Qal berjalan masuk ke dalam kelas.Dia melihat hanya ada beberapa orang sahaja didalam kelas itu.Masih ramai pelajar yang belum masuk.Maklumlah,semester baru bermula.Dia sengaja datang awal.
Qal duduk di tempat duduknya.Tidak lama kemudian,dia melihat sekumpulan pelajar lelaki masuk ke dalam kelas itu.Mereka berbual dengan ketewa yang riuh rendah sekali.Mereka duduk di tempat duduk di belakang sekali.
Sedang dia melihat mereka,dia ternampak Qayyum.
Rupanya ni kawan-kawan kau yer.Kau tunggu balasan dari aku,siap kau.
Qal masih geram dengan Qayyum kerana telah menyimbahnya dengan sebaldi air.
Dr Hana masuk ke kelas dan memulakan kelasnya.
"Selamat pagi semua!Hari ini merupakan kelas pertama kita untuk semester ini.Mungkin dalam kelas ni ada pelajar baru.Jadi saya nak kamu semua memperkenalkan diri masing-masing.Bermula dari kamu."arah Dr Hana sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Qal kerana dia duduk di tempat paling depan.
Qal bangun lalu memperkenalkan dirinya.
"Nama saya Qalisya.Panggil je Qal."
Apabila Qayyum mendengar seseorang menyebut nama 'Qal' ,dia terus memandang ke arah suara itu.Qayyum terkejut sambil mengerutkan dahinya.
"Eh!Bukan ke dia ni lelaki?"kata Qayyum dengan nada yang kuat.
Pelajar lain melihat ke arah Qayyum.
Qal toleh ke belakang.
"Sejak bila pulak aku tukar jantina?!!"
"Tapi aku ingat kau lelaki!"Qayyum kebingungan.
"Aku tak cakap pun yang aku ni lelaki!!"
"Eh,sudahlah!Takkan hal macam ni pun korang nak gaduh!!Kalau nak gaduh lepas habis kelas gaduh la."marah Dr Hana.
"Okey,next!perkenalkan nama.Tapi jangan gaduh!"kata Dr Hana.
"Okey semua kelas kita dah tamat untuk hari ni.Kita sambung esok.Jangan lupa ulang kaji ."
Semua bangun lalu beredar.
Sedang Qal memasukkan barang-barang ke dalam begnya,Qayyum muncul di hadapannya.
"Apa?Kau nak apa?!!"tanya Qal sambil bangun untuk cepat-cepat beredar.Dia tak mahu lama-lama di situ dengan Qayyum.
"Kenapa kau tak bagi tau aku yang kau ni perempuan.Aku ingat kau lelaki."Qayyum menggaru kepalanya yang tak gatal.
Qal pergi tanpa menghiraukan Qayyum.
Langkahnya terhenti apabila Qayyum menarik tangan miliknya.Dengan perasaan geram,Qal menendang kaki Qayyum.
"Aarrggghh!!!"
Qal berlari keluar kelas meninggalkan Qayyum yang terjatuh di lantai menahan sakit.
Qayyum bangun dan menepuk seluarnya.
"Oh,kau lari ye!Kau tunggu!Nasib comel.Patut la comel sangat,rupanya perempuan."
Share this novel