Rate

BAB 1

Romance Series 1231

Angin bertiup dan menyapa lembut setiap muka yang berada di pantai tersebut. Dari jauh, terlihat Melur yang sedang termenung sambil mengingati kembali kisah pahit manis dalam hidupnya. Dia mengeluh sendirian.

Tiba-tiba, ada seseorang memanggilnya, dia sangat mengenali suara tersebut. Dia memandang ke belakang. Dia tersenyum hambar apabila melihat susuk tubuh seseorang menghampirinya.

" Sayang, jom makan. Dari tadi sayang tak makan....Kesian baby kat dalam perut tu ", kata suaminya, Saifudin. Dia mengangguk lantas mengikut suaminya. Dia sangat bersyukur kerana mendapat suami yang baik dan bakal menimang cahaya mata selepas segala derita yang dilaluinya.....

2 TAHUN YANG LALU.......

Melur menangis teresak-esak. Semakin lama semakin deras air mata yang keluar dari tubir matanya. Hatinya sakit, seperti dipanah dengan panahan yang sangat beracun. Remuk hatinya apabila dicaci, dihina, dan diherdik oleh tunangnya sendiri, Haikal. Akhirnya, semua rahsia tunangnya itu terbongkar. Tiada lagi yang terselindung daripada pengetahuannya. Dia tidak menyangka bahawa tunangnya ada perempuan lain dan ingin memutuskan tali pertunangan mereka...

" Sudah!!! Aku dah tak nak tunang dengan kau lagi. Bagi aku, kau tak ada apa-apa...Berambus kau dari hidup aku! Dah lah miskin. Ingat aku nak sangat memperisterikan kau yang miskin ni? Sorry lah.... Aku ada perempuan lain yang lebih bagus daripada kau ", kata Haikal.

Ya, memang....Melur akui. Dia hadir dalam serba kekurangan. Hidupnya miskin. Akan tetapi, dia tidak pernah menyesal dengan keadaan hidupnya. Baginya, hidupnya sangat bahagia walaupun miskin. Itupun sudah mencukupi. Dia tidak sanggup diperkatakan sebegitu oleh tunangnya yang dia sangat cintai. Hatinya sakit..

" Kenapa Haikal, kenapa? Apa salah saya pada awak? Apa kurangnya saya pada mata awak? Kenapa awak sanggup berkata begitu kepada saya?", tanya Melur sambil menahan tangisnya.

" Kau tak buat salah apa pun. Aku cuma dah bosan dengan kau. Setakat perempuan macam kau ni, mana-mana pun boleh dapat. Tak sedar diri tu miskin, ada hati nak bersuamikan aku", kata Haikal sambil tersenyum sinis.

Melur menangis dengan lebih kuat lagi. Hatinya betul-betul hancur dengan kata-kata hinaan yang keluar daripada mulut tunangnya itu. Apakah salah dia sampai dihina sebegitu rupa oleh tunangnya? Dia pun manusia. Bukannya haiwan dan bukannya tunggul. Dia juga mempunyai perasaan sama macam manusia lain. Dan dia juga masih mempunyai hati yang tidak mahu disakiti.

" Dah, kau tak payah nak nangis, merayu-rayu macam ni. Fikir aku kisah sangat? Setakat tunang dengan kau, tak beri aku makna apa-apapun. Dah lah. Pandai-pandailah nanti aku nak cakap dengan mak kau. Yang penting sekarang ni aku nak kau berambus dari hidup aku dan jangan muncul depan aku lagi". Setelah menghabiskan kata-katanya yang terakhir, Haikal berlalu pergi tanpa memandang Melur walaupun sebelah mata.

Melur menangis semahu-mahunya. Dia berasa seperti terlalu hina pada mata tunangnya itu. Tunang yang dicintainya. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Lidahnya menjadi kelu. Hatinya kini telah meninggalkan segaris luka. Luka yang sangat besar dan dalam...Dia tidak akan dapat melupakan kisah yang mengakibatkan luka itu terhasil di hatinya...Dia sering bertanya pada dirinya...Apakah salah dirinya sehingga dipergunakan cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience