Rate

BAB 5

Romance Series 1231

Sudah seminggu berlalu setelah kejadian yang menikam jiwa itu berlaku. Melur sentiasa mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap melainkan apa yang ingin disampaikan adalah penting. Mak Aminah dan juga Fadzrul buntu bagaimana caranya untuk mengembalikan Melur yang dahulunya seorang yang periang.

" Arul macam mana ni? Mak risau lah dengan adik kamu tu....makan tak nak, bercakap tak nak, keluar bilik pun tak nak....mak takut nanti adik kamu tu sakit..." kata Mak Aminah bersuara lirih apabila mengenangkan nasib anak daranya itu.

" Isy mak ni....janganlah masin sangat mulut tu....ni mesti banyak makan garam....cubalah manis sikit mulut tu....makan gula banyak-banyak...." kata Fadzrul. Mak Aminah hanya mendiamkan diri kerana malas ingin bertikam lidah dengan anaknya.

Seketika kemudian, Fadzrul dan emaknya menuju ke pintu bilik Melur dan ingin mencuba untuk memujuk Melur. Mana tahu nasib menyebelahi mereka kali ini....

" Melur sayang....keluar lah jom...makan...dari tadi Melur kat bilik je...mesti Melur tengah lapar kan? jom lah keluar....mak teman kamu makan.." kata Mak Aminah cuba memujuk Melur....apa taknya, daripada pagi sampailah ke tengahari tak makan-makan lagi....namun, tiada sahutan kedengaran daripada tuan empunya bilik....

" Haah....betul tu Melur....dari tadi adik tak makan....makan lah walaupun sesudu....sekurang-kurangnya dapat mengalas perut adik tu sikit...." kata Fadzrul mencuba nasib....

Namun, harapan hanyalah tinggal harapan. Tiada sahutan mahupun suara Melur yang kedengaran. Mereka pun tak tahu nak buat apa lagi. Otak mereka sudah pun buntu. Tapi, mereka perlu bersabar. Fadzrul yakin suatu hari nanti adiknya akan move on dan memulakan hidup baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience