Qayyum berjalan ditepi lorong yang gelap hanya ada satu sahaja lampu jalan dihujung simpang.
Qayyum baru pulang dari kedai makan.
Tadi Qayyum pergi kedai makan dengan Aril,tapi Aril mendapat panggilan dari Ahmad.
Ahmad meminta Aril mengambilnya ditepi jalan kerana motornya rosak.
Selepas makan barulah Aril pergi kepada Ahmad.
Qayyum berjalan menuju ke perhentian bas,boleh dia tahan teksi.Qayyum ikut lorong sebab lorong ni lagi dekat dengan perhentian bas.
Semasa Qayyum berjalan sorang-sorang,
Qayyum teringat tentang perbualannya dengan Aril sebentar tadi.
Flashback:
"Qayyum,kau ni hari-hari jumpa Qal ja kau kacau dia.Kau suka dia ke?"tanya Aril pada Qayyum.
"Entahlah,bila nampak dia aku rasa tergerak nak kacau dia.Rasa rugi sangat kalau aku tak tengok muka dia yang merah bila marah kat aku.Mungkin aku dah jatuh cinta kat dia."jelas Qayyum dengan muka yang merah padam menahan malu.
"Cehh!!Baik kau hati-hati dengan Qal tu.
Aku dengar dia tu bekas gengster.Dia join gengster yang paling besar kat Malaysia ni tau."cerita Aril sambil menyuapkan nasi ayam ke dalam mulutnya.
"Kau biar betul!Tak percayalah aku.Takkan
sampai macam tu sekali."Qayyum tak percaya bahawa Qal tu bekas gengster.
"Ikut kau lah nak percaya ke taknak.Tapi kalau dia belasah kau,jangan kata aku tak bagitau sape Qal tu!"
Flashback Off!
Hhmm....betul ke apa yang Aril cakap tu?Entah-entah dia pun kena tipu.Ha..haa.haaa..
Kata Qayyum dalam hati.
Tanpa Qayyum sedar,ada beberapa orang sedang mengikutinya.
Tiba-tiba mereka berlari dan terus mengepung dirinya.
"Hoi!!Keluarkan duit kau!Bagi kat aku!!!
Kalau tak aku bunuh kau!!"kata salah seorang lelaki itu.
Qayyum terketar-ketar tangannya memasukkan ke dalam poket ingin mengeluarkan dompetnya.
"Aarrgghhh!!!"salah sorang dari mereka menjerit.
Rupa-rupanya ada seseorang telah menendangnya dari belakang.
Diorang melepaskan aku lalu menyerbu orang yang menendang geng mereka tadi.
Qayyum berjalan ke tepi sedikit supaya dapat melihat muka orang yang menolongnya itu.
Qayyum terkejut sangat sehingga mulutnya terbuka luas.
Rupa-rupanya orang yang menolongnya itu adalah Qal.
"Kenapa kau kacau kami hah?!!"jerkah salah seorang lelaki tadi.
Qal hanya berdiam.
Lelaki-lelaki itu cuba mahu memukul Qal.
Lelaki itu cuba menumbuk tapi Qal sempat memegang tangan lelaki itu.Qal menumbuk perut lelaki itu.Menyiku muka lelaki yang di sebelahnya.Dia menendang pinggang lelaki itu sehingga lelaki itu jatuh.
Qal menarik rambut dua orang lelaki dan melagakan kepala mereka.Kemudian,dia menendang perut lelaki itu dengan kuat seperti menendang bola sepak.Qal menumbuk berkali-kali lelaki yang sedikit sado itu diperut,mata,pipi,dan lalu Qal menendang kepala lelaki itu.
Mereka tak sempat nak menyerang kerana Qal terlalu laju membelasah mereka.
Lelaki yang disiku oleh Qal tadi mengeluarkan pisau.
Dia melibas-libas pisau itu sehingga terkena lengan Qal.Qal menendang tangan lelaki itu.Pisau terpelanting jauh.Qal menumbuk kepala dan perut lelaki itu.Kemudian,Qal menendang kaki lelaki itu sehingga jatuh.Qal menyepak-nyepak lelaki itu.
Qayyum dari tadi perhatikan Qal dengan mulut terlopong luas.
Memang macam gengster lah!Kata Qayyum dalam hati.
"Korang semua ingat!!!Ni kawasan aku!!Aku Qal!Korang nampak ni?!!"jerkah Qal kepada mereka sambil menunjukkan lambang harimau memegang pedang samurai pada jaket kulitnya.
"Gengster Golden Tigers!!We cepat lari!!Kalau tak nanti mati weh!!"mereka berlari lintang-pukang setelah tahu Qal adalah anak buah Kumpulan Golden Tigers.
Qayyum menghampiri Qal.
"Lain kali jangan lalu ikut jalan ni!"kata Qal kepada Qayyum.
"Qal,betullah kau ni gengster kan?"
Qal mengabaikan soalan Qayyum.Dia terus berjalan.
"Kau nak balik rumah kan!Jom aku hantar!"ajak Qal kepada Qayyum.Dia tahu mesti Qayyum hendak pergi ke perhentian bas,sebab itulah Qayyum lalu jalan ni.
"Ok!Terima kasih!"ucap Qayyum.
Qayyum mengikuti Qal sehingga sampai ke motosikal Qal.
"Wow!!Gila lah!!KTM 1290 Super Adventure R.Aku minat gila motor ni!Dasyatnya kau,Qal!"Qayyum teruja melihat superbikes Qal.
"Nah!"Qal menghulurkan helmet kepada Qayyum.
Mereka naik motor bersama.Qal memecut laju
Beberapa minit kemudian,mereka sampai di depan pagar rumah Qayyum.
"Kau ok ke Qal?Tangan kau luka ni!"kata Qayyum sambil menarik tangan Qal.Dia melihat darah tak berhenti keluar.Dia menunduk ingin mengelap darah Qal.
"Takpelah aku balik nanti aku buat sendiri."
Qayyum mengangkat mukanya.Dia terpandan wajah Qal.Qal pun terpandang Qayyum.Mereka berdua bertentangan mata seketika.
Qal menarik tangannya semula.
""Terima kasih sebab dah selamatkan aku tadi dan hantar aku balik."ucap Qayyum lagi.
"Sama-sama.Aku balik dulu."Qal memecut meninggalkan Qayyum.
"Cantik gila superbikes tu.Warna hitam pulak tu!Qal,Qal,kau buat aku makin suka kat kau la Qal."kata Qayyum selepas melihat Qal hilang dari pandangan.
Share this novel