BAB 4

Romance Completed 14381

Sudah cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada hati gelisah…
Cintaku kau balas dengan dusta…

“ Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau asyik dengar lagu yang melayan perasaan je? Dah kenapa?”
“ Ha?” Fikiran Suhana baru tiba ke dunia nyata apabila Mimi bertanyakannya sebegitu rupa.

Mimi mendengus kecil. Tergeleng kepalanya mengenangkan sikap Suhana yang sejak kebelakangan ini seringkali mengelamun. Entah apalah yang sedang bersarang dibenaknya itu agaknya?

“ Aku tengok kau sejak kebelakangan ni asyik mengelamun saja. Lepas tu layan lagu jiwang macam tu. Kenapa? Dah tangkap cintan balik ke? Kalau ya, beringat sikit Hana. Final dah nak dekat ni. Aku takut kau hilang fokus.”

Panjang celotehan Mimi sambil tangan ligat menarikan pen di buku notanya. Dia sedang sibuk membuat nota ringkas untuk subjek kegemarannya.

Suhana hanya diam. Cuma menghadam setiap bicara Mimi tanpa berniat mahu membalas apa-apa. Lagipun semua kata-kata Mimi itu benar belaka. Tiada apa yang perlu dibangkangnya.

“ Kau jadi macam ni sebab Amsyar cari kau balikkan?”

Suhana tiba-tiba tersedak. Daripada membelakangi Mimi, kepala segera ditolehkan. Memandang Mimi dengan rasa hairannya. Macam mana Mimi boleh tahu ek?

Mimi tersenyum senget. Tahu benar dia bahawa Suhana mahu menuntut penerangannya.

“ Dekat fakulti dah heboh cerita pasal kau. Kau sembur dia dalam bas hari tu kan? Huh, sekelip mata kau jadi famous Hana. Patut ke aku tumpang bangga?” Dalam setiap tuturan kata Mimi, terselit perliannya sekali.

Dia sebenarnya tidak berapa suka mendengarkan cerita-cerita orang mengenai Suhana, roommate merangkap kawan baiknya. Ditambah pula lelaki yang dikaitkan dengan Suhana itu adalah Amsyar orangnya. Bukannya dia tidak lihat bagaimana kepedihan yang ditanggung Suhana tatkala dipermainkan oleh lelaki itu. Dan sekarang tidak tahu kenapa, kisah mereka menjadi hangat kembali.

“ Adegan dalam bas tu dah membawa nasib tak baik pada aku. Dia asyik cari aku je. Merayu-rayu minta aku maafkan dia. Sampaikan aku naik rimas dibuatnya.” Suhana mengeluh, mengadu pada Mimi. Sungguh, semua ini tidaklah seperti yang dia pinta.

“ Dah ludah, jilat balik! Tak malu agaknya dia.”

Suhana terdiam. Sindiran Mimi terhadap Amsyar itu terus mengelukan lidahnya. Dalam hati terdetik juga tanda tanya mengapa Amsyar mencarinya semula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience