Semester baharu sudah bermula.
Qal berjalan menuju ke perpustakaan untuk membuat rujukan.
Qal mengambil buku dan pergi ke tempat duduk.
"Apa yang diorang ajar ni...!Aku tak faham apa pun!!Aduh,serabut kepala aku...!!"rambut spike Qal itu sudah kusut kerana ditarik-tarik.
Selepas menyimpan semula buku,Qal berjalan dengan lajunya menuju ke arah pintu.'Bukk!!'
Qal telah melanggar seorang lelaki yang baru masuk ke perpustakaan itu.Lelaki itu terjatuh.Dia mendongak melihat siapa yang telah melanggarnya.
"Qal?!!"
Qal yang terdengar lelaki itu menyebut namanya,terus memandang lelaki itu.
"Aku macam pernah nampak kau la.."
"Aku,Qayyum.Yang kau langgar aku dengan troli hari tu..."
Qal yang teringat akan incident pelanggaran hari tu,terus ketawa tanpa menghiraukan Qayyum yang memandangnya.
"Ooo...kau gelakkan aku yer.."
"Ye la!!Lawaklah!"
"Eh!Kau buat apa kat sini,Qal?"
"Aku belajar kat sini.Kau pun belajar kat sini ker?"
"Haah!Aku belajar kat sini."
Qal melihat jam ditangannya.
"Weh!Aku pergi dulu!"
Qal pergi meninggalkan Qayyum.Qayyum cuba memanggil Qal,namun Qal berjalan dengan sangat laju hingga hilang dari pandangan Qayyum.
"Aku baru nak mintak nombor telefon dia.sekelip mata dah hilang.Macam hantu pulak!"
********
Qayyum seorang lelaki yang sangat nakal dikolej itu.
Dia dan kawannya selalu mengganggu pelajar lain.Walaupun Qayyum seorang yang nakal,namun ramai perempuan yang tergila-gilakannya.Kadang-kadang dengan member sendiri pun mereka nak kacau.Tapi mereka tak kisah.Kalau kacau balasannya akan menyusul nanti.
Pada petang itu,selepas habis kelas Qayyum terus berlari menuju ke tandas.
"Aduh!!!Tak tahan dah ni...!
Nak terkeluar dah...!"
Qayyum meluru masuk ke dalam tandas.
"Ahh....leganya...."
Kawan Qal yang berada di sinki di dalam tandas itu mengukir senyuman melihat pintu tandas yang Qayyum masuk tadi.Dia sedang memikirkan cara untuk mengenakan kawannya itu.Kawannya yang bernama Aril itu mengunci pintu dari luar.
Selesai Qayyum melepaskan hajatnya.Dia cuba membuka pintu,tapi tak boleh.Terkunci.Semasa Qayyum merasa hairan,tiba-tiba dia terdengar suara Aril sedang ketawa terbahak -bahak di dalam tandas itu.
"Hoi,Aril!!!Kau kunci pintu ni kan?!!"
Aril terus ketawa sambil berjalan keluar dari tandas itu.
Qayyum yang berasa geram,terus memanjat pintu itu hingga sampai di atas.Dia melompat ke bawah.
Dia masih boleh dengar suara Aril ketawa di luar tandas.Qayyum toleh ke kirinya.Dia ternampak baldi yang penuh dengan air.Qayyum mengambil baldi itu dan berjalan ke arah pintu masuk tandas itu.Tanpa melihat,Qayyum terus menyimbahkan air ke orang yang berada di situ.
"Woi!!!Kau dah kenapa simbah aku dengan air!!!"
Qal yang kebetulan lalu di situ basah lencun akibat di simbah air dengan Qayyum.Qal menoleh melihat siapa yang menyimbahnya dengan air.
"Kau?"
"Kau?"
mereka berdua sama-sama terkejut.
"Maaf,Qal.Aku tak sengaja."
"Oh...kau dah simbah aku pastu kau senang-senang je nak mintak maaf!Nah ambik ni!!"
Qal berasa sangat geram.Dia menendang Qayyum di bahagian alat sulitnya.Kemudian Qal pergi meninggalkan Qayyum yang sedang kesakitan.
"Aarrgghhh!!!"jerit Qayyum menahan sakit.
""Hey,Qayyum!Kau kenal ke sape orang tu?"
Qayyum menoleh melihat di tepi dinding.Rupanya Aril bersembunyi di situ.
"Kau ni kan!Kau tengok!Apa kau dah buat!Dia dah marah kat aku."
Qayyum menjentik dahi Aril kerana mengunci pintu.
"Auchh!!"Aril mengusap dahinya yang sakit.
"Itu sebab kau kunci aku dalam tandas itu.
Share this novel