Hidup sebagai manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa itu membuatkan hidupku terlalu sukar.Aku harus menyembunyikan kekuatan ini dari manusia normal yang tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan.Kerana aku tahu sifat manusia.Dan kerana ini juga aku tidak mempunyai kawan kerana aku cuba untuk tidak berteman demi keselamatan mereka.Aku takut jika aku tidak dapat mengawal kekuatanku dan menyederakan mereka.Aku juga ingin tahu dari mana aku dapat kekuatan ini dan siapa aku?Kenapa aku boleh dilahirkan dengan kekuatan yang luar biasa.Aku selalu tertanya-tanya?Tapi semua itu hanya terpendam didalam hati selama 16 tahun.Hidup sendiri selama 16 tahun itu menyakitkan.Aku sendiri tidak tahu siapa keluarga aku dan dimana asal-usul ku?Aku hanya tahu saat aku bangun aku berada disebuah rumah yg terbiar yg ada didalam hutan.Kenapa aku tidak mengingati apa-apa.Aku juga sering berfikir sama ada aku manusia atau pun raksasa.Aku bernasib baik bertemu dengan manusia yang baik hati dan mengambil aku sebagai anaknya.Dia memberi aku nama Ernie seperti nama anaknya yang sudah tiada.Sejak itu aku memulakan perjalanan hidup yang baru sebagai Ernie.
"Ernie!!"panggil seorang lelaki yang tidak aku kenal.Aku berhenti melangkah dan dia menghampiri aku."Aku Ley."Ujarnya.Aku diam dan hairan kenapa dia mengenali dirinya kepada aku."Aku tidak ingin berteman."Kataku dengan jujur.Ley tak nampak marah atau sedih tapi sebaliknya ."Aku tahu tapi aku tetap nak berteman dengan kamu."Ujar Ley sambil menguntumkan senyuman dan berlalu pergi.Aku terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ley."Kenapa dengan dia?"Aku tertanya-tanya.Ini pertama kali seseorang berkata begitu kepada aku.Aku meneruskan perjalanan ke kelas.Sampai di kelas aku terus duduk ditempat aku tanpa melihat sekeliling.Aku mengeluarkan buku nota berwarna merah jambu dari bag aku.Buku itu aku guna untuk menulis kehidupan harian aku.Tidak sehari pun aku tidak melepaskan peluang untuk menulis sesuatu dibuku itu.Buku itu juga yang menemani aku selama 16 tahun dan kini usiaku sudah mencecah 18 tahun .Aku mashi lagi menulis dibuku itu .Aku mula mencoret sesuatu dikertas buku itu.
Apabila tiba waktu berlajar Cikgu Ayu pun masuk.Cikgu Ayu masuk bersama seorang pelajar lelaki. Pelajar wanita mula berbisik-bisik apabila melihat pelajar baru itu amat tampan.Aku langsung tidak memandang ke hadapan aku terus mencoret sesuatu dibuku merah jambu itu."Nama aku Chris."Chris dan memandang satu-persatu pelajar dikelas itu.Pandangannya terhenti pada seorang gadis yang sedang menulis sesuatu dibukunya."Kamu boleh duduk."Cikgu Ayu.Chris melangkah ke tempat duduknya.Aku hairan begitu ramai pelajar wanita yang mempunyai tempat duduk kosong disebelah mereka dia malah memilih untuk duduk disebelah aku.Aku memandangnya.Kami bertentangan mata buat seketika."Boleh aku duduk sini?"Ujar Chris .Aku ingin berkata tidak boleh tapi kerana semua mata tertumpu ke arah aku.Aku terpaksa setuju.Aku mengambil bag yg aku letak dikerusi tersebut dan meletaknya disebelah mejaku.Chris pun duduk disebelahku.Pelajaran pagi itu pun dimulai.Aku dan Chris hanya berdiam dan mata kami tertumpu dipapan putih.Itu bagus kerana aku tidak suka berbual sangat.Mereka tidak menyedari ada sepasang mata yang cemburu melihat Chris duduk disebelah Ernie."Issh!Kenapalah dia nak duduk sebelah Ernie."Ujar Kiara gadis yang terkenal dengan kecantikan dan Kekayaannya disana.
Share this novel