BAB 5

Fantasy Completed 1736

Dion berasa hairan dan terkejut apabila mendapati Ley ada masalah hati.Setahunya Ley tak pernah jatuh cinta walaupun temannya itu popular di kalangan pelajar wanita.Jika benar yang dikatakan oleh Ley.Siapa gadis yang mampu membuatkan Ley jatuh cinta.“Siapa gadis itu?”Dion.Ley hanya diam belum bersedia untuk memberi tahu Dion.

Akhirnya waktu sekolah pun tamat.Ernie dengan cepat mengemas peralatan miliknya dan melangkah keluar tanpa memandang sesiapa.Dia tidak ingin lama-lama disana.Ley yang baru melangkah keluar dari kelas terpandang sosok gadis itu.Niatnya ingin menghampiri gadis itu terbatal apabila seorang lelaki mengekori gadis itu.“Ley jangan bilang orang itu adalah dia.”Dion.“Taklah.Jom.”Ley dan melangkah pergi.Dion perasaan perubahan temannya itu.Belum pernah Ley bersikap sebegitu.

Ernie yang tidak merasa selesa diekori Chris berhenti melangkah dan berhadapan dengan Chris.“Apa lagi kamu mahu Chris?”soal Ernie.“Aku cuma nak berteman.Kenapa kau tak nak pula?”Chris.Ernie tidak ingin Chris tahu siapa diri sebenarnya.“Aku betul-betul tak boleh.Ini kebaikan kau juga...jadi berhenti ekori aku.”setelah selesai berkata Ernie melanjutkan perjalanannya meninggalkan Chris sendiri.Kenyataannya Ernie bukan tidak ingin berteman tapi dia berbeza dengan mereka kerana itu dia harus menyendiri.

Ernie tiba dirumahnya.Kunci rumah yang dibawa dikeluarkan dari poketnya.Pintu rumah dibuka dan dia melangkah masuk serta menutup pintunya kembali.Ernie berlalu ke biliknya untuk menganti pakaiannya.Beberapa minit kemudian Ernie turun dengan baju gaun berwarna merah jambu ditubuhnya.Seperti biasa selepas pulang dari sekolah Ernie akan pergi melawat kubur ayah yang mengangkat dirinya menjadi anak angkat.Ernie akan melawat kubur ayahnya dua hari seminggu.Dengan hanya kesana dia akan merasa tenang dan rindunya akan berkurangan.

Dia amat menyayangi orang yang mengambil dia sebagai anak angkat kerana hanya orang itu sanggup menerima dirinya walaupun tidak jelas asal usulnya.Ernie mengambil dompet duitnya dan keluar dari rumahnya.Dia mengunci pintu rumahnya.Dalam perjalanan ke kubur ayahnya dia tidak menyedari dirinya diekori oleh seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience