Rate

BAB 6

Romance Series 1231

Keesokan harinya, Melur yang sudah siap mengenakan baju kurung moden pada tubuhnya serta tudung bawal yang menutup kepalanya segera turun untuk mencari emaknya. Dia ingin memberitahu kepada emaknya untuk pergi temuduga sebagai PA di sebuah syarikat. Dia sudah lama memohon kerja tersebut sejak 4 hari yang lepas. Dia bertekad untuk membuka lembaran yang baru dalam hidupnya. Dia tidak mahu hanyut dalam perasaannya sendiri untuk selamanya. Dia ingin berubah demi emak, abang dan dirinya sendiri.

Setibanya dia di ruang tamu, hanya abangnya sahaja yang kelihatan sedang menonton televisyen. Dia menggerak-gerakkan bebola mata untuk mencari kelibat emaknya. Tetapi tiada langsung tanda bahawa emaknya berada di situ. Dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada abangnya.

" Along, mak mana?" , tanya Melur sambil memandang tepat ke arah abangnya.

Fadzrul yang sedang meminum air itu tersedak setelah mendengar suara adiknya. Dia segera berpaling ke arah belakang. Dia sangat terkejut apabila melihat adiknya yang cantik berbaju kurung ditambah lagi dengan senyuman manis yang sudah lama tidak menghiasi wajah tersebut.

" Adik, be...betul ke tu adik? " , tanya Fadzrul teragak-agak kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Oh Tuhan, adakah aku sedang bermimpi? Kalau ya, kejutkanlah aku....

" Ya....adiklah ni....tak kan hantu pulak? mana ada hantu secantik adik ni..." kata Melur diiringi dengan ketawa kecil.

Fadzrul tidak tahu ingin berkata apa. Jadi telahannya salah apabila menganggap bahawa dirinya sedang bermimpi. Dengan pantas dia berdiri dan menuju ke arah tingkap. Dia melihat ke luar tingkap.

Melur hairan dengan sikap abangnya. Tak kan abangnya masih tak percaya bahawa ini sememangnya dirinya? Tak boleh jadi macam ni.

" Along buat apa tu? Tertinjau sana, tertinjau sini? Tengah cari apa? "

" Along cuma nak tengok, ada apa-apa perubahan ke kat luar ni. Mana lah tahu semua kucing kat sini dah jadi ayam...sebab tu lah dengan ajaibnya adik keluar dari bilik " kata Fadzrul.

Melur memukul abangnya kerana memainkan dirinya. Orang tanya betul-betul dia jawab main-main. Abang siapa lah ni.

" Along ni cakaplah betul-betul, mana mak? Adik nak cakap sesuatu kat mak"

" Mak tak ada. Pergi kedai. Nak cari barang untuk masak katanya...kenapa adik nak jumpa mak? " , tanya Fadzrul kehairanan.

" Adik nak bagitahu kat mak yang adik nak keluar. Adik ada temuduga hari ni along. Untuk menggalas jawatan sebagai seorang PA...adik dah lama dah buat permohonan kerja. Sejak 4 hari lepas. Cuma adik tak bagitahu along dengan mak..." , kata Melur sambil tersenyum.

" Alhamdulillah...jadi sekarang ni adik nak mulakan hidup baru lah ya? "

" Ya along...adik nak buka buku baru. Sudah tiba masanya adik tutup buku lama. Adik sekarang ni nak bahagiakan mak dan along. Mak dengan along je lah yang sentiasa ada semasa adik suka dan duka. Terlalu banyak jasa mak dan along pada adik...jadi apa salahnya adik balas balik semua jasa tu dengan bahagiakan mak dan along..." kata Melur.

" Kalau macam tu pergilah. nanti along cakap dengan mak. Masa temuduga tu nanti buat betul-betul. Ingat masa depan adik yang masih panjang lagi tu. Apa-apapun along hanya mampu berdoa agar adik diterima kerja kat sana..."

" Terima kasih along " , kata Melur seraya mendakap erat abangnya itu. Fadzrul pula membalas pelukan adiknya itu.

" Ok, kalau macam tu Melur gerak dulu... Assalamualaikum.. "

" Waalaikumussalam " jawab Fadzrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience