Selepas selesai makan Ernie terus berehat di bilik Ley.Ley membenarkan dia tidur di biliknya tapi jangan menyentuh barang-barangnya.Dia pun tak nak sentuh milik lelaki itu.Aku tertanya-tanya kenapa lelaki yang bernama Nik ingin membunuhnya.Kerana persoalan itu dia semakin ingin tahu siapa diri sebenarnya.Walaupun dia pernah ingin tahu asal usulnya dulu tapi niatnya terbatal kerana dia hanya ingin hidup normal dan bahagia bersama ayah angkatnya tapi...kerana Nio muncul untuk membunuhnya dia semakin ingin tahu siapa dia dan dimana asal-usulnya.
“Aku ingin tahu siapa diriku sebenar?”Bisik hatinya.Ernie merasa sangat penat dan mengantuk.Dia terlelap jua walaupun dicuba menahan rasa ngantuk itu.Malam itu dia didatangi mimpi aneh.
“Leo!!”Laung seorang gadis apabila melihat sebilah pedang yang tajam menembusi perut lelakinya yang dicintainya.Dengan menguna kekuatannya dia menyerang semua musuh yang ada disekeliling mereka.Dia menghampiri Leo yang sudah terbaring berlumuran darah.“Leo...Leo kamu dengar aku? Ujarnya.Leo tersenyum apabila terpandang wajah gadis dicintainya.“...Jangan nagis...”Leo dan mengesat air mata gadis itu.Darah merah pekat mengalir tanak henti.“Bertahanlah...aku akan sembuhkan luka kamu..”Gadis itu cuba menguna kekuatannya untuk menyembuh luka itu namun luka itu tidak dapat disembuhkan.“Kenapa?Kenapa aku tak dapat sembuhkan luka kamu?”Ujarnya.
“Luka ini memiliki kekuatan gelap... Kekuatan kamu masih belum bangkit.... Sepenuhnya sebab itu..”Leo cuba menghabiskan ayatnya.Dia termuntah darah.“Leo jangan bercakap...aku pasti selamatkan kamu...”Gadis itu dan air matanya mula mengalir deras.Leo menyentuh pipi gadis itu.“Aku...mencintahi kamu...Luna...”Leo tersenyum sebelum tangannya terkulai.“Leo...?Leo bangun...kamu tak boleh mati...”Luna dan menggoyangkan tubuh Leo.“Tidak...Leo!!!”Luna dan memeluk tubuh Leo yang sudah tak bernyawa.
Share this novel