BAB 10

Romance Completed 4805

“Tuk, tuk!” Aku tersedar dari tidur apabila terdengar ketukan pintu yang bertalu-talu dari luar. Barangkali, Azmer yang pulang.

“Bukalah. Pintu tu tak berkunci,” jawabku lemah. Aku masih menutup mata kerana mahu menyambung tidur semula. Biarkan sahaja Azmer masuk ke dalam bilik aku. Pandai-pandailah dia buat hal sendiri.

“Reyl!” Tiba-tiba aku terpana saat terdengar namaku dipanggil oleh seseorang. Yang pastinya suara itu bukan milik Azmer. Tetapi milik seorang gadis yang benar-benar aku rindui selama ini. Aku agak yakin itu suara dia.

Aku pantas membuka mata perlahan-lahan untuk memastikan aku tidak silap dengar. Sebaik mataku terbuka, dia sudah terpacak rapi di hadapan sambil teresak-esak menangis.

“Cik Chloe.” Suaraku bergetar apabila menyebut sepotong nama itu.

“Reyl.” Chloe Ariani terus mendapatkan aku dengan wajah yang lesu.

“Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit. Saya betul-betul minta maaf atas kejadian tu, Reyl. Saya minta maaf. Saya harap awak sudi maafkan saya.” Lirih benar suara gadis yang aku sayangi ini. Dia benar-benar menyesal atas keterlanjuran katanya padaku beberapa hari yang lalu. Aku terharu dibuatnya.

“Cik Chloe tak ada buat salah pun kat saya. Saya yang patut minta maaf kerana mengganggu hubungan Cik dengan tunang Cik. Niat saya memang murni nak selamatkan Cik dari dia. Saya tak mahu Cik dapat susah,” terangku jujur.

“Saya faham, Reyl. Saya dah tersalah menilai awak kelmarin. Kerana cinta yang membuak-buak, saya tetap nak pertahankan kejujuran tunang saya dari mempercayai segala kata-kata awak yang saya anggap palsu itu. Tapi, sekarang semuanya sudah terjawab dan saya dah tahu siapa tunang saya sebenarnya. Dia memang lelaki tak guna, dasar buaya darat!” Chloe Ariani menyuarakan isi hatinya padaku tanpa aku duga sama sekali.

“Mujurlah Azmer yang tunjukkan semua bukti tu kat saya tadi. Kalau tak, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana.”

“Bukti? Apa maksud Cik Chloe ni. Bukti apa?” tanyaku pelik.

“Bukti yang menguatkan lagi tuduhan awak tentang tunang saya tu. Saya memang tak sanggup tengok video dia dengan gadis lain yang saya rasakan ada hubungan istimewa. Kalau betul dia sayangkan saya dan ingin jadikan saya isteri dia yang sah, tak mungkin dia sanggup berfoya-foya dengan betina lain kat belakang saya. Saya ni siapa Reyl bagi dia? Siapa?” Chloe Ariani sudah tidak dapat menahan sebak yang melanda tangkai hati.

“Sabar Ck Chloe. Bawa bertenang.” Aku segera bangkit dari pembaringan dan duduk menatap wajahnya. Aku perlu memberikan dia kata-kata semangat saat-saat genting begini.

“Saya betul-betul sayangkan dia, Reyl. Selama ini, tak cukup lagi ke kasih sayang yang saya curahkan untuk dia? Tak kuat lagi ke cinta yang saya semai buat dia seorang. Sampai hati Firash buat kat saya macam ni. Saya tak akan maafkan kesalahan dia sampai saya mati. Tak akan pernah. Never!”

Aku membiarkan sahaja Chloe Ariani meluahkan apa yang terbuku di hati. Biarlah dia berkongsikan kesedihan itu dengan aku saat ini. Aku tahu, dia perlukan seseorang untuk bersandar dari keperitan ini. Untuk hari ini dan sampai bila-bila aku tetap setia menjadi penemannya jika itu mampu membahagiakannya.

“So, apa yang Cik Chloe nak buat sekarang?” ajuku padanya lagi.

“Awak boleh tolong saya tak, Reyl. Saya nak jumpa dia face to face dengan awak sekali. Saya nak tengok dengan mata saya sendiri kecurangan yang cuba dia selindungkan dari saya selama ni. Awak boleh bantu saya?” pohonnya penuh mengharap.

“Demi Cik Chloe, saya rela berkorban walaupun nyawa saya yang akan menjadi galang gantinya,” ucapku tulus ikhlas. Dia hanya tersenyum manis mendengar kata-kataku.

“Terima kasih, Reyl.”

“Sama-sama.”

Azmer yang berdiri di sebalik pintu sudahnya tersenyum gembira apabila melihat hubungan aku dengan Chloe Ariani pulih seperti sediakala. Sejak tadi dia hanya menjadi pemerhati dari jauh. Aku betul-betul terhutang budi dengan jasanya itu. Pada awalnya tadi, aku agak terperanjat kerana Chloe Ariani tiba-tiba hadir di dalam bilik aku tanpa aku jangka. Menurut Azmer, dia hanya ingin bertemu Chloe Ariani serta menerangkan situasi sebenar berkaitan tunangnya itu.

Tetapi, rancangannya itu berubah pula coraknya. Tanpa diduga, dia telah merancang sesuatu yang berada di luar jangkaan aku. Entah bila masa pula dia mengambil video tunang Chloe Ariani yang sempat aku rakam ketika terserampak di Starbuck Coffee dulu. Pandai

benar dia menjalankan misinya dalam diam. Aku benar-benar berterima kasih padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience