BAB 3

Family Completed 12567

“Apa? Keluar daripada rumah ini?”,dia terkejut.Bagai terkena satu renjatan elektrik yang begitu tinggi voltannya .Dia bagaikan tidak percaya yang ayah kandungnya itu sanggup menghalaunya keluar dari rumah mereka sendiri.

Atau mungkin dia sebenarnya anak angkat yang dahulunya dikutip di tepian jalan seperti kebanyakan drama Melayu yang sering ditayangkan.

Pelbagai tanggapan meliar di benak hatinya. Mukanya terasa panas,seperti matahari gergasi yang tiba-tiba menembusi rumahnya yang berhawa dingin itu. Marah.

“Ayah mahu kau berdikari. Keluar sekarang! Belajar jadi manusia!”, Suara ayahnya begitu nyaring.

Jadi, selama ini dia bukan manusia? Air matanya bergenang. Lalu cepat-cepat ditahannya.Ego.

Terasa seperti ayahnya telah menjatuhkan “talak tiga” ke atasnya lalu keluar meninggalkan rumah mewah itu sehelai sepinggang,tanpa beg berisi pakaian.Hatinya panas dan untuk menangis sambil mengemas beg pakaian, itu bukan dia.

Ayahnya sudah membuangnya. Sama seperti ibunya yang melarikan diri entah kemana bersama lelaki yang kononya lebih dicintainya atau mungkin sahaja ibu mencintai harta lelaki itu.

Dunia ialah pentas dan mereka ‘berlakon’ dengan cemerlang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience