BAB 2

Family Completed 12567

Dia.

Dia berjalan langkah demi langkah.Sambil matanya melilau kesana-sini, menekan-nekan perutnya yang sudah lama memberi signal untuk diisi.Layaknya hanya dia seorang yang paling selekeh dan mungkin juga yang paling berbau dek tidak mandi selama seminggu. Orang yang lalu lalang melihatnya sambil mengerutkan dahi dan ramai juga yang seakan-akan tidak melihatnya. Manusia selekeh,siapa mahu tengok? Itulah anggapannya.

Dia mula menerima hakikat bahawa statusnya sekarang ialah “pengemis”.Ya. Pengemis jalanan.

Hidungnya kembang kempis menangkap bau makanan enak yang datang daripada restoran-restoran di depan,tepi dan belakangnya. Sudah seminggu jugalah dia menghabiskan makanan-makanan yang tidak dihabiskan oleh pelanggan yang datang berkunjung ke restoran-restoran itu. Itupun jika dia sempat melarikan diri sebelum pemilik restoran itu menjerit dan menghalaunya pergi.Jika tidak, berlaparlah dia sehingga malam yang berikutnya.

Itulah rutinnya. Tidur sepanjang hari di waktu siang, malamnya merayau mencari makanan dan tidur lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience