Bab 2

Action Series 1763

Sudah 2 tahun Qal belajar dikolej ini.
Qal menyewa rumah yang berdekatan dengan kolejnya.Dia tinggal berdua dengan kawan baiknya,Nia.Nia seorang gadis yang ayu,lemah-lembut dan bertudung.Sikap mereka berdua memang jauh beza.Nia sopan-santun manakala Qal pula,kasar.

"Oit!Nia kau masak apa tu?"

"Aku masak asam pedas."

"Uuhh..sedap tu.Siap lagi tak,aku dah lapar ni..."

"Dah...siap!"

"Aku tolong kau letak kat meja ye."

Qal tersenyum lalu menyendukkan asam pedas kedalam mangkuk dan meletakkan di atas meja.Tak sabar dia nak makan.

"Qal,petang ni teman aku pergi super market!Aku nak beli barang dapur.Semua dah habis!"

"Okey!!Kau nak pergi pukul berapa?"

""Pukul 4.30"

"Okey."

************

Di dalam super market,Qal menolak troli dengan laju mengikut Nia.Sedang asyik menolak troli,tanpa Qal sedar dia terlanggar seorang lelaki yang berada di depannya sehingga lelaki itu jatuh terguling dan terkena rak yang tersusun rapi di tepi dinding.

"Woi!!!Kau dah kenapa langgar aku?!!"

"Sorry lah!!Aku tak sengaja..."

"Aduh!Sakitnya belakang aku ni...!!!"

"Kau sakit sangat ke?Aku tolong bawak kau pergi klinik...!"

Qal memegang tangan dan bahu lelaki itu untuk dibawa ke klinik.

"Weh,Nia!!!Kau balik sendiri lah."

Nia yang sedang memilih barang dapur dari tadi,tak perasan apa yang telah pun berlaku.Terkejut dia melihat Qal sedang memapah seorang lelaki.

"Kenapa?!Sape pulak lelaki ni?Kenapa kau pegang dia?"tanya Nia kebingungan.

"La kau ni lambat la..nanti kat rumah aku citer!Aku nak bawak dia ni pergi klinik."

"Okey!!"

Qal berlalu pergi mambawa lelaki itu pergi ke klinik meninggalkan Nia.

Mujurlah di hadapan super market tu ada klinik.Qal cepat-cepat membawa lelaki itu ke sana.

Sampai di dalam klinik,Qal melepaskan pegangannya menyebabkan lelaki itu hampir terjatuh.Cepat-cepat Qal memegang kembali bahu lelaki itu.

"Aduh!!!Sakit tahu tak..!!"

"Hehe..sorry."

"Doktor,tadi dia terjatuh.Lepas tu dia kata dia sakit belakang ,doktor."beritahu Qal kepada doktor yang berada di hadapannya.

"Hmm..kalau macam tu,awak buka baju awak.

Semasa lelaki itu hendak membuka bajunya.

"Eh..tunggu-tunggu.Saya aku tunggu kat luar.

Kenapa pulak dengan dia ni.Kan dia lelaki,aku pun lelaki.Apa masalah nya kalau aku bukak baju.Yang dia nak lari tu kenapa?Bisik lelaki itu dalam hati.

Selesai dirawat oleh doktor.Lelaki itu menuju ke kaunter untuk membayar kos rawatannya.

"Berapa yang saya kena bayar,cik?"

"Takpe,encik.Kawan encik dah bayarkan."

"Terima kasih,cik."

"Sama-sama."

Lelaki itu pun berjalan menuju ke arah Qal yang sedang menunggu di luar klinik.

"Kau dah okey?"

"Dah.Terima kasih lah sebab bayar kan kos rawatan aku."

"Takpe.Lagipun,aku yang langgar kau tadi."

"Apa nama kau?"tanya lelaki itu.

"Nama aku Qal.Kau?"

"Nama aku Qayyum."

"Kau duduk mana?.Biar aku hantarkan kau!"

"Terima kasih."

***********

Kereta honda civic milik Qal berhenti di sebuah rumah sewa Qayyum.

"Terima kasih sebab kau hantar aku balik.

"Sama-sama."

Kawan Qayyum yang sejak tadi mengendap di dalam rumah,Terus membuka pintu.

"Kau dah kenapa Qayyum,jalan terbongkok-bongkok."

"aku terjatuh kena langgar kat super market tadi."

"Apa?Teruk ke?Kena langgar dengan apa?Kereta ke lori?"

"Tak teruk pun.Kena langgar dengan troli!"

"Hahaha..."
"Sape yang hantar kau tadi?"

"Ooo..dialah yang langgar aku."

Sampai saja Qal di rumah.Nia terus bertanya perkara yang berlaku di super market tadi.

"Qal,ceritalah apa yang jadi kat super market tadi."

"Kau ni..aku baru balik.Kau terus tanya!"

"Ceritalah"

"Okey..tadi masa kau tengah pilih barang dapur tadi,aku tolak troli tu laju.Bosan tunggu kau lama sangat.Tiba-tiba..pomm!!!Aku terlanggar lelaki tu dengan troli tu sampai dia jatuh tergolek!"

"Hahaha..haha."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience