Rate

BAB 3

Romance Series 1231

Selepas 10 minit berlalu, Melur berhenti menangis. Matanya juga menjadi merah akibat terlalu banyak menangis. Dia membuat keputusan untuk membersihkan diri dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Ilahi.

Seusai solat, Melur menadah tangan dan berdoa...." Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau tabahkanlah hatiku untuk mengharungi segala ujianmu. Engkau kuatkanlah imanku agar ianya tidak mudah goyah semasa menghadapi segala rintangan di dalam kehidupan. Ya Allah, kau berilah aku kesabaran dan kekuatan untuk mendengar setiap kata-kata yang keluar daripada mulut tunangku Haikal. Kau gantikanlah dia dengan seseorang yang lebih baik Ya Allah. Jika Haikal adalah jodohku, kau dekatkanlah aku dengannya. Tetapi jika dia bukan jodohku, kau bahagiakanlah hidupnya bersama orang yang dia sayang.....Aminn..."

Sedar tak sedar, air matanya menitis lagi. Terngiang-ngiang ditelinga setiap kata-kata hinaan yang keluar daripada mulut Haikal. Sungguh, dia tidak kuat untuk menerima lagi semuanya. Tetapi, apakan daya, dia sebagai hamba Allah yang tidak berkuasa di bumi ini hanya mampu berserah dan membiarkan Allah mengatur semua jalan kehidupannya. Dia yakin, bahawa suatu hari nanti Allah akan menggantikan seseorang yang lebih baik untuk dirinya. Seseorang yang sentiasa memahami kehidupannya.Seseorang yang mampu menerima segala kelebihan dan kekurangannya. Dan seseorang yang mampu memahami hati wanitanya.

**********************************

Di ruang makan pula, hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga. Fadzrul hanya melihat emaknya yang sedang termenung itu. Dia tahu, kemungkinan besar emaknya memikirkan sebab adiknya berubah perilaku. Agak lama juga emaknya mendiamkan diri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bersuara.

" Mak, dah-dah la tu...asyik dok termenung je dari tadi. Tak payah risau sangatlah. Nanti bebila adik bagitahu lah apa sebabnya dia jadi macam tu....Mak tunggu je dia turun..Sekarang ni mak makan lah dulu...Dari tadi mak tak makan kan....." kata Fadzrul.

" Mak bukannya apa Arul, kau rasa kan, kenapa ngan adik kau tu? Cuba kau fikir apa agaknya yang buat dia jadi macam tu....Mak risau lah...."

" Mak, Arul ni lelaki bukannya perempuan. Mana lah Arul tahu jiwa perempuan... kalau Arul ni perempuan dah lama Arul bagitahu....Mak kan perempuan, mestilah mak tahu. Kalau mak tak tahu juga, mak tanya perempuan lain kat kampung ni. Ramai lagi perempuan kat luar sana."

Mak Aminah hanya menjeling anaknya. Ada saja kata-kata anaknya itu. Apabila orang minta pendapat, dikatanya bukan perempuan lah, tak tahu jiwa perempuan lah, dia tak ada kena mengena dengan perempuan lah.....Semuanya semata-mata ingin mengelak daripada menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan perempuan. Bukannya orang tak tahu yang sebenarnya dia tu malas nak berfikir.

" Mak ni, jangan pandang Arul macam tu....Yelah, mungkin dia nak beli barang, barangnya habis ke....tak pun kedai tutup...mana tahu barang yang dia nak beli tu dia nak sangat....last-last kedai tutup...."

" Kau ni, bagilah jawapan yang bernas sikit...ni tak..ada je benda mengarut yang keluar daripada mulut kau..."

" Arul nak buat macam mana lagi mak? Tak kan Arul nak bernaskan otak Arul yang tak berapa nak bernas ni? "

Mak Aminah memandang anaknya geram. Fadzrul pula hanya menjamah makanannya sesegara yang boleh. Kalau dia membalas, tak pasal-pasal dapat ceramah free pulak nanti. Seketika kemudian, terdengar suara seseorang memberi salam. Lantas Mak Aminah membuka pintu.

" Assalamualaikum mak cik..." kata pemuda tersebut

" Waalaikumussalam....eh Haikal. Kenapa datang ni?" tanya Mak Aminah.

" Ada benda penting yang Haikal nak bincang dengan mak cik..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience