Tepat jam 7 Cikgu Rosa yang akan mengajar kelas Ley belum lagi masuk kerana mereka ada
meeting.Kelas Ley sudah bising kerana ketiadaan guru.Pelajar dikelas itu mula membuat onar masing-masing.Tapi Ley hanya duduk di tempatnya bersama temannya Dion.“Apa dia buat sekarang...?”Ley sambil fikirannya melayang mengingatkan gadis itu dan kejadian yang berlaku antara mereka.
Dion yang perasan akan perubahan temannya itu mula curiga.Apatah lagi Ley tersenyum seorang-seorang tanpa sebab.“Oi!Ni dah kenapa senyum-senyum ni.Macan dah kena angau je.”Ujar Dion dan menepuk bahu temannya itu.Ley tersedar.“Kau ni Dion ganggu je lah.Baru je nak berangan.”Ujar Ley tidak berpuas hati dengan Dion yang mengangunya memikirkan gadis itu.“Kau angau cinta eh?”Dion.“Mana ada.”Ley cuba menepis kata-kata Dion.“Kau tak perlu sembunyikan dari aku.Aku kenal dengan sikap kau.Malam tu aku call kau untuk tanya masalah hati sebenarnya masalah hati kau dah sembuh kan?”Dion.Ley tersenyum.“Ya...Sorry dah buat kau risau...”Ley.“Tak apa.Aku tahu kau tak nak ceritakan kat aku sebab orang yang kau suka tu pelajar kelas blok C kan.”Dion.Ley mengangguk.
Dion tahu gadis yang Ley suka itu dianggap aneh.Satu sekolah anggap gadis itu pelik dan aneh.Sebab dah ramai pelajar yang nak berteman dengan dia ditolak oleh gadis itu.Pada hal semua orang ingin mempunyai teman tapi berbeza dengan gadis itu.Dia tidak kisah jika Ley suka gadis itu kerana dia merasakan gadis itu berbuat demikian bukan sekadar suka-suka tapi ada sebabnya.Dia dapat memahami gadis itu dari riak wajah gadis itu.Dia tahu Ley juga begitu.
Ley mula menceritakan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan gadis itu dan bila dia bertemu gadis itu.Sedang khusyuk berbual Ley mendengar suara seorang berbisik ditelinganya.Ley berpaling memandang ke jendela di sebelahnya.“Ley ada apa?”Ujar Dion apabila Ley berhenti bercakap.Ley kembali menghadap Dion.“Ha?Tak ada apa-apa?”Ley.Air matanya mengalir keluar tanpa dipinta.“Ley...kenapa kau menangis?”Dion.“Hu?”Ley dan menyentuh pipinya yang dibasahi air mata.Hangat.“Ley awak okey?”Dion menjadi risau melihat Ley menagis.“Aku okey.”Ley dan menyapu air mata itu.
Kenapa?Kenapa aku menangis? Perasaan apa ini?Aku tidak sedih tapi...air mata ini mengalir keluar sendiri.Suara tadi...Dia memerlukan aku...Tapi siapa dia?
Ernie menyapu air mata itu.Dia melangkah masuk ke dalam bilik air.Dia membasahi wajahnya dibawa pancuran air paip.Perasaan dia semakin kuat untuk mengetahui dirinya.
Terima kasih yang sudi baca kisah ni walaupun tak sempurna...
Share this novel