BAB 15

Family Completed 12567

“Alhamdulillah, aku dah agak, hari ini akan tiba!”,Umar menepuk-nepuk bahu Absyar. Senyum sampai telinga melihat Absyar di hadapannya.

“Alhamdulillah. Jasa kau juga! Apa pendapat kau?”, Absyar yang bermandi peluh itu bertanya.

Tanpa sempat Umar membalas, satu suara di corong pembesar berbunyi,di pentas utama.

“Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kita persilakan Syahir Absyar b Reha Zaman!”, suara nyaring itu memanggil nama Absyar.

Hari itu hari besar buat Absyar. Pameran lukisan jalanan tiga-dimensinya (3D) mendapat sambutan yang luar jangkaan. Lukisan yang bertemakan “Minum Petang” itu diolah menjadi suasana minum petang di jalanan di antara pengemis-pengemis yang berkopiah,memegang tasbih.

Seperti biasa, lukisannya memepesonakan setiap mata yang memandang. Orang ramai yang lalu lalang akan mengelak daripada melalui lukisan itu kerana menyangka pengemis tersebut benar-benar berada di jalan itu, sedangkan ia hanyalah lukisan. Benar-benar gaya Kurt Wenner!

“Dalam banyak-banyak tema, kenapa “Minum Petang” ya?”penemu ramah itu tersenyum bertanyakan soalan kepada Absyar.

Penonton yang mendengar ada yang tertawa. Lucu barangkali.

“Kerana segalanya bermula dengan sebuah assignment sahabat saya yang bertajuk “Minum Petang” dan..dia benar-benar sahabat!”, Absyar tidak sempat menyediakan teks yang panjang berjela menerangkan teknik mewarna dan perincian yang dibuat. Dia hanya tahu bahawa semua yang dicapai hari ini ialah nikmat Allah dan Allah hantar Umar Hisyam sebagai tenteranya. Dari situ dia nampak jelas bahawa doa ialah benar-benar senjata.

Absyar mengenyitkan mata kepada Umar dan Umar menunjukkan tanda “hebat” dengan mengangkat ibu jarinya.

“Dia tidak tahu, yang hebat ialah dia sendiri, bukan aku.Hmm..Umar..Umar..”,Absyar bermonolog sendiri. Tersenyum bahagia.

Duyunan penonton di situ menepuk tangan gemuruh. Di celah-celah itu, dia ternampak seseorang. Tersenyum sambil menepuk tangan dan lelaki itu juga mengangkat ibu jarinya sebagai tanda “hebat”.

Dato’ Reha, ayahnya.

“Ayah, Absyar sudah menjadi manusia.Maafkan Syar, yah!”, bisik hati Absyar sambil berlari turun daripada pentas dan memeluk erat ayahnya.

Hari itu tiada lagi dendam kesumat atau ego yang menggunung, hanya ada kasih sayang yang tersubur indah; satu lagi kehebatan doa.

Sungguh, Allah Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa hamba-NYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience