Setelah siap mandi dan mengenakan pakaian itu Ernie keluar dari bilik air.Diatur langkahnya ke tingkat satu.Apabila sampai di tingkat satu dia melangkah mencari kelibat Mirana.“Wah...Kamu kelihatan cantik dengan pakaian itu seperti seorang Puteri.”Ujar Mirana apabila melihat kelibat gadis itu sedang melintas pintu dapur.Ernie mengaturkan langkahnya ke arah Mirana.“Terima kasih sebab pinjamkan baju ini.Tapi... dari mana Mak Cik dapat baju ini.Mak Cik tak ada anak perempuan?”Ernie berasa hairan kerana baju gaun yang dipakainya itu sesuai dipakai untuk remaja sepertinya.
“Baju tu dari suami Mak Cik. Waktu Mak Cik mashi remaja macam kamu dia hadiahkan baju gaun tu.”Mirana.Ernie dapat merasakan perasaan sedih dari wanita itu.Dia mengerti perasaan kehilangan seorang yang disayangi kerana dia juga pernah mengelami hal itu.“Mak Cik maaf kalau soalan saya buat Mak Cik sedih...”Ernie.“Tak lah.Mak Cik okey je.”Mirana.Mirana kembal melakukan kerjanya.“Mak Cik biar aku bantu.”Ernie dan membantu Mirana mencuci pinggan.“Kamu belum serapan lagi tu.Pergi dulu serapan nanti dah siap baru kamu tolong Mak Cik.”Mirana.Ernie mengikut arahan Mirana.
Sampai waktu rehat kelas mereka tidak dimasuk oleh guru.Ley sedang melepak di tempat gadis itu selalu melepak.Dion tidak mengikutinya kerana dia ingin bersendirian.Ley melihat ke langit.Dia mashi memikirkan kejadian tadi.Dia terkenang kenang bersama ayahnya sewaktu dia berusia 12 tahun.
(12 Tahun lalu...)
Rizal sedang bermain bersama anaknya Ley.Mereka bermain badminton dihalaman rumah.Mirana datang dengan membawa dua gelas minuman buat suami dan anaknya.“Dahlah tu bermain.Minum dulu.”Mirana dan meletak minum itu diatas meja yang ada dihalaman itu.Rizal dan Ley berhenti bermain dan menghampiri Mirana.Mereka duduk di kerusi.Mirana kembali ke dalam.Setelah meneguk air itu kedua anak-beranak itu merasa bertenaga semula.“Ayah...Ley nak tanya sesuatu boleh?”Ley yang diam dari tadi bersuara.“Tanyalah.”Rizal.
“Ayah Ley ni siapa?”Ley.Soalan anaknya membuat dia terdiam.“Kenapa Ley cakap macam tu.Kamu kan Ley.”Rizal.“Ya Ley tahu tapi...Ley rasa Ley bukan berasal dari dunia ini.”Ujar Ley dengan yakin.Rizal memandang anaknya itu.“Ley ayah faham perasaan kamu tapi ini adalah dunia kamu.Ibu kamu yang melahirkan kamu.”Rizal.“Orang yang ditakdir untuk kamu akan hadir dalam hidupmu.Hati dan perasaan kamu saling terhubung dan sehingga saat itu tiba hidupmu akan berubah.”Ley.“Ley apa maksud kamu?”Rizal.“Itu adalah kata-kata seorang gadis yang muncul dalam mimpi aku.”Ley.“Gadis?Siapa?”Rizal.“Luna.”Ley.Wajah Rizal terkejut tapi kemudian dia tersenyum.“Nampaknya...takdir kehidupan kamu dah tiba.”Rizal.
Walaupun Ley tidak tahu apa maksud ayahnya dengan berkata takdir hidupnya akan tiba tapi kata-kata gadis itu benar.Dia menemui orang itu tapi dia tidak yakin jika itu adalah gadis yang ditakdirnya kerana dia tidak merasa perasaan gadis itu tapi... suara yang didengari olehnya mirip suara gadis itu.Perasaan sedih itu pasti dari gadis itu cuma...dia tidak yakin.Saat bersama gadis itu dirinya sangat bahagia seperti dia sudah kenal lama dengan gadis itu.Dan hanya gadis itu dapat membuat dia merasakan perasaan itu.Gadis dalam mimpinya waktu itu juga membuat dia merasakan perasaan itu tapi sayangnya dia tidak melihat jelas wajah gadis itu.Jika tak dia pasti tahu sama ada mereka adalah orang sama.
Jika ada kesalahan maaf ..
Share this novel