BAB 3

Romance Completed 14381

Aduh aduh sayang kenapa kau curang…
Aduh aduh sayang kenapa kau ulang..
Aduh aduh sayang…
Sayang…aduh aduh sayang…
Sayang…..
Suhana mengeluh bosan. Kepala di sandarkan di cermin tingkap bas. Haihh, kenapalah setiap kali aku naik bas uni, mesti lagu ini wajib keluar sekali? Macam perli kisah hidup aku saja? Suhana bertanya dalam hati.

Pada ketika itu, bas yang Suhana naiki sedang berhenti di kolej kediaman yang seterusnya. Melalui muka pintu, naik seorang demi seorang pelajar lelaki. Dan seorang daripadanya adalah Amsyar. Lelaki yang tidak ingin dia ingati.

Seakan ada magnet, setibanya kaki di dalam ruangan bas itu mata Amsyar terus tertancap pada gadis yang sedang melayan perasaannya sendiri. Tanpa meminta izin, Amsyar terus melabuhkan duduknya disitu.

Dalam hati dia tersenyum sendiri. Bagus betullah kereta aku buat hal pagi tadi. Rupanya dengan naik bas ni aku boleh terjumpa Suhana. Siap duduk sebelah dia lagi.

Daripada hanya memandang ke hadapan, mata Amsyar beranikan untuk merenungi wajah itu. Wajahnya secara tidak terduga amat dirinduinya. Jelaslah selama ini Suhana segala-gala baginya. Datanglah seberapa banayak gadis pun dan secantik mana pun, tetaplah Suhana juga yang menjadi pemenangnya.

Suhana mengangkat kepala. Baru tersedar yang khayalannya sudah sampai ke Amerika Utara. Huh, jauh tu sampaikan dia sendiri pun tak tahu Amerika Utara tu dekat mana?

Sejurus berpaling ke kanan, Suhana kematian tingkah. Beku dirinya tatkala menyedari bahawa lelaki yang sedang duduk di sebelahnya adalah Amsyar. Malah lelaki itu boleh dengan selambanya tersengih dihadapannya.

Suhana segera melarikan wajah. Hendak lari daripada lelaki itu serasa dia tidak mampu melakukannya. Nanti apa pula orang lain kata. Drama sebabak tak berbayar agaknya.

Dalam hati, Suhana sudah berapi. Berkocak habis jiwanya kerana menyedari bahawa lelaki ini sengaja mengambil tempat di sebelahnya. Huh! Sengajalah tu nak buat aku panas hati. Amuk Suhana lagi.

“ Hana masih marahkan Am ke?” Takut-takut Amsyar mahu bertanya.

What? Dia tanya aku marahkan dia ke? Eh, habis tu tak kan aku nak bersorak suka pula? Hish, dasar lelaki tak betul! Marah benar Suhana kali ini. Namun dalam hati sahajalah. Hakikatnya dia masih kekal membatukan diri. Buat-buat tidak mendengar pertanyaan Amsyar di sisi.

“ Kalau diam tu maknanya betullah ya? Hana masih marahkan Am?” Amsyar bertanya lagi membuatkan Suhana sudah kerimasan kini.

Hish, lambatlah pula bas ni nak sampai fakulti! Walaupun bas ni berpenghawa dingin, tetapi tak tahulah kenapa aku rasa berbahang sangat ni? Suhana sudah mula tidak senang duduk.

“ Hana. Hana dengarkan apa yang Am tanya ni? Am tanya Hana masih marahkan Am ke?”
Berdecit mulut Suhana apabila lelaki itu tetap bertanya lagi.

“ Iya! Memang Hana marah, takkan Hana nak suka pula. Orang gila sajalah yang suka kalau kekasih dia curang dibelakang dia!”

Suasana bas yang tadinya bising dengan bunyi perbualan para penumpang tiba-tiba bertukar sunyi tatkala suara Suhana menempik tinggi. Tertumpu semua mata ke mereka berdua.

Suhana yang baru tersedar akan keterlanjuran tingkahnya seakan sukar menelan liurnya sendiri. Perasaan marahnya tadi pun serasa sudah bertukar menjadi perasaan malu. Segera dia berlari keluar sambil menyembunyikan muka dengan buku sebaik pintu bas terbuka di destinasi seterusnya. Malangnya, dia turun bukan di fakultinya. Itulah, dah malu punya pasal. Nasiblah kena jalan kaki!

Jika Suhana tadi sedang bergelut dengan perasaan malunya, Amsyar ini lain pula ceritanya. Dia hanya tersenyum sendiri mengenangkan kejadian tadi. Biar pun banyak mata yang melekat padanya disertakan dengan kata-kata umpatan, dia langsung tidak menghiraukannya.

Sebaliknya dia berasa sangat bahagia. Amarah Suhana itu telah membuktikan suatu perkara padanya. Suhana masih menyimpan perasaan terhadapnya.

Haihh, parah dah Amsyar ni. Betullah kata orang,
Bila hati dah sayang..
Semua menjadi indah…
Marah bagaikan gurauan..
Bencimu takku dendami…
Itu pun kalau betullah yang si Suhana tu masih simpan perasan pada dia. Kalau tak, jatuhlah dia pada title ‘ PERASAN’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience