BAB 12

Family Completed 12567

“Ah,malas aku nak kerja lagi! Manusia semua sama.Banyak bunyi!”,Malam itu,Umar meminjam telinganya untuk mendengar cerita Absyar.

“Dah kau kasar sangat,manalah ada pelanggan. Cuba kau belajar lemah lembut sikit,”Umar memberi cadangan.

“Sejak lahir,aku macam ni,mana boleh ubah!”,bentak Absyar.

“Tak, kau boleh. Ikut aku,” Umar memberi harapan kepada Absyar dan bersedia mengadakan kelas “soft skill” kepada Absyar malam itu.

“Assalamualaikum abang,kakak,adik,mak cik,pakcik..mahu dapatkan potret wajah anda? Hanya 8 ringgit satu potret!”,Umar berkata sambil berdiri dan menunjukkan gaya kepada Absyar untuk menarik pelanggan.

Mata Absyar membesar.

“8 ringgit? Bila aku nak kaya?”,Absyar membantah. Fikirnya, hanya sekali dua bekerja,dia sepatutnya kaya,banyak duit untuk membeli kereta,baju,seluar dan sebagainya.

“Itulah masalah kau. Jangan fikir untuk kaya dulu. Fikir untuk menumpahkan bakat kau,untuk menghargai bakat yang Allah berikan kepada kau. Kalau kau percaya Allah,Allah akan bagi lebih daripada apa yang kau mahu!”,Umar membalas.

“Kau percaya Allah?”, Umar sengaja bertanya. Sejak tiga hari dirumahnya,dia tidak pernah nampak Absyar solat mahupun membaca Al-Quran. Cadangnya,dia ingin mengajak Absyar bersama-sama ke masjid berdekatan rumah mereka itu.

Allah.

Satu nama yang dia sudah lama tidak sebut. Sejak ibunya meninggalkan dia dan ayahnya,dia merasakan seperti Tuhan dan dunia ini tidak adil.Orang lain boleh hidup bahagia walaupun miskin,tetapi keluarga mereka tidak bahagia walaupun semuanya ada.Ditambah pula dengan ayahnya yang baru ‘membuangnya’ , bertambah pula perasaan ketidakadilan Tuhan kepadanya. Sudah lama dia tidak sujud,mencium sejadah semenjak hidupnya bagai hilang punca.

Serabut.

“Allah..”, nama itu terpacul perlahan dari mulut Absyar.

“Pernah kau rasa DIA tidak adil?”,Absyar menyoal Umar.

Pernah kau rasa DIA tidak adil?”, Absyar menyoal Umar.

Umar tersenyum. Memang inilah peluang yang ditunggu-tunggunya. Bercakap tentang soal akidah,ibadah dan akhlak.

“Tak pernah”,Umar menjawab,jujur.

“Sekalipun tak pernah?”,Absyar tidak puas hati. Dia yakin, semua orang pernah merasakannya.Bukan dia seorang.

“Demi Allah, tidak pernah”, Umar sememangnya tidak pernah terlintas dalam menyoal keadilan Allah kerana dia tahu, Allah itu sememangnya Maha Adil.Tidak boleh diragukan.

“Allah yang menciptakan kita semua. Mustahil DIA tak pedulikan kita, Absyar. Setiap yang berlaku,ada sebabnya. Kau kalah, jatuh, sedih, gembira, semuanya ditakdirkan bersebab. Allah bukan saja-saja nak uji kau dengan semua itu. Tak lain tak bukan ialah untuk lihat bagaimana kita menghadapi semua ujian itu dan kita kena yakin bahawa Allah akan menguji mengikut kemampuan hamba-NYA. Kau tahu apa yang DIA firmankan dalam surah Al-Baqarah?”, Umar menjelaskan panjang lebar,berharap agar Absyar terbuka hatinya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Absyar menggeleng. Tidak tahu. Bahkan, dia tidak tahu surah yang bernama Al-Baqarah itu wujud.

Malu.

Dia terasa bagai sesuatu yang berat telah terangkat daripada hatinya.Seperti seorang mangsa tanah runtuh yang dadanya terhempap dengan satu batu besar,lalu diangkat batu itu dan begitulah perasaan Absyar.Terasa hatinya lapang,ringan dan sungguh,perasaan sebegitu tidak dapat digambarkan!

Absyar dikejutkan dengan alunan indah suara Umar yang mengalunkan surah Al Baqarah ayat ke 286 beserta maksudnya :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dia kerjakan dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang diperbuatnya.

Mereka berdoa,”Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup pikulkan.

Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir”.

Satu persatu ayat indah itu terucap. Lembut. Umar mengaminkan doa itu dengan penuh syahdu.

Matanya berair dan hatinya cair mengingatkan betapa Allah menyayangi hamba-hamba-NYA. DIA tidak akan meninggalkan hamba-NYA keseorangan terceruk di satu sudut melainkan DIA akan hadirkan bantuan.

Tinggal,kita yang membuat keputusan untuk berlari kearah-NYA atau berpaling muka membelakangi-NYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience