BAB 10

Romance Completed 14381

“ Hana!” Teriakan seseorang membuatkan Suhana memalingkan wajah. Namun, sebaik melihat si pemilik suara, Suhana mengeluh sendiri. Hish! Tak jemu-jemu ke dia ni? Daripada kejar aku, buat assignment lagi baiklah.

“ Eh, Am! Ni Hana nak kenalkan boyfriend Hana. Nama dia Iqwan.” Iqwan yang kebetulan ada disisi diperkenalkan kepada Amsyar secara tiba-tiba. Sengaja dia berbuat begitu supaya Amsyar menjarakkan diri daripadanya. Memang tiada motif langsung. Mana ada orang nak kenalkan pakwe secara tiba-tiba. Huh!

Amsyar hanya tersenyum hambar. Mengangukkan kepala kepada Iqwan tanda sapaan.

“ Am datang cari Hana ni sebab nak minta maaf. Am tahu Hana rimas dengan setiap kelakuan Am. Am janji lepas ni Am dah tak akan tayang muka pada Hana lagi. Am nak fokus study. Tak mahu terikat dengan mana-mana perempuan lagi. Am nak cari diri sendiri. Maaf sekali lagi. Am pergi dulu.”

Dengan wajah yang sugul, Amsyar terus membawa diri membiarkan Suhana kaku di tempatnya berdiri. Tidak sangka, kata-kata itu akan terbit dari mulut Amsyar. Benarkah Amsyar sudah mahu berubah?

Jadi apalah guna Suhana mengikat perhubungan dengan Iqwan. Arghhh…masak! Nasib kau lah Suhana. Eh, tapi Iqwan ni pun okey apa? Erm…layankan je lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience