CALL GIRL
______
| BAB 9|
______
“Carlos” Sebaik sahaja Zahra membuka pintu bilik carlos untuk mengajak lelaki itu bersarapan. Matanya hampir terbeliak melihat tubuh carlos yang tidak berbaju sedang membelakanginya. Sambil mengangkat dumbel.
“Breakfast is ready” Ujarnya seraya itu pintu ditarik rapat tidak boleh berlama jantungnya mula berdengup laju apabila lelaki itu sudah mengalihkan tubuhnya memandang Zahra.
“ Love..” Terhenti Zahra apabila Carlos memanggil namanya.
“Lepas breakfast bersiap kita keluar nak settlekan apa yang patut.”
“What u mean apa yang patut?” Soal Zahra hairan.
“Urusan Kahwin kita love..” Matanya memandang Zahra.
“Oh! Okey baik, Nanti turun makan..” Zahra terus kembali menarik pintu itu rapat.
Tangannya naik memegang dada. Setiap kali dia bertentang mata lelaki itu Jantungnya pasti akan mengepam laju. Zahra menarik nafasnya dan terus melangkah ke depar.
…………………………….
Carlos menuruni anak tangga terakhirnya. Aroma nasi lemak berlumba-lumba masuk ke dalam rongga hidungnya. Langkahnya mendekati Zahra yang sibuk melayani Carol di meja makan.
“Morning Sweetheart” Pipi tembam Carol dicium.
“Morning Love” Zahra dan Carlos membalas senyuman. Carlos menarik kerusi di tengah meja lalu melabuhkan punggungnya disitu.
“ Nak kopi ke Teh” Soal Zahra kerana selera lelaki ini kerap berubah.
“ Kopi” Mendengar jawapan lelaki itu segera Teko berwarna putih didepannya diangkat lalu dituang ke cawan Carlos.
“Baju kau aku dah letak atas katil. Nanti pakai yang tu.” Ujar Carlos lalu menghirup Kopi di cawannya. Zahra hanya mengangguk tangannya naik menyuap Carol.
“ Daddy do u want t go out ?” Soal polos Carol.
“ Yes Sweetheart daddy and mummy have something to do”
“ Can I come with u ?” Dia memandang Zahra matanya di kelipkan beberapa kali.
“ No Sweetheart Next time OK!” Tegas suara lelaki itu.
“ Mummy..” Carol mencebik. Suaranya meleret merayu. Rambut anak kecil itu diusap Zahra.
“ Next time OK sayang, Nanti mummy bawa ronda-ronda town but only two of us.. OK sweetheart!.” Pujuk Zahra.
“ Kau Janji apa ni Love..” Carlos mendengus.
“ Lepas kita kahwin, U akan bebaskan i kan.. So masa tu lah peluang I nak berjimba-jimba kan Sweetheart kita punya ME TIME.. YEHHH!” Selamba Zahra menjawab matanya tetap memandang Carol. Risau jika anak matanya di panah petir zamrud.
“ in u dream love….” Ujar Carlos lalu bangun dari kerusi dan terus meningalkan meja makan itu.
“ Siap cepat nanti kita lewat” Pesannya sebelum langkahnya kembali mengatur keluar dari ruang makan itu.
....................
Zahra memandang Carlos disebelahnya dan bangunan di hadapannya silih berganti.
“ Kita nak ambil boring nikah Love..” Kata carlos sambal songkok diatas kepalanya dibetulkan Zahra seperti hilang kata. Lama di pandang anak mata lelaki itu.
“ Urusan aku semua dah selesai love.. Sekarang kita nak Uruskan Urusan kita pula.” Seperti memahami riak wajah Zahra, Carlos terus memberitahu.
“But Why u tak suruh ‘anak buah’ u yang urus surat-surat ni semua kan lagi mudah urusan kita..” Soal Zahra saja ingin menduga lelaki itu.
“ Bua tapa aku nak suruh Dia orang buat.. Bukan diaorang yang nak kahwin.. But K.I.T.A.. kau aku yang nak kahwin.. ke kau nak kahwin dengan diaorang ha?”
“Kalau boleh laaaaa………..” Jawab Zahra pelahan.
“Zahra!!!!” Tekekek Zahra ketawa.
“Lama tak tengok muka u marah..” Zahra memandang wajah carlos tanpa sedar tangannya naik ke wajah lelaki itu.
“ Do u miss me love?” Mendengar soalan itu Zahra terus tersedar tanganya segera ditarik dan tubuhnya segera dipalingkan malu dengan kelakuannya tanpa sedar. Carlos yang melihat wajah Zahra yang sudah merah. Melihat gadis itu memakai tudung dan baju kurung moden yang ditempahnya khas untuk gadis itu. Bibirnya tersenyum gadis itu sungguh jelita.
‘She mine and forever mine Amelia Az Zahra.’
……………………………………………………………
TOK ! TOK ! TOK !
Luq memandang kea rah pintu kerta kerja di mejanya di kemaskan.
“Bos ada dapat bouquet dari someone..” beritahu secretarynya.
Gadis itu masuk dan berhati-hati membawa bouguet belon yang dihiasi coklat ferrero rocher dan bunga ros itu juga ditulis ‘THANKS MY HERO’. Berkerut dahi Luq bila membaca ayat itu.
Pelahan-lahan bouquet itu diletakkan diatas meja kerja bosnya dan gadis itu melemparkan senyuman.
“ Sweet gila GF bos ni… MY HERO auchhhh untung bos tau …” Usik gadis itu.
“ U jangan macam-macam Nia..” Jarinya naik menunjuk kea rah gadis itu.
“Nak saya bacakan tak kad ucapan tu?” Usik gadis itu lagi. Suka dia melihat wajah tampan lelaki itu Manahan malu.
“NIA!!” Marah Luq bila gadis itu cuba mencapai kad ucapan itu.
“OK lah bos I keluar dulu byee.. Ehh!! Bos coklat tu kalau bos tak nak makan roger-roger tau meja saya kat luar je…..”Kata Nia sambal ketawa dan terus keluar.
Setelah memastikan gadis itu keluar dan pintu ditutup rapat Luq mendekati Bouquet itu kad yang terselit diantara coklat dan bunga ros itu diambil dan dibaca.
-Thanks you hero ! ikhlas just mine… Yes im Yours! :)
Hihihi just joke OK!
love Jasmine.
Luq menarik segaris senyuman sempat dia memberikan kad miliknya kepada gadis itu tempoh hari. Jika gadis itu memerlukan apa-apa pertolongan ketika gadis itu berada di hospital.
“ Jasmine…. Just mine…” Ayat itu diulang pelahan Fikirannya mula teringat peristiwa dihospital. Apabila melihat hubungan mesra Carlos dan Jasmine dia mula mengeluh.
Tit ! Tit !
Luq memandang Screen Iphonenya yang menyala diatas meja. Telefon itu segera diambil dan pesan yang baru diterimanya dibuka.
Unknownumber.
-Dah terima? I hope u suka mika! Btw thanks again hero muahhhh!.
Lama Luq memandang pesan itu Nafasnya dihelakan. Beberapa saat kemudian jarinya bermain di Screen itu.
-Thanks Jasmine. Take Care!.
…………………………………………….
Seorang lelaki berusia mengikut langkah Gib masuk ke sebuah bilik pejabat yang mewah itu. Gib pelahan-lahan mendekati satu Figura lelaki yang berdiri di cermin bilik pejabat itu sambal kedua tangannya ke dalam poket seluar. Dia sedang memandang panorama Bandaraya Kuala lumpur.
“Tuan Dia dah sampai.” Bisik Gib di telinga Carlos.
Carlos yang mendengar bisikan itu segera memalingkan wajahnya memandang Gib. Kepalanya dianggukan sedikit.
“Thanks Gib..” Bahu Gib ditepuk. Carlos berjalan mendekati Sofa di ruang tengah biliknya itu.
“Jemput duduk Dato’ .” Pelawanya.
“Terima kasih Tuan Rayyan.” Manis senyuman dibibir lelaki berusia itu. Carlos mengangguk dan dia juga duduk disofa bertentangan lelaki berusia itu.
“ Gib” Panggil Carlos. Gib terus menyerahkan satu sampul berwarna putih kepada Carlos dan sampul itu bertukar tangan.
“Saya nak minta Dato’ Sign beberapa Dokumen ini kalau Dato’ tak keberatan.”
“ Dokumen apa ini Tuan Rayyan?” Soalnya Pelik juga. Dia tidak penah terlibat dalam mana-mana usahasama dengan Syarikat milik lelaki muda ini. Seorang yang sangat terkenal didalam mahupun diluar Negara. Dia dijemput ke sini oleh seorang lelaki yang tidak dikenali setelah nama Rayyan Carlos disebut barulah dia membuat keputusan ke pejabat lelaki muda ini.
“Borang Nikah Amelia Az Zahra binti Zafrul.” Lelaki berusia it uterus mengangkat wajahnya memandang Carlos.
Lama.
“ U daughter with me Dato’ Zafrul or I patut pangil u ‘Snake’..” Ujar Carlos bersahaja.
Dammm !!
Dato’ Zafrul hilang kata-kata apabila nama yang disimpan begitu lama telah disebut pemuda di depannya ini. Apakah maksud lelaki muda ini Zahra bersamanya? Adakah kehilangan anak tunggalnya bersangkut paut dengan lelaki ini.
“U baby with me.. Aku nak halalkan dia atau kau mahu dia selamanya jadi simpan aku?” Ulang Carlos sekali lagi.
“Apa jaminan Tuan jika saya menyerahkan Zahra kepada Tuan?”
“Dia akan selamat dengan aku.. I know u well Dato Zafrul.”
Mata mereka bertentangan. Sekali lagi keluhan Dato’ Zafrul dilepaskan. Dia sendiri tidak mampu memberi jaminan jika Zahra akan selamat dengannya. Disebabkan itu dia cuba mencari helah untuk mengelak bersama anaknya dan sengaja membiarkan Zahra dibesarkan di rumah kakaknya demi keselamatan gadis itu. Dia tidak sanggup kehilangan Zahra seperti dia kehilangan isterinya.
Sampul diatas meja itu diangkat isi didalamnya dikeluarkan. Surat itu dibaca lalu ditandatangan dan kembali disimpan.
“Macam mana pelajarannya?” Terbit Soalan dari Dato’ Zafrul.
“Lepas Semuanya selesai kehidupannya akan kembali seprti biasa tetapi masih didalam kawalan saya,,” Sampul diatas meja diambil lalu diserahkan kepada Gib.
“Saya akan jemput Dato’ Jika majlis akad nikah itu berlangsung..” Sambungnya dan kata ganti Aku kau bertukar kepada Saya demi menghormati lelaki itu. Dato’ Zafrul hanya mengangguk wajah tampan Carlos dipandang.
“ Tolong jaga dia sebaiknya. Dia satu-satunya harta yang paling berharga.”
……………………………………………………..
“Mummy, Can I put butter now?” Tanya Carol yang sangat teruja.
Mereka sedang membuat kek bersama. Zahra sangat berterima kasih pada pembantu rumah besar ini kerana membantunya menyediakan barang-barang yang akan di gunakan untuk membuat kek butter.
“Boleh sayang..” Carol terus meletakkan Butter didalam bekas adunan itu, dan Zahra memutarnya dengan pelahan.
“OK now Sweetheart letak gula itu” Arah Zahra. Carol hanya mengikut arahan pelahan mangkuk gula yang sudah disukat 180gram itu di tuang ke dalam bekas adunan dan Zahra masih memutar butter dan gula itu sehingga kembang gube dan bertukar menjadi putih.
“Lepas tu mummy?” Soal anak kecil itu Zahra tersenyum.
“sayang masukkan telur tu sebiji-sebiji tau tapi kena selang-seli dengan tepung tu boleh?” Carol mengangguk lalu telur itu dipecahkan satu persatu berselang-seli dengan tepung di dalam bekas adunan itu.
“Ok last kita letak Fresh milk then kita putar lagi sampai sebati…” Ujat Zahra. Carol sudah bertepuk tangan teruja.
“YEHHH! Dah cantik, Kita masukkan dalam Loyang ni.. EH mummy lupa letak lapik..”
“Wah pandainya anak siapa ni?” Ujar Zahra seraya itu mengambil baking paper di tangan Carol.
“Of Cause la anak daddy” kata Carlos lalu pinggang ramping Zahra dipeluk. Zahra terus mengeraskan tubuhnya.
“Wahhhhhh daddy dah alik..” Jerit Carol. Zahra menolak tangan Carlos dipinggangnya tetapi Carlos kembali mengeratkan pelukan itu.
“Carlos Please…. I nak letak kek dalam tu..” Zahra menunjukkan kearah ketuhar yang sudah dipanaskan sebentar tadi.
“1 minit please aku nak rechange my enery!” Rayunya. Wajahnya diletakkan dibahu gadis itu.
“Tu L’aimes Vraiment princess (awak sangat suka dia)?” Soalnya pada Carol
“Oui mon daddy L’aime Vraiment (saya sangat menyukainya)” Jawab Carol mengangguk yakin.
“Alors elle sera ta mere pour toujours sweetheart.(dia akan menjadi ibu anda selama-lamanya)”
“Really? Thank You daddy I love u..” Carol melayangkan Flying kiss kepada Carlos.
Zahra mendengus geram Bahasa alien apa yang dipakai dua beranak ni berborak! Cubalah guna Bahasa yang dia faham.
“Why ?” Soal Carlos pelukan dilepaskan. Tubuh Zahra dipusingkan mengadapnya wajah gadis itu diangkat memandangnya.
“Cuba cakap Bahasa yang I boleh faham..” Zahra menjeling Carlos.
“Eh! Dah berani kau sekarangkan jelling aku” Ujar Carlos rahang Zahra dicengkam lembut.
“Tepilah I nak bekar kek ni.” Tangan Carlos ditolak lembut. Carlos melangkah beberapa tapak ke belakang dia melihat gadis itu berhati-hati meletakkan Loyang itu ke dalam ketuhar dan suhu diubah dan minit juga diputarkan.
Carlos tersenyuman senang. Dia sangat beruntung memilik gadis ini. Serba serbi sempurna dimatanya.
Zahra yang melihat lelaki itu seakan berkhayal, Mendekati Carol lalu tubuh kecil itu di angkat dari kerusinya. Dia mencapai bekas adunan yang masih bersisa itu ditekap dengan sebelah tangannya, Tidak lupa juga tangan si kecil juga dilumurkan. Mereka ketawa pelahan Carol seperti memahami apa yang Zahra cuba lakukan.
Pelahan-lahan Zahra berjalan Sambil mendukung Carol. Wajah lelaki itu ditekap dengan tapak tangan mereka, Setelah itu mereka ketawa terbahak-bahak.
Carlos yang tersedar dari lamunan meraup mukanya yang terasa berminyak. Tajam matanya melihat Dua orang di depannya yang seronak mengetawakan dirinya.
“Zahra……..” meleret suara itu. Tetapi nadanya keras seperti cuba mengawal api kemarahannya.
“Run!!!! mummy run !!” Carol yang berada di dalam dukungan Zahra segera memaut leher gadis itu dia masih terkekek ketawa. Zahra pula hanya menurut, dan dia berlari menjauhi Carlos terus melangkah keluar dari dapur.
“HEI!!!” jerit Carlos lalu mengejar langkah itu. Carol masih ketawa gembira.
“YEH daddy can’t caught me weekkkkk!” Jerit anak kecil itu. Carlos ketawa pelahan. Langkahnya dilebarkan lalu pinggang Zahra ditarik kemas dan dipeluk.
“Ala” keluhan Keluar dari mulut Carol. Carlos merapatkan Pelukannya sebelah tangannya naik menarik pipi Carol lalu wajahnya didekatkan pada anak kecil itu dan digeselkan.
“NO daddy Please…eee Dirty!” Jerit Carol. Dia menolak-nolak wajah Carlos.
“Carlos Stop! Nanti carol jatuh..” Marah Zahra dia memeluk rapat anak kecil itu.
“Come Sweetheart.” Carlos melepaskan pelukan dipingang gadis itu lalu Tubuh Kecil itu diangkat dari dukungan Zahra.
“Bik iera..” Panggil Carlos.
Berlari seorang wanita mendekati mereka yang sudah berada diruang tamu.
“Bawa carol naik mandi bik.”Ujarnya lalu tubuh jecil itu bertukar tangan.
“No daddy I want mummy.” Rayu Carol.
“U nak mandi dulu Sweetheart” Ujar Carlos tanpa nada. Matanya tajam memandang Zahra. Zahra menundukkan wajahnya.
“Bik Iera bawa Carol naik!” Sambungnya lagi.
“Baik Tuan.”
Setelah memastikan mereka sudah pergi Carlos melangkah mendekati Zahra. Bibirnya menarik senyuman sinis. Melihat Zahra yang sedang menunduk itu.
“Seronok?” Soalnya. Zahra mengelengkan kepalanya dia masih menunduk. Wajah gadis itu segera dipaut.
“Pandang aku love!” Tegas suara itu. Zahra mengangkat wajahnya memberanikan diri menatap wajah lelaki itu. Dia hampir ketawa apabila melihat jambat lebat lelaki itu sudah dipenuhi bancuhan kek butter.
‘Dah macam santa claus pun hensem lagi’ guman Zahra tanpa sedar.
“Santa claus ha?” Soal Carlos Zahra seakan tersedar.
“HA?”
Carlos merapati Zahra bibirnya menarik senyuman. Pinggang gadis itu dipeluka erat, sebelah tangannya meraut wajahnya, Lalu saki baki bancuhan kek itu di lumurkan pada wajah gadis itu Justeru itu pelukan itu dilepaskan dan dia terus beredar tanpa rasa bersalah.
Zahra seakan terpukau dengan senyuman lelaki itu yang jarang dilihatnya. Tangannya naik mengesat wajahnya dan dia tercengang.
“CARLOS!!!!!!!” Jerit Zahra.
“Ting Ting Ting”
Segera Zahra memalingkan wajahnya apabila mendengar bunyi ketukan kaca yang dibuat buat mengunakan suara. Tajam matanya menikam figura lelaki itu.
“ 1 sama madam” Ujar Gib lalu ketawa. Dia terus melangkah melepas Zahra sambal menjijit Breifcase milik Carlos ke tingkat atas.
Adegan yang berlaku tadi juga dilihatnya. Hebat gadis itu dapat membuat seorang lelaki seperti Rayyan Carlos dapat mengawal barannya jika bersama gadis itu.
Share this novel
lol..lol