BAB 4

Romance Completed 4805

“Kau ni dah gila ke atau dah sewel?” Aku memarahi Azmer sebaik sahaja kuliah pagi itu berakhir pada jam 11 pagi. Kalau tidak mengenangkan dia sahabat baik aku, sudah lama aku hentak muka dia dengan penumbuk sulung aku. Biar dia makan tanah nanti.

“Ala, sorilah Reyl aku tak sengaja tadi. Mulut aku ni boleh tersasul pula. Takkan perkara kecil macam ni pun kau nak ambil serius kot. Sebelum-sebelum ni kalau aku sakat kau, tak ada pula kau nak melenting macam ni sekali. Pelik betullah aku tengok kau sejak fall in love dengan Cik Chloe Ariani ni. Jiwang sangat macam mamat bunga tahu tak.”

Azmer masih mampu tersengih mendengar kemarahanku. Sifat dia yang satu inilah yang aku tidak berapa gemar. Marahlah macam mana sekali pun, muka dia tetap selamba badak. Badak air yang berendam dalam lumpur tu pun tak seteruk dia tau. Dia ingat aku cakap ni kosong agaknya, langsung tak ada faedah.

“Kan aku dah cakap semalam. Jangan letak harapan terlalu tinggi sangat kat dia. Cik Chloe kita tu untuk pengetahuan kau sebenarnya dah bertunang tahu tak. Ramai lagilah gadis cantik kat luar sana tu. Bila-bila masa saja kau petik boleh datang sembah kau,” usik Azmer lagi, menambah geram di hati aku.

“Kau ingat aku ni Tuhan ke sampai nak sembah-sembah. Aku memang dah lama tahu yang dia dah ada tunang. Tak salahkan kalau aku masuk jarum dan menanti benang tegak. Ala, baru bertunang bukannya dah kahwin. Lagi pun, soal jodoh ni ketentuan Allah. Kalau dah tertulis jodoh aku dengan dia, kau nak cakap apa?”

“Emm, terpulanglah Reyl. Malas aku nak bertegang urat dengan kau ni. Bukan ada faedah pun. Kau tu memang nak menang sajakan. Mana boleh kalah dengan aku.” Azmer menarik muka masam. Kelakar betul aku tengok muka dia.

“Wei geng, kau merajuk ke ni? Nak aku pujuk?” Aku gelak besar sambil tekan perut.

“Apa kau cakap tadi? Aku nak merajuk. Sorilah ya. Aku bukan jenis lelaki lemah macam tu tau. Tak ada selera merajuk-rajuk ni macam betina saja.” Dia hanya mencebik mendengar usikan aku itu.

“Tau pun. Hahaa…”

“Eh, kau ada plan tak kejap lagi?” soalnya tiba-tiba. Wajahnya kembali ceria.

“Rasanya tak ada kot. Kenapa?” tanyaku semula.

“Jom temankan aku pergi Plaza Angsana kejap. Kita round-round kat sana. Bosan pula asyik nak berkurung dalam rumah sewa ni saja. Lagipun dah lama aku tak main bowling ni. Best juga kan time-time bosan macam ni.”

“Ok juga tu. Aku pun dah lama tak fight dengan kau kan. Selalunya kau aja yang menang. Kali ini, aku nak tebus semula kekalahan aku.”

Teringat pula pada perlawanan bowling yang sering kali kami adakan setiap kali pergi ke Plaza Angsana. Hampir sepuluh kami berkunjung ke pasar raya itu, sepuluh kali juga aku tewas bermain bowling dengannya. Hebat sangat si Azmer ni menjatuhkan pin. Tak terkejar aku dibuatnya.

“Hai, mampu ke kau nak kalahkan aku. Masuk ni dah sepuluh kali kau kalah. Satu kali pun tak pernah lagi kau menang tau. Kalau kau kalah juga tak tahulah aku nak cakap apa. Dan jangan lupa, macam biasa kau kena belanja aku makan ok. Hahaa,” tagih Azmer lagi.

“Ok, no problem. Tapi, kalau kau kalah aku nak kau belikan aku laptop Acer, boleh?”

Melopong sekejap mulut Azmer apabila mendengar permintaan aneh aku itu.

“Kau ni biar betul. Mahal tu wei. Bukannya murah. Kau ingat aku ni tokey kedai emas ke? Gila betullah permintaan kau ni.” Azmer mempamerkan riak kurang senang.

“Berani tak? Kalau aku kalah, aku belikan kau laptop. Macam mana?” Aku memberi tawaran menarik buatnya. Aku lihat, wajah Azmer kembali ceria. Entah bagaimana aku boleh berkata seperti itu. Sedangkan duit aku pun cukup-cukup makan. Kalau terjadi apa-apa selepas ini, terpaksalah aku keluarkan duit simpanan aku dalam BSN.

“Kalau kau berani cakap macam tu, aku pun beranilah juga. Janji kau tepati janji.”

Aku hanya tersenyum setelah Azmer mempersetujui cadangan aku itu. Anak orang kaya macam Azmer, apalah yang perlu dirisaukan. Setakat satu atau dua ribu, aku rasa tak jadi kudis baginya. Yang parahnya, sudah tentu aku nanti. Tapi nak buat macam mana. Dah terlanjur aku cakap, aku harus kotakan walaupun terpaksa berkorban. Entah kenapa petang ini aku rasakan aneh sedikit seperti ingin bertemu dengan seseorang, tetapi aku tidak tahu siapa.

“Kita nak gerak pukul berapa ni?” tanya Azmer menyedarkan aku dari terus berkhayal.

“Erm, sekarang ni dah pukul berapa?”

Azmer mengerling sekilas jam di tangannya sebelum berkata.

“Dah pukul 11.50 pagi.”

“Awal lagi kot. Aku rasa kita pergi selepas Zohorlah. Boleh kita makan sekali kat sana. Lagipun, lauk pauk dah kosong dalam peti ais tu. Terlupa pula nak beli. Terlanjur kita pergi Angsana, boleh beli sekali nanti.”

“Boleh juga. Oklah, aku nak keluar kejap ni nak jumpa Maisarah. Kesian pula dia sebab dah lama tak jumpa dengan aku. Apa-apa hal, aku roger kau nanti tau. Aku blah dulu.” Azmer segera melangkah ke ruang tamu setelah menjelaskan tujuannya.

“Orang dah ada awek ni lain. Asyik nak berkepit saja 24 jam. Kalau boleh setiap masa nak bertentang mata kan,” usikku sebelum dia berlalu pergi.

“Itulah untungnya ada couple ni. Kau tu pun cepat-cepatlah cari pasangan. Kalau dah terdesak sangat, ambil saja Cik Omputih kita tu sebagai calon. Hahaa…jangan marah-marah, nanti cepat tua.”

Aku hanya menjungkitkan sedikit bahu, tanda tidak mengendahkan kata-katanya. Deruman enjin motosikalnya kedengaran nyaring sebelum lenyap dari pandangan mata. Alahai, bertuah benar orang dah ada awek ni, kan. Aku juga yang masih solo-molo sampai ke saat ini. Betul juga kata Azmer tadi. Kalau dah terdesak sangat, ambil saja Chloe Ariani sebagai calon isteri. Bukan kerja gila ke namanya tu ambil tunang orang?

Tak pasal-pasal nanti, meletus Perang Dunia ketiga di tengah-tengah era globalisasi macam ini. Apalah agaknya yang dia sedang buat sekarang? Rindu betul nak tengok dia walaupun baru pagi tadi kami berdua bersua muka. Kalau boleh, aku nak tatap wajah dia setiap saat dan waktu. Paling tidak pun dapat dengar suara dia. Tapi, aku malu dan memang terlampau malu apabila mengenangkan peringatannya beberapa hari yang lepas.

Kata-katanya itu terlayar kembali di ruang ingatan.

“Baguslah kalau awak dah faham. So, tak perlulah saya jelaskan lagi hal remeh macam ni. Saya harap awak ingat sampai bila-bila. Dan lagi satu, untuk pengetahuan awak saya ni dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Saya tak mahu ada pelajar saya yang menaruh hati pada saya secara senyap. Bukan dengan awak saja yang saya ingatkan, tapi kepada semua rakan-rakan lelaki awak yang lain.”

Peringatan itu bagaikan satu amaran keras yang perlu aku jaga serapi mungkin agar dia mempercayai dan menghormati aku sebagai pelajarnya. Aku terpaksa akur dengan kehendaknya serta sentiasa sedar di mana kedudukan aku di matanya. Bukannya salah dia apabila meletakkan aku di ruang paling jauh dari hatinya, tetapi tindakan itu memang wajar dilakukan untuk menjaga maruahnya sebagai seorang gadis terhormat.

Aku sedar dan cepat menilai diri sendiri sebelum menyalahkan dia dalam hal ini. Bagi aku, segala urusan berkaitan jodoh ini sudah pasti berada dalam genggaman-Nya. Andai ada jodoh antara kami berdua, tidak kemana juga. Aku harus berfikiran positif dan selalu memohon kehadrat Ilahi agar Chloe Ariani menjadi pendampingku, peneman diri di kala sepi dan sunyi. Hanya itu harapan aku sekarang walaupun bayangnya kian jauh dari diri ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience