EPILOG

Family Completed 12567

Absyar berpindah ke rumah asalnya. Dia hidup bersama ayahnya seperti hubungan ayah-anak yang normal, malah lebih mesra daripada itu. Hasil daripada usahanya sendiri, dia telah berjaya menubuhkan satu Syarikat Lukisan iaitu Brushes.Absyar Sdn. Bhd.

Syarikatnya itu kerap membuat galeri lukisan yang bertemakan Islam dan keindahannya dan setiap lukisan mempunyai makna tersendiri. Kadang kala, Absyar juga melakar lukisan 3D nya di jalanan atau di kaki lima, sekadar memenuhi hobinya yang menggelegak.

Hidup Absyar lebih teratur dan yang penting cintanya kepada Pemilik Langit dan Bumi itu semakin utuh. Lebih utuh daripada awan yang tak bertongkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience