BAB 13

Romance Completed 4805

“Dah sedia belum nak jadi isteri saya ni, sayang?” soalku apabila hari-hari yang dinanti-nantikan hampir tiba juga. Tempoh masa enam bulan itu terasa cepat benar berlalu dan hari ini aku bakal menjadi suami yang sah buat seorang gadis yang aku cintai. Siapa lagi kalau bukan Chloe Ariani aka Cik Omputih aku tu.

“Saya dah sedialah ni. Awak tu dah okey ke nanti nak pegang tangan Tok Kadi. Jangan terketar-ketar sudahlah. Saya tak tahu tau,” usiknya perlahan di telingaku. Aku sudah tersengih-sengih apabila diusik begitu.

“Awak jangan cabar saya, sayang. Saya ni jenis lelaki yang pantang dicabar. Demi awak, saya akan tenang masa sambut lafaz akad nikah tu. Sayang jangan risau ok.”

Seperti mana yang dijanjikan, tepat jam 10 pagi kami berdua selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Aku mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana memberikan aku kekuatan semasa melafazkan perkataan keramat itu. Chloe Ariani sudah pun sah menjadi isteri aku kini. Terima kasih Azmer. Terima kasih, Cik Omputih.

Malam itu kami berdua duduk bersantai di hadapan rumah mak yang terletak di Kota Tinggi. Ramai juga tetamu yang hadir semasa majlis persandingan aku petang tadi. Cuaca pun elok sahaja sepanjang majlis berlangsung. Kini aku berdua sahaja dengan Chloe Ariani, membisikkan rindu padanya saat malam kian berlalu sehingga menjengah ke waktu pagi.

“Terima kasih, sayang,” ucapku lembut di telinganya.

“Terima kasih sebab apa, ya?” soalnya sedikit harian.

“Sebab sayang sudi jadi isteri abang walaupun abang ni pelajar sayang. Lagi satu sebab sayang rela jadi Cik Omputih abang. Hehee…” Aku ketawa kecil apabila dia bangkit dari ribaan aku lantas bercekak pinggang.

“Oh, abang perli sayang, ya.” Dia menarik muka masam.

“Rambut sayang ni,” tunjuknya padaku sambil memegang rambut,

“memang warna perang tapi janganlah gelarkan sayang Cik Omputih. Sayang ni anak melayu betul tau walaupun ada campur sikit dengan darah mat salleh. Kalau susah-susah sangat, sayang nak warnakan rambut ni dengan warna hitamlah semua. Biar abang tak gelar sayang dengan nama tu lagi,” ugutnya tegas.

“Eh, kenapa nak diwarnakan pula rambut sayang tu. Bagi abang, rambut sayang dah terlalu cantik. Sebab omputih inilah yang membuatkan hati abang tertarik dan terus jatuh cinta pada sayang.”

“Erm, yalah tu.” Dia hanya mencebikkan bibir.

“Betul, sayang. Buat apa abang nak tipu. Lagi satu, abang tertarik dengan warna mata sayang tu. Warna hazel, kan,” ucapku romantik.

“Eh, camna abang boleh tahu ni?”

“Itu secret, tak boleh beritahu. Kalau abang dapat baby pun, abang nak dapat baby yang mata sama colour dengan sayang. Mesti cantikkan. Percantuman dua jiwa antara kita berdua agak-agaknya, jadi warna apa pulak sayang?” tanyaku bodoh.

“Entah, warna kelabu kot,” jawabnya selamba. Sudahnya aku cubit pipit dia kuat-kuat. Meronta-ronta dia minta dilepaskan. Baru tahu penangan aku. Hehee…Selepas itu kami berdua terus masuk ke dalam bilik untuk merealisasikan impian murni itu. Chloe Ariani kelihatan takut-takut apabila aku menutup lampu. Dia sibuk membebel padaku. Aku buat-buat tak tahu sahaja.

Baru hendak melangkah ke katil, tiba-tiba aku terlanggar tembok.

“Aduh, sakitnya!”

“Abang kenapa ni? Apa yang sakit tu?” Chloe Ariani bertanya pelik.

“Tak ada apa-apa, sayang. Abang main-main saja.” Aku cuba mencari helah kerana malu kalau Chloe Ariani tahu yang aku terlanggar tembok sehingga terbentuk benjolan kecil di dahi. Tak pasal-pasal nanti, kena gelak besar dengan dia.

Akhirnya kami terus tidur sehingga lena ke pagi. Aku bahagia kerana dijodohkan dengan gadis sebaik Chloe Ariani Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku tidur bersama seorang perempuan yang sudah sah menjadi isteriku. Aku mencintaimu, sayang. Terima kasih abang ucapkan kerana sudi memberikan sedikit ruang untuk abang menyayangi dirimu.

“Alhamdulillah, terima kasih gadis omputihku,” ucapku dengan bisikan lembut ke telinganya. Dia hanya terdiam apabila aku mengucapkan sepotong nama itu. Nama yang akan aku ingati sampai bila-bila. I love you, sayang, bisikku di dalam hati. Semoga kebahagiaan kita ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience