BAB 14

Family Completed 12567

Bisnes melukis Absyar semakin rancak. Tidak cukup di Tasik Mutiara, Absyar mengembangkan sayapnya ke taman-taman rekreasi yang lain.

Dia belajar untuk mengawal kemarahannya dan bercakap dengan lemah lembut. Dia tidak lupa membawa peneman yang paling setia sepanjang kerjanya iaitu sejadah dan terjemahan Al-Quran. Jika waktu solat telah masuk, dia akan terus solat di sebelah kanvas lukisannya dan akan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran untuk menyegarkan jiwanya.

Sehari tidak bertemu ayat-ayat cinta Allah itu, hatinya bagaikan suram,tidak bercahaya.

Berdoa di akhir solat tidak pernah ditinggalkannya. Dia berdoa agar dia dimudahkan urusan dalam segala hal.Tidak lupa juga doa yang subur untuk ayah dan ibunya.

Doa itu senjata.

Terbukti, segala urusannya mudah dan paling penting ialah “Percaya”.

Absyar juga mula menjinakkan diri untuk bersedekah. Usrah di surau pada dua hari lepas menyedarkannya betapa ajaibnya kesan bersedekah.Ditekankan pula dengan peringatan Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 180 yang bermaksud

“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari kurnia-NYA,mengira bahawa kikir itu baik bagi mereka,padahal ia buruk bagi mereka.

Harta yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat. Milik Allah lah apa yang ada di langit dan di bumi. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”.

Walaupun sedikit pendapatan yang diperoleh dalam sehari, Absyar tetap berusaha untuk menyedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Benarlah, sedekah itu menyucikan.Hatinya tidak mudah berasa riak dengan apa yang diperolehinya.

Islam itu indah. Hanya kita yang mengotorkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience