BAB 12

Romance Completed 4805

“Cik Chloe masih marahkan saya lagi ke sebab ajak Cik balik tadi?” tanyaku sebaik kami berdua berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah. Saat itu sudah hampir ke senja. Hening sahaja suasana di sekeliling.

“Taklah, Reyl. Saya tak marahkan awak. Sepatutnya saya kena ucapkan terima kasih kat awak kerana dapat menyedarkan saya tentang hakikat ini. Saya akui, saya tersilap dalam memilih pasangan hidup. Lelaki macam Firash tu tak sesuai berdamping dengan saya. Saya benar-benar menyesal sekarang,” luahnya lemah.

“Cik Chloe jangan cakap macam tu. Apa yang telah terjadi tu barangkali terselit hikmah yang kita tak tahu apa maksud di sebaliknya. Saya hanya buat yang terbaik untuk Cik kerana saya dah lama sukakan Cik.” Entah dari mana datangnya kekuatan diri, aku berani meluahkan perasaan padanya tanpa berselindung lagi. Aku perlu bertindak sekarang sebelum terlambat.

“Betul ke ni, Reyl. Saya tak tahu pun sebelum ni.”

“Saya sengaja pendamkan perasaan ni sebab Cik Chloe pernah cakap kat saya dulu agar tak menaruh harapan pada Cik. Masa tu kan Cik dah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi, saya tak berani luahkan perasaan saya walaupun perit saya tanggung seorang diri. Saya selalu berdoa kepada Allah agar menemukan jodoh saya dengan perempuan sebaik Cik Chloe. Hanya itu sandaran saya untuk merebut cinta Cik.”

Aku berasa lega setelah menjelaskan isi hatiku pada Chloe Ariani. Aku benar-benar berharap dia faham dan sudi memberikan sedikit ruang untuk aku menyayangi dirinya. Mudah-mudahan hatinya lembut untuk menerima cintaku.

“Saya minta maaf kerana saya memang tak tahu. Berikan saya sedikit masa untuk menerima cinta awak. Tapi, saya ada satu syarat.”

Aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti dengan syarat yang dikatakan.

“Syarat apa pulak, Cik?” tanyaku ragu-ragu.

“Syaratnya senang saja. Boleh tak kalau awak jangan panggil saya dengan panggilan Cik lagi. Panggil saja saya ni Chloe. Atau apa-apa nama sekali pun asalkan jangan ada sebutan Cik di depan nama saya tu. Saya ni hanyalah tutor awak kat kampus aja. Tapi kat luar, saya ni dah jadi orang lain. Boleh tak terima syarat saya ni, Reyl?” Dia menatap lama wajahku tanpa berkelip. Naik bergelora perasaan aku saat ini.

“Er, boleh, boleh, sayang.”

“Ha, awak panggil saya sayang?” Chloe Ariani membesarkan anak matanya.

Aku menepuk dahi beberapa kali atas keceluparan mulut aku memanggilnya dengan panggilan sayang. Entah macam mana boleh tersasul pula mulut aku ni.

“Eh, sori Cik Chloe. Eh, Chloe maksud saya. Sorilah, asyik tergeliat saja lidah ni nak sebut nama awak. Saya sanggup tunggu awak sampai awak betul-betul bersedia.”

“Ya ke? Baguslah. Awak pun tak lama lagikan nak graduated. Tinggal satu semester sajakan lagi. Bukannya lama sangat pun. Kalau awak nak tahu, tunggu saja masa tu. Nanti saya buat keputusan tau.”

“Okey, saya tunggu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience