Rate

BAB 4

Romance Series 1231

" Assalamualaikum mak cik..." kata pemuda tersebut

" Waalaikumussalam....eh Haikal. Kenapa kamu datang ni? " tanya Mak Aminah.

" Ada benda penting yang Haikal nak bincang dengan mak cik.."

" Oh.....kalau macam tu kamu masuklah dulu....biar mak cik panggil Melur turun sekali.."

Baru sahaja ingin melangkah untuk memanggil Melur, kelihatan Melur yang sedang berjalan untuk pergi ke dapur. Dengan pantas dia memanggil anaknya.

" Melur, kamu pergi pakai tudung cepat....ada orang datang tu..lepas tu kamu terus pergi depan duduk sekali..." kata Mak Aminah serius.

" Siapa pulak datang mak? " tanya Melur sambil mencapai tudung yang berhampiran dengan pintu dapur.

" Haikal, katanya ada benda penting nak bincang..."

Mendengar sahaja nama Haikal keluar daripada mulut emaknya, cepat-cepat dia ingin menuju ke biliknya namun dengan pantas dihalang oleh abangnya..

" Adik ni dah kenapa? Pergilah sekali bincang. Mana tahu dia nak cepatkan perkahwinan adik ke....Ataupun adik ada sembunyikan sesuatu daripada kitorang?" kata Fadzrul.

Akhirnya, dia terpaksa akur walaupun hati memberontak untuk melarikan diri. Tetapi apalah yang boleh dia buat, lambat laun emak dan abangnya akan dapat tahu juga perkara sebenar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu sehebat mana jantungnya bergetar sekarang ini....rasa macam nak tercabut pun ada...

Sesampai sahaja di ruang tamu, Melur duduk di sebelah emaknya manakala Fadzrul duduk dihadapan Haikal. Dia dapat mengesan riak wajah adiknya berubah tatkala emaknya menyebut nama Haikal. Tetapi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja....

" Ok, jadi Haikal, apa benda penting yang kamu nak bincang sangat tu? " tanya Mak Aminah sambil tersenyum manis kepada bakal menantunya itu.

" Yang sebenarnya, Haikal dah buat keputusan untuk memutuskan tunang dengan Melur..." kata Haikal dengan selamba badaknya.

Terus mati senyuman yang menghiasi wajah Mak Aminah. Lidahnya menjadi kelu. Melur yang berada di sebelahnya pula sedaya upaya menahan air mata daripada mengalir. Fadzrul pula dengan serius memandang ke arah Haikal.

" Tapi kenapa Haikal? Apa yang Melur dah buat pada kamu? Dia ada sakitkan hati kamu ke? "

" Melur tak ada buat apa-apa pun kat Haikal. Cuma Haikal rasa Haikal ni tak sepatutnya ada isteri yang miskin macam Melur dan keluarga dengan mentua yang miskin macam keluarga mak cik....lagi satu, Haikal ada perempuan lain yang lebih bagus dari dia...."

Mak Aminah tersentak begitu juga Fadzrul. Mereka tidak sangka bahawa Haikal yang mereka fikir adalah seorang budak yang baik dan bersopan santun tetapi semuanya adalah silap. Fadzrul tidak dapat menahan amarahnya. Dia bangun dan ingin menumbuk muka Haikal tetapi dengan pantas Melur menahan abangnya untuk bertindak sedemikian.

" Kau keluar daripada rumah ni sekarang dan jangan datang malah jejak kaki kau kat sini lagi!! Dan lagi satu kau jangan dekati Melur lagi. Perangai setan macam kau ni tak layak untuk adik aku!!!! " marah Fadzrul.

Mak Aminah hanya mendiamkan diri manakala Melur pula sudah kehilangan kata-kata. Hanya tangisan yang menjadi temannya.

" Untuk maklumat kau, aku tak ingin langsung nak kat adik kau tu dan tak adanya aku nak jejakkan lagi kaki aku kat rumah sampah kau ni..." kata Haikal dan dia terus berlalu meninggalkan Fadzrul yang sedang memaki hamun dirinya.

Fadzrul hanya menghantar pemergian Haikal dengan pandangan matanya. Pandangan yang penuh dengan kebencian. Lantas dia pergi mendapatkan adiknya yang menangis teresak-esak. Hatinya sayu melihat adiknya menangis sebegitu. Dia hanya menyimpan amarah di dalam hati. Dengan segera, dia mendapatkan adiknya lalu memeluknya erat. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk melindungi adiknya agar tidak disakiti lagi oleh mana-mana lelaki. Sementara Mak Aminah yang dari tadi berdiam diri hanya dapat merenung anaknya dengan perasaan sebak yang penuh di dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience