Bab 5.

Action Series 1763

Seminggu kemudian...

Nia dan Qal berjalan menuju ke
kantin untuk lunch.
Qal dan Nia duduk di meja.

"Kau nak makan apa,Qal?"

"Aku nak nasi goreng kampung.Kau nak apa,Nia?"

"Sama dengan kau lah" jawab Nia.

Setelah order,beberapa minit kemudian,dua nasi goreng kampung dengan air sirap bandung dan teh o ais limau pun sampai.

Qal yang berasa sangat lapar makan dengan sangat laju.
Dia meneguk air teh o ais limau.
Tiba-tiba dia ternampak Qayyum berjalan kearah kantin.

"Dia ni, aku pergi mana mesti ada.Benci aku lah"bisik Qal dalam hati.

Qal perasan semua gadis yang ada dalam kantin itu sedang memandang kearah Qayyum tanpa berkelip mata.

Qayyum merupakan pelajar lelaki yang paling popular dalam kolej itu.Ramai gadis pernah cuba mengorat,tapi ditolak.Namun gadis-gadis itu tak berhenti,mereka tetap mencuba lagi.Ada yang memberikan surat,bunga dan hadiah.Namun setiap kali mendapat hadiah,Qayyum akan membuang atau memberikannya kepada kawannya.Manalah tahu ada sihir ke nanti.

Qal menyambung makannya tergendala sebentar tadi.
Qayyum yang ternampak Qal sedang makan,segera berjalan menuju ke arah Qal.

"Kau makan apa tu,tak ajak pun."kata Qayyum yang sedang berdiri di hadapan meja Qal.

Qal yang terkejut entah bila Qayyum berada di depan, dia tersedak.Qayyum menghulurkan air teh o ais limau yang berada disebelah pinggan kepada Qal.
Qal mengambil dan menyedut air itu sehingga hampir habis.
Qayyum yang melihat Qal dah ok terus duduk di sebelah Qal.

"Apasal kau duduk dekat aku ni?"marah Qal.

"Temankan aku makan.Aku belanja korang."Qayyum berkata dengan muka selamba tanpa menghiraukan muka Qal yang tengah marah.

"Tak nak!!"jawab Qal.

"Ala..Qal,biarlah Qal dah ada orang nak belanja,biar je la.Jimat sikit duit."kata Nia memujuk Qal.

"Ye lah."Akhirnya Qal termakan akan pujuk rayu Nia.

Qal perasan yg Qayyum tak henti-henti memandang kearahnya walaupun sedang makan.Tercekik sudu tu baru tahu.

"Kenapa kau asyik tengok aku,hah?"tanya Qal.

"Saja.Nak tengok muka bidadari yang comel kat sebelah aku ni...kenapa tak boleh ke?"

"Tak boleh!!!"marah Qal sambil menunjukkan penumbuk ke arah muka Qayyum.

Qayyum tersenyum melihat penumbuk Qal itu.
"Tumbuklah!Saya rela ditumbuk oleh bidadari yang comel ni.."

Qal melihat Qayyum sudah selesai makan sehingga licin pinggannya.
"Ok lah!Kau pun dah sudah makan dah.Terima kasih sebab belanja makan.Jom Nia!"Qal bangun dan terus berjalan laju ingin meninggalkan Qayyum.
"Terima kasih awak."ucap Nia.

Qayyum tersenyum seorang diri di meja itu.Dia terasa jantungnya berdegup dengan kencang.Terasa bahagia apabila melihat muka Qal yang sudah memerah selepas dia memuja Qal comel.

***************************

"Apahal mamat tu!Gila betul.Benci aku dengan dia!!
Kepala otak dia dah masuk air agaknya.
Arrgggghhh!!"jerit Qal geram dengan Qayyum.

Qal mencapai tuala yang tersangkut di bucu katil dan berjalan menuju ke bilik air.

Selesai mandi,Qal bersiap untuk keluar.

Qal memakai seluar jeans berwarna hitam dengan t-shirt berwarna putih.Kemudian Qal membuka almari dan mengambil jaket berwarna hitam.
Dia turun ke bawah dan mengambil kunci motosikalnya dan terus keluar menaiki superbikes miliknya.Qal menghidupkan enjin motosikalnya dan terus menghilangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience