Rate

Bab 1

Romance Series 2812

Tentang aku di Malaysia.

Yo! Nama aku Minami Satsuki. Aku berasal dari Malaysia. Nama aku diberi oleh bapa aku dengan menggunakan nama Jepun. Jadi, ibu aku pun setuju dengan nama yang diberi oleh bapa aku. Aku ini digelar perempuan tomboy kerana perangai aku macam lelaki. Lagi pun, aku ini ada penyakit asma tahap ke 3. Jadi, aku perlulah jaga kesihatan aku ini.

Sekarang ini, ibu bapa aku akan menghantar aku ke sekolah menengah Jepun. Betapa jauhnya aku ini dihantar ke sekolah menengah Jepun. Sebab aku ini pandai sikit je bercakap dalam bahasa Jepun. Tapi, di Jepun itu ada musim sejuk. Takut juga kalau aku ini sakit. Dengan persediaan aku, ibu bapa aku perlu pergi ke hospital untuk ambil ubat aku.

Ibu bapa aku sudah tetapkan tarikh dan hari untuk pergi ke Jepun. Jadi, lima hari sajalah aku sekolah di Malaysia ini sebab hari Sabtu aku akan pergi ke Jepun. Bila aku bagitahu kepada rakanku sekelas, ramai rakan aku menangis kerana kepergian aku. Aku pun memberi senyuman terakhir aku kepada rakanku. Bila sudah tibanya hari Sabtu, ibu bapa aku pun menghantar aku ke lapangan terbang.

Selepas kami sampai ke lapangan terbang, aku pun terus pergi ke lapangan terbang. Aku sempat juga peluk mereka dan mencium pipi mereka. Aku pun masuk ke dalam kapal terbang sambil berlambai tanganku dan memberi senyuman dengan ibu bapaku. Lapangan terbang pun berjalan lalu terbang. Aku sentiasa ingat kata bapaku bahawa ada rakannya menunggu kedatangan aku.

Belum lama rasanya, aku pun rasa boring. Aku pun mendengar lagu sambil membaca buku. Sekian lamanya di dalam kapal terbang, kapal terbang pun turun dengan perlahan. Aku pun bangun dari tempat duduk dan mengambil beg barangan keperluan aku. Aku pun keluar dari kapal terbang itu, lalu aku memandang ke hadapan dengan kegembiraan. Akhirnya, aku sampai ke Jepun dengan selamat. Aku pun berkata "Alhamdulillah..." .

Walaupun aku ini tomboy sekali pun, tapi, hati tetap baik dengan sesama manusia. Aku pun terus mencari kawan bapaku yang sedang menunggu kedatangan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience