleh aku.", kata aku dengan memberi senyumanku.

Uncle hanya membalas senyuman Minami saja. Mereka pun makan sambil Minami menceritakan tentangnya di Malaysia. Selesai saja mereka makan, Minami dan Uncle Uta pun memulakan solat maghrib di rumah. Selesai saja solat, Minami pun duduk di atas katil sambil mengeluarkan buku notanya. Dia pun menulis sambil mendengar lagu. Selepas selesai menulis, dia pun kemaskan buku notanya dan menyimpan. Minami pun tidur di atas katil bersama dengan gambar yang dipegangnya iaitu gambar ibu bapanya.

Pada keesokan harinya, Minami pun bangun awal pagi sambil melihat jam phone nya. " Hah... Hari ni hari Ahad, esok aku dah start pergi sekolah menengah bersama dengan Uncle nanti.", kata aku dengan rasa malas. Minami pun turun ke bawah sambil melihat Uncle Uta sedang menelefon. " Hah... Awal betul Uncle ni bangun... Kalah aku... Hahhhh...", kata aku sambil naik ke atas semula. Minami pun mengemaskan dirinya selepas selesai saja mandi. Minami pun turun ke bawah untuk sarapan pagi dengan Uncle Uta. Selepas habis saja makan, Minami pun on kan phone. Minami pun hairan, bila masa ada orang message dengannya. Jadi, Minami pun memanggil Uncle Uta untuk membaca message ni. " Uncle, kenal tak nombor telefon ni?", kata aku dengan hairan. " Ohhh... Mungkin kawan kamu dari sini kot...", kata Uncle Uta.

Selepas itu, Minami pun membaca message tadi. " Kyou wa genkidesu ka?", tanya orang dalam message itu. " Aa... Watashi wa genkidesu. Kiite mo iidesu ka, anata wa daredesu ka?", kata aku dengan berani. Selepas itu, orang itu pun menjawab dengan bahasa Malaysia. " Kamu akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya.", kata orang itu. Minami pun terkejut apabila orang itu menjawab dengan menggunakan bahasa Malaysia. " Esok datang ke sekolah dengan lebih awal. Bye. Bagitahu dengan Uncle kamu.", kata orang itu menasihati Minami. " Ok, bye.", kata aku sambil terfikir.

Uncle Uta pun menyorok sambil melihat Minami yang tengah terfikir. Sebenarnya, Uncle Uta tahu orang itu, cuma dia tak mahu bagitahu dulu kepada Minami. Lagi pun orang itu yang tidak membenarkan Uncle Uta memberitahu kepada Minami. Kemudian, Uncle Uta pun pergi ke ruang tamu sambil menonton tv. Minami pun memanggil Uncle Uta. " Ini ada orang yang bagi nasihat untuk kita.", kata aku sambil membuat muka monyok aku. " Ohh... Ok. Siapa itu?", tanya Uncle Uta kepada Minami. " Tak tau. Aku tanya dia, dia tak nak jawab. Malaslah nak layan.", kata aku lagi. Uncle Uta hanya ketawa kecil sahaja melihat rupa muka monyok Minami.

Selepas itu, Uncle Uta pun bangun dari tempat duduknya. Minami hanya tengok saja. Kemudian, Uncle Uta pun membawa sesuatu untuk Minami. Minami terkejut apabila Uncle Uta memberinya baju sekolah menengah Tokyo dan barang sekolahnya. Minami pun sangat gembira dengan Uncle Uta. " Wahh! Bila Uncle beli ini? Tak nampak pun Uncle keluar semalam.", kata aku sambil memegang barang yang diberi oleh Uncle Uta. " Oh... Waktu tu kan, kamu tidur. Jadi, Uncle keluarlah sekejap untuk beli barang sekolah kamu ni.", kata Uncle Uta sambil tersenyum. " Dengan siapa?", kata aku lagi. " Dengan budak lelaki yang bawa kamu ke rumah Uncle tu.", kata Uncle lagi. " Hahhhh... Dia tinggal di kawasan ni ke, Uncle?", kata aku dengan hairan. " Ya. Tak jauh sangat, dekat saja dengan rumah Uncle ni.", kata Uncle Uta dengan tersenyum. " Owhh...", kata aku lalu diam.

Minami pun tak kesah langsung dengan perkara ini. Biasalah perangai Minami itu macam perempuan tomboy yang tak pernah ambil kesah sangat. Tapi, dia gembira sangat kerana dapat baju sekolah menengah Tokyo. Jadi, dia akan memulakan sesi persekolahannya di Tokyo. Minami pun tidak sabar untuk pergi ke sekolah. Minami pun meminta Uncle Uta mengajarnya bahasa Jepun. Uncle Uta pun setuju apa yang Minami inginkan. Jadi, Uncle Uta pun mengajarnya sampai ke petang. Selepas habis makan malam, mereka pun sambung semula. Minami pun ingin menjadi pandai sampai dia dapat bercakap dalam bahasa Jepun dan tahu maksudnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience