Rate

BAB 2

Romance Series 1231

Melur terus menuju ke rumahnya. Tangisnya juga beransur reda. Dia redha dengan apa yang berlaku. Dia percaya, Allah mengujinya kerana Allah sayang pada dirinya....Dia juga percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin hari ini dia dicaci dan dihina oleh tunangnya sendiri, tetapi tidak mustahil satu hari nanti dia akan mendapat tunang yang lebih baik daripada Haikal. Mulai hari ini, dia berjanji pada dirinya agar tidak diperdaya oleh lelaki lagi. Cukuplah sekali. Cukuplah hatinya sakit diperlakukan oleh kaum lelaki sekali. Dia tidak sanggup untuk disakiti lagi.

Sampai sahaja di rumah, Melur terus menuju ke biliknya. Dia ingin melepaskan segala kesedihannya berseorangan. Sapaan daripada emaknya juga tidak diendahkan. Apa yang ada difikirannya hanyalah satu. Dia ingin melepaskan segala derita yang ditanggungnya tanpa pengetahuan sesiapa. Biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu pada saat ini.

Setelah berada di dalam biliknya, dia terus menutup pintu dan menguncinya. Dia meletakkan begnya di atas meja solek lalu menekup mukanya dengan bantal. Dia menangis semahu-mahunya. Emaknya, Mak Aminah memanggil-manggil anaknya. Namun, tiada jawapan yang diberikan daripada anak daranya itu.

Abang Melur, Fadzrul keluar daripada biliknya dan mendapati emaknya mengetuk-ngetuk pintu bilik adiknya. ' Mungkin dah balik agaknya', getus hatinya. Dia bertanya kepada emaknya " Mak kenapa dengan adik tu?"

" Entahlah, mak pun tak tahu, balik-balik je terus masuk bilik. Mak pun pelik juga. Tak bagi salam, tak tegur apa-apa terus masuk dalam bilik ", kata Mak Aminah.

" Adalah tu masalah dia, nanti kalau dia dah ok kita tanya dia ", kata Fadzrul cuba untuk memujuk emaknya. Dia tahu, emaknya sekarang berada dalam keadaan risau. Ibu mana yang tidak risau apabila perlakuan anaknya berubah secara tiba-tiba.

" Kalau kamu dah kata macam tu, baiklah. Jom kita turun makan. Mak ingat tadi nak ajak adik kamu ni makan. Tapi, apakan daya, adik kamu ni balik-balik je terus masuk bilik, haish ". Dia mengeluh kecil. Lalu, Fadzrul dan emaknya turun ke bawah untuk menjamu selera. Sementara Melur yang berada dalam bilik sedang menangis akan kejadian yang menimpa dirinya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience