BAB 5

Romance Completed 14381

Haruskah aku taburi janji beribu?

Haruskah aku terus merayu padamu?

Untuk menembusi tembok hati dan sanubari..

Atau pun aku hanya penanti..

“ Hana masih tak boleh terima Iqwan ke? Apa yang tak kenanya Iqwan di mata Hana? Iqwan boleh betulkan. Janji!” Iqwan mengangkat tapak tangan separas bahu. Mahu memberi janji kepada Suhana bahawa dirinya mampu melakukan apa sahaja demi Suhana.

“ Janganlah macam ni Iqwan. Tak ada apa yang perlu diperbetulkan pada Iqwan ni. Iqwan berupa, bergaya, pandai, dan aktif dalam banyak perkara. Tapi Hana, jauh kalau nak dibandingkan dengan Iqwan. Hana mohon Iqwan carilah yang sepadan.”

Buat kesekian kali, Suhana terpaksa menolak Iqwan lagi. Dia bukannya tidak sudi tetapi dia kasihan melihat Iqwan di kemudian hari. Sayangnya pada Iqwan tidak sama dengan tahap Iqwan menyayanginya. Dia lebih menganggap Iqwan sebagai kawan semata.

“ Hana. Am nak cakap sekejap.”

Hana terpempan. Begitu juga dengan Iqwan yang sudah terpinga-pinga di tempat duduknya. Bukankah lelaki ini Amsyar? Yang sering dikaitkan dengan Suhana sejak kebelakangan ini? Iqwan tertanya-tanya sendiri.

“ Hana sibuk. Tak ada masa nak cakap.” Suara Hana kebosanan. Mukanya pun sudah kelat sahaja.

“ Janganlah macam ni Hana? Hana tak kesian ke pada Am? Jauh-jauh Am datang dari fakulti Am semata-mata nak cari Hana. Tolonglah bagi Am sedikit masa.” Tanpa segan, Amsyar merayu lagi membuatkan Suhana semakin keresahan kini. Sebenarnya dia tidak suka dengan situasi ini. Sudahlah Iqwan pun menjadi saksi.

“ Hana dah cakapkan Am yang Hana tak ada masa.” Suara Suhana tertahan. Bibir bawah diketap kuat. Rasa geramnya semakin meluap.

“ Hana cuma tak ada masa buat Am sajakan? Dengan mamat ni apahal Hana boleh ada masa pulak?”

Suhana yang tergamam mendengarkan tohmahan Amsyar sudah mencerlung memandangnya. Sakitnya hati tatkala Amsyar sudah selancang itu dalam berbahasa.

“ Maaflah bro kalau aku campur. Aku bukan nak tazkirah kau ke apa. Tapi aku tak suka cara kau treat perempuan.
Orang kalau dah tak suka sebaiknya kau faham sahajalah bahasa. Jangan nak main tuduh-tuduh pula.” Masih sopan cara Iqwan berbahasa. Terpaksa dia mencelah bagi membetulkan pandangan Amsyar terhadap Suhana.

“ Kau tak tahu apa-apa jangan nak campur. Aku tahu kau sebenarnya ada hati nak rampas Suhana daripada aku kan? Kau kenalkan siapa aku pada Suhana ni?” Amsyar hilang sabar sehinggakan habis dihamburkan semuanya.

“ Apa Am cakap ni? Kisah kita tu cuma kenangan lama. Kita dah lama tak ada apa-apa!” Suhana menegakkan kebenarannya.

“ Tapi Am nak kita berbaik semula.” Tertekan nampaknya Amsyar di ketika ini.

“ Hana tak nak punlah Am!” Suhana tetap tidak mahu mengalah.

“ Jangan bohong. Am tahu yang Hana masih tunggu Am.”

“ Mengarut!”

Iqwan di depan pula sudah tidak mampu berkata apa. Kehangatan perbalahan antara dua pasangan ini telah meremukkan hatinya. Dia risau sekiranya kata-kata penafian Suhana sebenarnya tidak seiring dengan isi hatinya. Entah-entah sebenarnya Suhana masih suka. Untunglah kau Amsyar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience