Bab 7.

Action Series 1763

Selepas habis kelas Dr.Irfan,Qal dan Nia menuju ke perpustakaan.
Semasa Qal dan Nia sedang berjalan sambil berbual.Tanpa Qal perasan,Qayyum berada di depannya sedang berjalan.
Sebaik saja mereka berada bersebelahan,
Qayyum memegang tangan milik Qal.

Qal terkejut.Qal menoleh untuk melihat siapa yang telah memegang tangannya.

"Kau??"

"Ye saya!"sahut Qayyum bersama senyuman menggoda.

"Eh!!Lepaslah tangan aku!Nanti orang nampaklah!"kata Qal dengan suara yang perlahan.

"Biarlah orang nampak!"Qayyum buat muka selamba.

Terjegil mata Qal melihat Qayyum.

"Tangan kau dah okey?Sakit lagi ke?"tanya Qayyum dengan muka sedikit risau.

"Haah!Makin sakit!Makin parah bila kau pegang tangan aku!!"kata Qal.

"Hahhaa..comel la kau ni Qal!"Qayyum ketawa nakal.

Qal makin geram dengan Qayyum.Qal menarik tangannya dengan kuat.Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Qayyum disitu.

Sebenarnya tangan Qal memang terasa sakit lagi,tapi dia dah biasa.Dulu dia pernah kena lebih teruk.Dia pernah kena tembak di perutnya.Mujurlah konco-konconya cepat membawanya ke hospital.
Nasibnya baik kerana peluru itu tidak terkena mana-mana organnya.
Penyangak yang tembak Qal itu telah dibunuh oleh ketua kumpulan Golden Tigers,iaitu kumpulan Qal.

Didalam perpustakaan,tiba-tiba Qal terasa sakit perut.Dia berlari laju menuju ke tandas.
Selesai melepaskan hajatnya.Qal membasuh tangannya.

"Kau Qal kan?"

Qal mendengar suara orang di belakangnya.
Qal menoleh ke belakang.Dia nampak seorang perempuan dengan gaun paras lutut sedang memandangnya dengan gaya yang sangat angkuh.

Qal ingin keluar dari tandas.Malas dia layan perempuan itu.
Perempuan itu datang ke depannya.

"Ehhh!Kau nak pergi mana?Aku nak cakap dengan kau ni!"

"Ok.1 minit!"kata Qal.

"Heh!!Aku nak bagi amaran kat kau!Kau jangan dekat dengan Qayyum!!Qayyum tu milik aku!"kata perempuan gedik yang bernama Maya itu.

Qal geram dengan perempuan itu.
"Hei!!!Kau ni dah kenapa?Kau kalau nak kat dia kau ambik lah!Buat apa kau nak datang sini nak bagi amaran bagai kat aku!"jerkah Qal kepada perempuan gedik itu.

Maya terkejut.
"Kalau aku nampak kau rapat dengan Qayyum,kau tunggu nasib kau!"Maya mengukir senyuman sinis.

Apabila mendengar ayat Maya itu Qal melemparkan senyuman yang sangat mengerikan seperti 'Joker'.

"Kau nak buat apa?Mungkin kau belum kenal lagi aku ni siapa,kan?Aku pulak nak bagi kau amaran!!Kalau kau berani nak sentuh aku,kau perlu sediakan persiapan nak uruskan mayat kau nanti!!!Sebab aku takkan biarkan orang yang sakiti aku terus hidup..."jelas Qal dengan muka senyuman ngerinya itu.

Qal berlalu pergi meninggalkan Maya di tandas itu.
Maya mula pelik dengan kata-kata Qal itu.

Maya pun pergi kepada kawan baiknya,Sara.

"Sara,kau kenal tak dengan Qal?"

"Qal mana ni?"tanya Sara.

"Ala..Qal,si tomboy tu!!"

"Oh!!Qal tu!Aku tak berapa kenal sangat!Tapi aku dengar orang kata Qal tu bekas gengster!Dia pernah jadi anak buah kumpulan gengster paling besar kat Malaysia ni!!Orang kata ketua kumpulan gengster tu sayang sangat kat dia!!Jadi tak ada orang yang berani dengan dia!"jelas Sara dengan panjang lebar.

Muka Maya sudah makin pucat bila tahu Qal tu bekas gengster.
Makin pucat apabila teringatkan kata-kata Qal tadi.Tak jadi dia mahu kacau Qal.Terpaksalah dia lepaskan Qal.Dia masih mahu hidup lagi.Lebih baik dia bersama orang lain dari dia tak dapat apa-apa langsung.

**********************

'Tut ttut tut,tit ttit tit,tut ttut tut'

Telefon bimbit Datin Wardah berbunyi menandakan ada orang menelefonnya.Datin Wardah berlari dari dapur ke arah telefon bimbitnya di ruang tamu.

"Hello.."

"Hello,Wardah!"sahut Puan Sri Indah di talian.

"Ada apa awak call saya ni?"tanya Datin Wardah.Dia tengah sibuk memasak di dapur untuk suaminya yang akan pulang dari office.

"Saya nak ajak awak keluar.Dah lama kita tak jumpa."jelas Puan Sri Indah.

"Boleh.Tapi esoklah."

"Ok.Nanti sy ambil awak kat rumah awak.Bye!"

"Bye!"

Puan Sri Indah dan Datin Wardah,mereka pergi ke Shopping Mall.Mereka berbual di kafe dengan rancak sekali.

"Ada apa awak ajak saya keluar ni?"tanya Datin Wardah.

"Saja dah lama kita tak keluar sama-sama kan..lagi satu,awak ingat lagi tak janji kita dulu?"jelas Puan Sri Wardah dengan wajah gembiranya.

"Janji?Yang mana satu ye?Kita kan banyak janji!"

"Ala...awak ni!Janji yang kita nak jodohkan anak kita tu.."Puan Sri Indah masih ingat lagi janji yang dia buat dengan Datin Wardah dulu.

"Oh!Baru ingat.Kenapa?"

"Apa kata kita jodohkan anak kita?Diorang kan sebaya!"jelas terpancar riak gembira di wajah Puan Sri Indah.

"Boleh tu memang la boleh.Tapi,anak kita kan tengah belajar lagi.Biarlah diorang belajar dulu."

"Ok.Lagi pun ni tahun akhir.Habis je kita terus kahwinkan diorang.Saya tak sabar nak dapat menantu.Anak sorang tu je lah."

"Saya pun tak sabar nak dapat menantu!"rancak mereka berbual.

Selepas makan.Mereka pergi shopping ke seluruh kedai di dalam Mall itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience